Khamis, September 30, 2010

update: Qashrina

Dah lama btl mama x update ttg perkembangan qashrina kan.. Emm..

Anak mama nie baru nak tumbuh 2 gigi bawah dier.. masa raya ke-2 tue adik demam panas seminggu tue.. temp samapi 40.6'c.. huhu.. tinggi kan..  Dari setahun 1 bukan dah pandai berdiri and memanjat, tp bile suruh jalan dia takut. Nak jalan je kene pegang tangan orang... kalau di amatilah, mama rase adik nie nak pandai cakap dulu.. bunyi tu dah ade.. Adik slalu ngajok mama cakap ayat nie tau:
1-Jom----> tam
2- Nak ---> Nakkkkkk (lembut je lagunyer)
3- panggil org ----> ataaaaaa
4- ayah----> papa


ni je la yang mama igt bt ms nie.. Sekarang nie adik dah 1 Tahun 2 bulan.. Semalam baru mama bawak dia g cucuk setahum.. Hari nie demam dah.. Semalam tombang berat adik 9kg jer.. Tp bile dukung mcm berat jer..

Selasa, September 28, 2010

Berbohong secara kompulsif

KANAK-KANAK berbohong.


Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan. Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.

Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'. Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan. Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu. Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius. Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.

Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah. Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian. Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik

Mengapa berbohong?

Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif. 

- Takut
Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman. Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.  Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

-Tabiat
Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

-Meniru
Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

Perlukah saya menghukum?

Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.

- Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.

- Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.

- Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"

Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya

Sumber:Kosmo

yeee.... HEader dah berjaya..... yahooo

Alhamdullilah, mama nyer header dah siap... yeyeye...Lepas ni tukau background plak la yer.. Nak tgk hasil tangan mama yang x seberapa nie??? jom..

ok la kan.. hehehe

Isnin, September 27, 2010

penin...ooo..penin

Sekarang nie mama tengah penin sikit. Patut ke mama tukau header lagie ek... emmm.. Idea tu banyak, tp tak tau mcm ne nak luahkan hasilnyer.. emmm..mama nie jenis x suke sayu benda tu sama jer.. mula la tangan nie gatai nak menukau nyer..

emmm.. tengok je la yer.. la nie tangah mengumpul bahan-bahan ujikaji.. hahahaha... apa la mama merepek kan malam2 nie... layankan aje la yer..

*
*
*

Nie header sekarang... emmm...

Dia Selesema Cikgu..

Salam Semua..


Masih mood raya kan.. Open house x putus2 sekarang nie.. Weekend jer, sampai 5-6 buah umah buat open house.. Pendek Kata sampai dapur pun x berasap la nampaknyer... Kalau dah nama open house tue mesti ar air sejuk kan.. hehehe.. Sekarang nie mama, kakak and adik selesema.. Tggl ayah jer. hehehe..

Budak2 klu selsema mmg sian, hingus meleleh jer.. ishk..ishk... Penangan open house nie kuat betul kan..

Mggu depan mama dapat undangan 3 buah uma setakat nie.. huhuhuhu...

Jamuan Makan Raya-2010

Selamat pagie semua..



Sabtu nie bersamaan 25 September 2010 (Sabtu ) mama ada bt jamuan makan raya.. Bersempena hari raya la kan.. Pada kawan2 yang tggl berdekatan uma mama @ yang sudi nak datang, mama menjemput kalian sekeluarga datang yer..

Alamat:
Blok D, Suria Apt,
Jalan PJS 3/54,
46150 PJ, Selangor

Jemput la datang yer... 

Pada yang memerlukan maps, blh la e-mail mama yer :cube_teke@yahoo.com

Jumpe di sana...

Jumaat, September 24, 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER

Sebelum nie mama hanya singgah jer blog ben ashaari nie, tp hari ni mama nak la plak blog mama nie ade kat dlm bloglist ben ashaari.
 image 
 Kategori Pilihan : Botol Susu
Tq Abe ben bukak peluang pada blogger baru mcm mama nie yer

Tarikh tutup :  (24/09/2010)

New Baby Born

Baby Syawal... hehehe

Qaseh Qaleesya
15 -8-2010 
3.3 kg
 
Tahniah Mama Iffa

Simply Siti

Cite nie dah basi tp nak tulis gak.. hehehe



Sebelum raya hari tue, ayah belanje mama beli make up, setelah beberapa kali mama merungut yang make up mama dah nak habis.. Then sebelum cuti raya, mama and ayah g la tesco ampang jenjalan.. Time tue pose kan, x leh nak makan, so mama pun ajak ayah g watson.. memang niat nak beli blusher jer. Mama tertarik ngan blusher simply siti. Mama pun saje lar tgk bedak n lipstick dier, mmg lawa la.. nak beli budget mcm lari lak nnti, so mama pun amik blusher je la.. Tetibe ayah kate, nak ke? mama pun menangguk malas jer. 'ayah balas, klu nak amik jer, abang bayo. waaa.. bling2 la time tue.. happy x terkate.. Dapat blusher, loose powder, gloden lipstick and lips gloose.. waaa..... berbaloi2...

Time kasie ayah..

Isnin, September 20, 2010

BBQ time..

Kalau selalunyer raya makan ketupat, rendang, nasi impit, kuah kacang, tp kami plak bt BBQ malam raya tue.. keh.. keh..keh.. Ni semua idea pak su la.. ayah plak menyokong sekerasnyer utk bt BBQ nie..

Orang kuat sedang mengipas..hahaha.. Kipas mahal tue gune tudung periuk..
*
*
*
*
*
*
sosej...
*
*
*
daging plak... hehehe
*
*
*

 tgk anak dara tue, duk kat tangga.. x sopan sungguh...

Pagie raye

Cite pagie rayer..

Lepas Sembahyang raya, kami sekeluarga pergi ke kubur menziarahi kubur arwah nenenk bla mak plak... Fuhhhh... Ramainyer la orang x seperti tahun lepas.. Kete kami terpaksa parking kat luar.. Masa kami melangkah ke kubur arwah tok, mama ternampak 2 kubur yang masih merah tanah-nyer.. Mama tengok, tarikh arwah meninggal pada 8.8.2010 dan 15.8.2010.. Sedih rasenyer...

Selesai, kami ke rumah mak long and pakcik plak beraya.. Tahun nie mama terpaksal control makan sebab adik still breastfeeding and ezema... Pantang silap mesti merah satu badan...

jom layan gamba lagie
tgk anak dara mama tue, comeikan pakai tudung.. ms nie nak g masjid sembahyang raya..
*
*
*
si adik pun nak inteprem.. hehehe
*
*
*
tok wan, pak su, pak ngah, mak tok, mak lang
*
*
*
ni kat uma mak long
*
*
*
nie plak uma pakcik

Gambar raya 2010

**Masih mood Rayer yer**

Hari nie mama nak tayangkan gamba kami sekeluarga di pagie raya..Kami ambil gamba nie lepas ayah and kakak balik sembahyang raya.. Tahun nie mama x g sembahyang raya sebab ade anak kecik kan, insya'allah tahun depan boleh la mama join ayah..
nie gamba mama & Family
*
*
*

Nie gamba family law mama.. time nie qashrina tgh tido lene... jenuh nak dukung woo.. si kakak plak merajuk sbb mama x dukung dier.. tgk muncung dier
*
*
*
mama suke tgk gamba nie.. ciut jer si adik..

Jumaat, September 17, 2010

Baju Raya Kami..

Mama x kisah la orang nak kate cite nie dah basi ke lapuk ke, mama nak cite gak..

Inilah dia baju raya kami sekeluarga... Sedondon dengan thema color pink..pink.. peach..

Ini baju ayah
*
*
*
Ini Baju mama
*
*
*

Ini baju adik

*
*
*
Ni baju kakak...

entry lepas nie mama tunjukkan gamba kami sekeluarga yer.. camera x bawak plaknak upload gamba... sabaq na

Selamat harie raye

Pejam celik, pejam celik dah seminggu kite berharie raya.. Hari nie mama baru jer start keje.. So lama x update cite2 baru.. Dah berhabuk sangat blog mama nie.. 


Kawan2 semua raya kat ne tahun nie? mcm ne sambutan tahun nie? seronok x.. Dalam pada umat islam sibuk dengan persiapan raya, negara kita di gemparkan dengan cerita yang menyayat hati, di mana Datuk Sosilowati lawya yang telah di bunuh kejam...Semoga rohnyer di cucuri rahmat dan di tempatkan di tempat orang yang beriman..

Tahziah mama ucapkan kepada keluarga arwah.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnyer..

Khamis, September 02, 2010

Alhamdullilah, rezki hari raya

Uzma memenangi cabutan bertuah contest -MOMENT OF NEWBORN BABY CONTEST"

 ni la gamba yang mam pertaruhkan tue.. Sweetkan..

RenunG2KanLah..


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, 

dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, 

dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 

kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 

hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis karenamu,

tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu,

tolong jangan menyia-nyiakannya. 
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. 

Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


sumber:Facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...