Rabu, November 09, 2011

Uzma 4 years

Selamat Ulang Tahun Sayang,
 Lahirnya kamu ke dunia ini,
Melengkapi kehidupan kami.

Hari silih berganti,
kau semakin membesar tanpa di sedari,
Kaulah penyeri, kaulah penghibur hati kami,
Di kala sunyi dan di kala sedih.

Sayang,
Kadangkala, ingin sahaja kami memberhentikan waktu,
Agar kami dapat meluangkan masa bersama mu,
Tapi apakan daya,
Kami lakukan ini hanyalah untuk diri dan masa hadapan mu.

Sayang,
Kami akan lakukan yang terbaik untuk mu
Setiap hari dan masa yang terluang,
Akan kami pastikan berada di samping mu,
Kaulah segalanya bagi kami di dunia ini.

Dan hari ini, genaplah usia mu 4 tahun,
Seperti mana bertambah usia mu,
Seperti itulah bertambahnya kasih sayang kami pada mu,
Ianya akan  terus berkembag tanpa penghujungnya,
sekalipun kami tiada di dunia.

* Mama dedikasi kan pada kakak, agar kakak tau apa isi hati mama, sayang. Kakak dah semakin besar, dan semakin bijak. Mama doakan yang terbaik buat kakak...

MAMA LOVE U SAYANG.. Muaaahhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...