Selasa, Mac 30, 2010

Semua nak cantik

Nak cite pasal uzma lagie.. Sekarang kakak nie, duk rumah nak melawa, apatah lagie keluar.. Baju nak yang baru, seluar nak kene ada poket and yang penting seluar jeans.. jenuh la mama nak kene carik suar jeans banyak2 untuk dia.. Rambut nak ikat macam dania (ala.. cite awan dania tue). Nak plak handbeg macam mama, kasut macam mak lang dia... cukup complete.. Kalau la itu semua tak de, huhuhu... dia punyer merajuk, payah bonar nak pujuk...  Kalau la korang perasan gamba2 uzma sekarang, memang kuat melaram kan..inilah gamba2 uzma yang suke melaram..

*
*
*

*
*
*
*

*
*

Ganti pose

emm.. nekad dh dalam hati nie nak ganti pose tahun lepas.. Sebulan tue..hukhukhuk... Tahun lepas berpantang kene plak bulan pose...mggu lepas baru stat ganti.. Harap2 boleh la bertahan sampai habis.. Sekarang nie tinggal 26 hr lagie.. Alhamdullilah , sepanjang berpose 2 minggu nie, susu mama x effect pun... Rezeki anak mama la kan... Sayang Deq-na .. 
*
*
 Saje letak gamba deq na yang tengah bt aksi mengangkat bontot..hehehe

Isnin, Mac 29, 2010

Nurin Qashrina

Ni la dia gamba anak kawan baik mama (LINA).. muke dia sebijik mcm omak eh.. hehehe.. Jgn mara na eh.. Curik gamba anak ko.. Nurin nie sebaya uzma, cume lewat seminggu je bday dia ngan uzma..

*
*
*
*

 
Ni lak gamba omak eh..hehehe

Seiras??

Ramai kawan2 mama cakapkan, muka uzma photostat mama.. emmm.. yeke?? apa yang mama setuju, perangai uzma sebijik macam mama.. hukhukhuk.. kuat ngajuk, kuat marah dll.. (pecah rahsia nnti). gamba nie mama snap sabtu lepas... sama x??

Rabu, Mac 24, 2010

Tok Wan

Hai semua..

Hari nie qashrina nak kenalkan tok wan qashrina... Tok wan la yang selalu jaga deq-na, main ngan deq-na... Tok wan deq na nie nampak muda tau.. hehehe...
*
*
*
*
*
*
*
nie la dia tok wan kami...encem kan

Baju sama la..

Nie baju kakak dulu, tapi sekarang dah jadi baju adik plak... Ini lah dia kelebihan ada 2 orang anak yang sama jantina..hehehe.. Save cost bab pakaian...
*
*
 time nie kakak ngan ayah kat taman burung
*
*
adik plak nak jadi reppers kot.. deq-na dalam kete

Kakak yang comot

Jom tengok kakak makan ais-cream... Comot bonar ah...
*
*
*
*

"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"



Date : 17 april 2010
Venue : Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Anda berpeluang memenangi bermacam-macam hadiah berupa barangan elektronik, telefon bimbit, komputer dan juga voucher yang bernilai lebih dari RM 15k.. huhuhu..banyak tue

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut meh la klik kat sini yer...

Jom ramai2 kite memeriahkan lagie pesta 'Gatsby Deodorant Street'. Bermacam-macam activiti yang diadakan...

Isnin, Mac 22, 2010

7 bulan

Saje je nak letak gamba kakak masa 7 bulan ngan deq-na...

sama tak muke diaorg??

Ahad, Mac 21, 2010

Baby room

Hari nie nak cite pasal baby room.. Petang tadi g Sunway Piramid, and belum sampai g deq na dah B***k plak.. emm.. nasib baik g shopping complex, klu g pasar malam ke, pasar tani ke... nak membasyh kat ne plak ek.. Masuk2 dah nampak sign board 'toilet & baby room'. Pe lagie, bergegas la nak g tukar lampin deq-na... Huhuhu... masuk2 je dalam baby room tue, mmg selesa... Sblm nie ada gak ke baby room, tp x sama dengan kat sunway... macam hotel gitu...classs... Jom tengok gamba2 yang sempat di ambil td... Layannnnnnnnn
*
*

ni pintu masuk tau
*
*


ni plak bilik menyusu
*
 
ni tempat tuka lampin
*
*
ni sinki tempat cuci... siap ade sabun anakku... class!!
*
*
siap ade tempat mainan lagie...

Kalau la semua shopping mall menyediakan kemudahan yang selesa mcm nie kan best... 

Isnin, Mac 15, 2010

Qashrina- Close up

Cube tengok gamba deq na secara close-up... Montel + debab kan..hehehe
*
*
Inilah Wajah saya... Saya baru berusia 7 bulan..

Aksi Buah Hati Pengarang Jantung kami..

Layan Gamba je la yerk...
*
*
 *
*
 
*
*
 *
*
*
*

*
*


Anak Sapa nie??

amboi, kan main dia yer berposing ngan mask.. Nampak garang sungguh anak dara nie..
*
*

Jumaat, Mac 12, 2010

LACTOGEN


Ada sesape yang baby dia minum susu lactogen (baby step 1). Mama nak bagi free je. Ada sesape yang nak, boleh la comment kat sini atau email mama yer... cube_teke@yahoo.com.

Khamis, Mac 11, 2010

Rawat jongang dari keci

SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan. Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.

 Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini. Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari. “Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif. “Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya. 

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi. Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang. “Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).

NORLIAN menerangkan rawatan penstrukturan semula gigi jongang di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tiga tahap jongang

“Secara umum terdapat dua keadaan jongang iaitu gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite,” kata Norlian. Tahap keadaan gigi-gigi sebelah atas dan sebelah bawah yang mempunyai hubungan yang tidak normal ini dibahagikan kepada maloklusi kelas I, II dan III.

“Maloklusi kelas I merupakan satu keadaan gigi atas berselisih dengan gigi bawah pada paras normal iaitu dua hingga empat mm tetapi gigi tidak teratur, sesak ataupun jarang. Ia tidak melibatkan rahang dan ramai yang mengalaminya,” katanya.

Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os. Jongang jenis ini bertambah teruk jika bibir bawah terperangkap di belakang gigi atas atau bibir atas seseorang itu agak pendek dan tidak dapat mengawal posisi gigi atas.
Kelas III atau prognathism pula berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas.

“Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek,” jelasnya. Perbezaan saiz dan struktur rahang juga mempengaruhi pembentukan gigi serta kecembungan rahang. Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam menstruktur semula gigi dan rahang tetapi rawatan bergantung kepada tahap masalah dan umur pesakit.

Opsyen rawatan

Jelas Norlian, rawatan mengatasi masalah jongang lebih berkesan dan mudah jika abnormaliti rahang atau gigi dapat dikesan pada peringkat awal terutama pada fasa gigi kekal mula tumbuh kerana corak pembentukan gigi boleh dikenal pasti.
“Pendakap berfungsi merupakan satu daripada kaedah rawatan. Kaedah ini membabitkan sejenis pendakap berspring yang dipasang di antara geraham atas dan bawah,” jelas Norian. Sambungnya, penggunaan alat tersebut membantu membetulkan kedudukan gigi atas dan bawah melalui tekanan pada tulang rahang.

Kaedah lain pula ialah dengan menggunakan pendakap tetap ortodontik membabitkan satu set dawai dan pendakap yang dilekatkan pada gigi. Pendakap-pendakap tersebut secara umumnya dipanggil braces. Tempoh penggunaan pendakap adalah berbeza mengikut kes tetapi secara lazim, ia memakan masa sehingga 28 bulan. Teknik tersebut menggunakan dawai gred perubatan yang disesuaikan dan diketatkan secukupnya untuk mengubah kedudukan gigi pada kedudukan yang dikehendaki.

PEMAKAIAN pendakap gigi tidak menjejaskan rutin harian pesakit.

Cabut gigi

“Bagi sesetengah kes, beberapa batang gigi terpaksa dicabut bagi memberi ruang pendakap menarik gigi lain ke ruang kosong ini,” ungkap Norlian. Jelas Norlian, pendakap kekal atau pendakap berfungsi perlu dipakai sepanjang masa bagi memastikan rahang terus bergerak kepada posisi yang lebih baik. Secara perlahan-lahan, alat tersebut akan mengalihkan kedudukan gigi bersama pembesaran rahang yang berlaku secara semula jadi. 

Kaedah terakhir ialah penggunaan retainer atau penahan gigi. Alat tersebut berfungsi menahan gigi pada tempatnya selepas rawatan pergigian. Sesetengah pakar gigi turut menasihatkan pesakit memakainya untuk satu tempoh yang tertentu bagi memastikan kedudukan gigi kekal pada kedudukan baru.

Sumber:kosmo

Qashrina - 7 month

Dah sebulan lebih x update perkembangan qashrina. Sekarang nie deq na dah boleh mengesot ke depan, kebelakang, ke kiri, ke kanan. Dan dia jugak dah pandai angkat badan mcm nak merangkak... Berat dah semakin naik... (berkat susu mama). Deq na dah semakin bijak, kalau mak tok dia bagi susu tepung memang deq na tak nak minum, nak jugak susu mama. Sabtu lepas mama pun test la bgi susu tepung, kot2 la dia nak sebab mama tengah bersiap masa tue, deq na pun dah menangis2...emmm dia reject . Bagi air glukose pun x nak.. ishk ishk... anak mama yang bijak nie... sua kan dia susu cap gantung, terus minum tanpa was2..hehehe...
*
*
*
sesape yang sedang mencari model carpet, boleh contact deq na yer...

Rabu, Mac 10, 2010

Panasssssssss....

Sekarang nie memang cuace panas kan... Habis kakak and adik kene ruam. Kakak la yang paling teruk, habis satu badan merah2... Semalam mama belikan bedak sejuk and lumru kan kat uzma.. Dah jadi macam hape kan...

Anak sape la nie

Rabu, Mac 03, 2010

my 3rd anniversary

Hari nie genaplah 3 tahun aku melayari bahtera rumahtangga. Pada tanggal 3 mac 2007, pad jam 12.30 pm aku telah di ijab kabulkan dengan seorang lelaki bernama muhammad rizal bin abu suman, dengan sekali lafaz ' aku terima nikahnya' aku sah menjadi isterinya. Perasaanku ketika itu sungguh teharu, hiba, sedih dan gembira.

Setelah 3 tahun bersama, aku telah pun di kurniakan 2 orang cahaya mata yang teramat comel dan bijak.. hehehehe... pro-active sungguh kan...Nur Amalina Uzma dan Nur Amaliya Qashrina adalah permata yang telah menyerikan lagi rumah tangga dan kehidupan kami. Semoga ikatan yang telah di bina atas rasa cinta akan sentiasa kekal untuk selamanya.. Insya'allah... Jom kite imbas kembali tahun 2007...teringat waktu muda2.. Andai dapat, ku undarkan putaran dunia...

*
*
 Wajah kegembiraan setelah diijabkabulkan...
*
*
 inilah dia seri pengantin..hehehehe
*
*
sebelum bersanding pun sempat posing tue... huhuhu..
*
*
Kawan2 yang datang memeriahkan majlis.. Nie semua my bestfrenz...
*
*
 
Inilah dia suami kesayangan ku... Sayang abang..ummmaaahhh



item to let go

Ade sesape yang sedang mencari storller.. mama rase nak jual stroller nie. Harga boleh di runding... Sesape berminat, jangan segan2 e-mail mama yer - cube_teke@yahoo.com.

 Condition : Good

Features :
Suitable from newborn to 4 years old.
3-position adjustable backrest
Reversible handle for rearward and forward facing
Extra large storage basket.              

Isnin, Mac 01, 2010

Suai Kenal dan Doa selamat

Malam sabtu lepas ada la buat makan2 dan doa selamat sikit kat level apartment aku. Yang involved adalah level 10 dan ada la 2 -3 family dari level lain. Tujuannya adalah untuk kenal2 ngan jiran2 kat situ.. Malam tu menu makanan adalah nasi ayam dan serbe sedikit makanan lain seperti kuih muih, buah-buahan, puding dan x ingat lagi. Celebrate sekali bday shasha.. Anak jiran kami...Jom la tengok gamba2 yang sempat di snap oleh suami ku..hehehehe
*
*
*
*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...