KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau penjaga diingatkan memberi sepenuh perhatian ketika menyusukan bayi dengan susu botol serta tidak membiarkan bayi menyusu sendiri tanpa pengawasan bagi mengelak kejadian tercekik susu. Pakar Perunding Pediatrik Klinik Pakar Kanak-Kanak Junina, Mutiara Damansara, Dr Yong Junina Fadzil berkata, mereka perlu memangku kepala bayi tinggi sedikit ketika penyusuan menggunakan susu botol supaya pengaliran susu ke dalam saluran pernafasan lancar.
“Bayi sebolehnya tidak dibaringkan ketika sedang menyusu sebaliknya kita sendiri perlu menyusukannya kerana dikhuatiri bayi tersedak dan tercekik. “Kebanyakan kes bayi tercekik susu kerana ibu bapa atau penjaga meninggalkan bayi berseorangan dalam keadaan baring serta meletakkan bantal di dada bayi bagi menampung botol susu. Ia amat berbahaya dan tidak digalakkan sama sekali,” katanya. Beliau mengulas beberapa kejadian bayi meninggal dunia baru-baru ini kerana tercekik susu akibat kecuaian ketika menyusukan bayi.
Dr Yong Junina berkata, puting botol susu bayi terutama yang baru lahir seharusnya lebih kecil selain tidak menggunakan puting botol berlubang besar.
Sumber: harian Metro
3 ulasan:
nauzubillah... mg amat2 menakutkan kan?... hu3
rasenyer dah kuarkan melalui pembedahan..
setuju sangat.
Catat Ulasan