Khamis, Januari 28, 2010

Ringankan Beban...




Salam sejahtera semua.
Sekali lagi atas rasa tanggungjawab sesama insan, saya rasa terpanggil sekali lagi untuk meneruskan kempen Blogger We Care. Kali ini kita mempunyai kesempatan untuk membantu adik Ammar yang menghidapi penyakit jantung (PDA) sedangkan adik ini baru berusia 2 tahun

Boleh hayati kisah ini lebih lanjut di blog Puan Asmaniza: Ammar Oh Ammar.

Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menjana RM1 kepada adik Ammar.
Ikut langkah ini:
  1. Copy dan paste ribbon diatas.
  2. Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
  3. Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 1/2/2010
  4. Maklumkan kepada disini anda dah letakkan ribbon tersebut
  5. boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet
  6. Follow Facebook Blogger We Care di sini untuk maklumat terkini kisah adik Ammar.
Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya.

 



Selasa, Januari 26, 2010

HADIAH

Ingat lagi tak contest: Seindah Butterfly " Giveaway Kategori B anjuran mama_butterfly.



Hadiahnye adalah T-shirt dr Abu dhabi... ahad lepas mama baru dapat hadiah tue.. Time kasie mama_butterfly... Nanti bt la contest lagik ek.. Insya'allah uzma join..hehehehe... jom kite tengok gamba uzma berposing dengan bajunye...





Jumaat, Januari 22, 2010

Happy Face at Playground Contest


Contest kali ni di anjurkan oleh mama-syafi

Syarat-syarat penyertaan bolehla lihat di sini : mama-syafi





Nama Kanak-Kanak : Nur Amalina Uzma Binti Muhammad Rizal
Pertalian : Anak
umur : 2 Tahun ++
Tarikh Lahir : 9 November 2007



Jangan Lupe Tarikh Tutup adalah:  19/2/2010 pukul 10.10pm.

Cayok-Cayok...

Jumaat, Januari 15, 2010

CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU

Contest petama untuk tahun 2010.... Jom Join..
 Syaratnye sungguh senang saje:- 
  • Mestilah gambar tersebut IBU BERSAMA ANAK..umur dari baby sehingga 3tahun.. 
  • Bilangan anak tidak kisah janji x melebihi umur yang di tetapkan. 
  • Tuliskan Nama anda & nama anak anda beserta tarikh lahir..   
  • Upload 1 je gambo nnti juri pening kepale..hehehe Ceritakan kenapa gambar tersebut d'anggap SWEET.
    • Jadi follower untuk blog IBU & blog MYTOMEIOUTLET 
    • Banner jangan lupe letak diruang sidebar..Penat je penganjur cipta khas 
    • Letak tajuk CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU & makesure link back to  blog ibu
    • Tarikh tutup penyertaan 29hb Januari 2010 
    • Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k (contest-sweet-picture-anak-bersama-ibu)
    Dan gamba yang di pertaruhkan adalah.....Jeng...jeng.....
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *





    Nama Anak: Nur Amalina Uzma Biti Muhammad Rizal
    Tarikh Lahir : 9 November 2007
    Nama Ibu : emma


    Gamba nie di ambil semasa mama baru je habis pantang melahirkan anak ke-2. Malam tue jugak lah mama,ayah, and kakak kuar pergi dataran merdeka. untk melepaskan kebosanan mama yang asyik terperuk kat uma je. Adik mama tinggalkan kat nenek. Masa ni SWEET sgt sebab selama sebulan lebih mama x dapat memberi 100% tumpuan dan kasih sayang mama pada uzma dan selama tulah kemana saje ayah pergi, kakak ikut, dan hanya ayah sajelah menjadi tempat kakak bermanje .Malam itulah mama bayar balik segala hutang mama pada kakak, dan kakak langsung x berenggang ngan mama. Nak mama peluk, dukung dan pendek kate menempek je ngan mama. Kegembiraan jelas terpancar di wajah kakak.Mama paham mesti kakak terasa  segalnye berubah selepas kelahiran adik.Mungkin kakak kecik lagi untuk memahami itu semua... Maafkan mama sayang... Apapun mama tetap menyanyangi kakak... MAMA LOVE YOU SAYANG...


     

    GOOD LUCK

    Rabu, Januari 13, 2010

    Wanita punggung besar kurang risiko sakit jantung

    LONDON - Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.


    Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.


    Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.


    Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.


    "Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya," kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.


    Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. - 

    Sumber: Kosmo 

    Notes: Setiap kejadian ALLAH pasti ada hikmahnye...

    Jumaat, Januari 01, 2010

    Welcome 2010

    Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, akan di permudahkan segalanye... Insya'allah... Amin...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...