Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Breastfeeding tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Selasa, Disember 16, 2008

2nd Baby-expected date-15.8.2009


Hari Nie, aku g check up urine test. Cornfirm aku pregnant 5 weeks. Rase gembire bercampur risau. Ye la uzma kecik g,. Sape nak jaga adik uzma??. Bile dipikirkan dalam2 ,ini semua rezeki lahyang tuhan berikan kepada kami sekeluarga. Aku berdoa, agar bayi dalam kandungan aku nie, baby boy..Insya'allah. Dapat la sepasang. Lepas nie uzma ada adik.

Khamis, November 20, 2008

63 petua bahagia

TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Sumber: Harian Metro

Isnin, November 10, 2008

HaPpie BiRtHDay Uzma


9.11 Genap La Setahun anak Mama... Happie BirthDay Sayang.. MAma n Daddy Sayang Uzma..
Mulenye nak celebrate bday uzma mggu dpn, pas tu bt jgk la semalam. Celebrate kecik2 je. Nenek dia masak ayam rendang, n ketupat. Aku plak goreng bihun je. Tgk mcm banyak sgt, x jadi nak goreng nugget. Ala nak makan utk 8org je.. Bt pe mambazir... hehehehe... Beli kek 1/2 kg utk uzma, dia pun duk la menghadap kek tue... suke sgt... Tahun depan plan nak bt besar ckt la, sbb uzma time tue mesti pandai tiup n berjalan.. X sabar rasenye...

HAPPIE BIRTHDAY SAYANG...

Rabu, Oktober 22, 2008

MengetaHui HAri Subur

(1) Bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Yang tidak selesa dengan cara lain seperti memakai kondom atau penggunaan pil perancang keluarga, yang mahu melepaskan mani terus dalam faraj isteri. Ada kajian mendapati melepas air mani ke dalam faraj wanita memberikan nikmat yang tinggi kepada perempuan.

(2) meningkatkan peluang untuk mengandung.

(3) Hari yang paling berahi untuk wanita.

Fakta tentang pusingan haid wanita perlu ketahui :-

1. Wanita biasanya mengeluarkan satu telur bagi setiap bulan pusingan haidnya. Jangkaan adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang berikutnya.

• Telur yang dikeluarkan akan bergerak daripada ovari wanita ke rahim wanita melalui salur fallopian. Sperma lelaki perlu senyawakan telur dalam masa 24 jam dalam salur Fallopian ini. Satu-satu ruang yang akan memastikan telur yang disenyawakan sampai pada rahim pada masa yang bersesuai.
• Telur wanita hanya hidup 36 ke 48 jam. Selepas itu ia akan mati. Walaupun jangka masa hidup telur wanita lebih panjang, namun jangka masa sesuai untuk senyawa telur hanya dalam masa 24 jam selepas ia dikeluarkan dan ianya perlu dilakukan sewaktu telur bergerak dalam salur Fallopian.
• Lebih kurang 12 hari kemudian, lapisan permukaan rahim akan menanggal dan keluar sebagai haid wanita. Rahim kemudian akan membentuk lapisan baru untuk menunggu telur yang disenyawa pada pusingan haid berikutnya.

2. Sperma lelaki boleh bertahan dalam wanita sehingga 7 hari selepas
air mani dipancut dalam faraj wanita.

• Daripada fakta diatas jangkaan hari subur wanita boleh dikira. Sebagai contoh sekiranya wanita datang haid setiap 28 hari, maka waktu keluar telur adalah hari yang ke 14 daripada haid hari pertama. Sekiranya wanita datang haid setiap 32 hari, maka waktu keluar telur adalah hari ke 18.
• Hari keluar telur, merupakan hari paling subur wanita.
• Dalam pusingan haid wanita terdapat tiga fasa, fasa tidak subur sebelum keluar telur, fasa subur dan fasa tidak subur sebelum haid berikutnya.

• Fasa tidak subur sebelum keluar telur, adalah antara hari pertama haid sehingga hari ke tujuh. Ingin diingatkan sperma lelaki boleh bertahan sehingga 7 hari dalam wanita.
• Jika wanita haidnya kering diantara hari pertama hingga hari ke tujuh. Sekiranya hubungan seks dan pancutan air mani dilepas dalam faraj wanita, maka kemungkinan untuk mengandung adalah rendah. Hari ke 7 biasanya hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu mengandung.

• Hari ke 8 sehingga hari ke 16 adalah, hari yang tidak selamat bagi melepaskan air mani dalam faraj wanita, ini bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Ini adalah afasa subur wanita.

• Bagi yang ingin mendapatkan anak, hari 13 dan 14 merupakan hari betul-betul sesuai untuk bersama melakukan hubungan seks dan memastikan peluang yang tinggi untuk mendapatkan anak.

• Adalah diingatkan, walaupun pada hari paling subur, hubungan seks bukan hanya masuk dan lepaskan air mani sahaja dan berharap sperma lelaki akan bertemu dengan telur di salur Fallopian. Untuk meninggikan lagi peluang untuk isteri mengandung. pasangan suami dan isteri perlu dengan berahi yang tinggi. Dengan berahi yang tinggi akan membuat pasangan suami dan isteri mencapai klimak atau orgasm yang tinggi.

• Berahi dan Klimak dan orgasm yang tinggi, akan memastikan air mani dengan sperma yang terbaik dihasilkan. Wanita pula akan membuat faraj dan rahim menarik masuk mani dan sperma lelaki dengan denyutan-denyutan yang lagi mencepatkan sperma sampai ke salur fallopian. Ingat ya. Hanya ada 24 jam untuk memastikan isteri mengandung.


Sumber:http:// www.mail-archive.com

MeRanCang Jantina Anak

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu. Insya'allah

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelaki) XX (anak perempuan).


Ciri-ciri benih lelaki berbeza benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan douchingâ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses layering, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan douchingâ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.


Sumber: http://www.hamidarshat.com

Selasa, Oktober 21, 2008

Uzma - KeNE CamPak




18 Oktober 2008, Uzma kene Demam Campak. Sian Kat anak Mama Nie. Aku PErasan ade intik2 kat tangan and kaki dia pagi sabtu tue. Tapi buat x tau je. Petang tgk makin menjadi-jadi lak. Naik Riso rasenye. Petang tue dah la nak g Open House Uma mak su. Apa LAgi, Cepat2 g cr air kelapa mude, aku beli 3biji sekali. emmm... Hr ahad tue, makin tebal la bintik2 merah kat tangan kaki uzma. Yang pelilk tue, uzma x demam pun. Relax je memain, gelak, membebel (bahasa dia lar), tp Dia nak berdukung, x mau duk bawah. Itu Yang buat aku penat. 19.October 2008, Uzma dah start batuk plak. emmm... aku pun terjangkit sama. batuk n selsema. emmm... Tension.. Uzma lagi la teruk batuk. Hari Isnin aku igt nak jaga uzma, last aku plak yg x sihat. dengan badan yang lemah, gagahkan la diri layan kerenah si uzma. Ajak jalan, ajak kuar, LAyankan aje......... Anak sorang. Ikutkan badan mmg x larat, nak pengsan. Tp tabahkan hati, kuatkan semagat je. Malam tue g clinic, Uzma, mama and pak angah dia sekali g clinik. huhuhuhu... musim org x sihat kot sekarang nie.. Tgk la wajah2 ceria uzma, walaupun sakit tp maintain senyum je... huhuhuhuhu....

Jumaat, Oktober 17, 2008

KLCC Convention Centre-KIC Open House



Wahhh.. Berjumpe Lagi kite.. Semalam pergi KIC open house, meriah sungguh makanan-nye. BEst giler. Makan sampai kenyang. First2 sekali aku amik ketupat daun palas+serunding+keropok ikan. Boleh tahan la. PAstu order kat shy sate+nasi impit. Sate dia sedap oo. Aku blh bedal sate ayam sahaja hampir 20cucuk. Mcm x percaya je. waaaaa.... Pas tu rehat sekejap g betulkan tudung si nona. settle semua sambung makan lagi, kali nie amik char kueh teow + sate lagi.. Pendek kate, panjang x kate...selagi boleh makan, kite makan je!!! seronok giler. Siap posing2 lagi amik gambau... Aku nie pantang betul nmpak kamera, mesti nyelit muke aku. Aku upload la ckt gamba keseronakan kami semalm...SELAMAT MEMBELEK...uwahahahahaha....




Khamis, Oktober 16, 2008

HAri Raye Open HouSe-KLCC



HAri Nie -15 Oct 2008- Hari Raye Open House office aku. x tau nak pakai baju pe. Baju yang sepatutnye aku pakai untuk open house nie x sempat jahit. Cina tukang jahit tue dah x terima sbb aku dah jahit baju raye je 6 pasang. emmm... selongkar almari nmpak baju kurung aku ms mude2...hehehehe.. baju ms merisik thn 2006. Try punye try, muat g, buleh la pakai.

Selasa, Oktober 14, 2008

Kerenah Uzma


Hari nie ngantuk giler. Semalam boleh plak uzma ajak mama dia main. Pukul 2.15am plak tu.. aduhh.. Aku pun layan kan aje la dengan mata yang ngantuk. Borak2 ngan uzma (bahasa budak2), last2 pkl 4.15am br la nak tido. itu pun puas la mengenjut dia dalam buaian..

Raya 2008


Dah Lama giler x update blog nie. emmm.. Nak cite ape ek..Tahun nie 1st time raya bersama insan yang bernama"Nur Amalina Uzma". Mmg Happie giler. Tgk uzma pakai baju kurung, comeinye dier tue. Tapi x smpi satu hari uzma pakai baju kurung, boleh pulak dia "uuuuukkkk". Aku plak tension. Dah lawo2 habis kotor and bau busuk anak mama nie. Terpaksa la mama dia basuh n keringkan baju dia. Mama dia plak x bwk baju uzma, tertiggal kat dalam kete.iskisk, kesian uzma. terpaksa la berbogel sampai la daddy dia balik sembahyang raya.Biler daddy dia nmpk anak kesayangan dia bogel, blh plak daddy dia mrh mama dia. sungguh x adil. Ada daddy dia ty, np anak ukukuk... x logik betul soalan tu..Uzma, uzma... Uzma memang pandai. Apa pun , mama n daddy sayang sangat2 kat uzma...

Khamis, Jun 19, 2008


Dari minggu lepas lagi aku perasan, uzma dah pandai mengesot kedepan... laju plak tu...sekarang nie, pantang ada benda kat depan dia, mesti dia nak amik. Happie betul tengok uzma mengesot. x sabar nak tunggu dia pandai bertatih. Semalam (18.6.2008) pertama kalinye tengok uzma betul2 marah bile aku nak amik topi daddy dia yang dia pegang. bukan main beria dia marah, sampai aku pun takut nak amik topi tu... anak mama dah pandai mengeksperesikan perasaan dia...x saba nak tgk perkembangan uzma....

Rabu, Jun 11, 2008

Uzma Magazine


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Selasa, Jun 10, 2008

Uzma -7 Bulan-


9 June 2008, Genapla Usia Uzma 7 Bulan. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Tanpa di sedari, Uzma dah semakin membesar, tp masih tak boleh merangkak( asyik angkat bontot je). Masih segar diigatan mama, wajah uzma ketika dilahirkan. Seiras wajah daddy . Mama akan sentiasa mendoakan Uzma agar menjadi seorang anak yang solehah, Cerdik dan menjadi anak kebanggaan mama and daddy.. We always Love U Sayang...

MeNanGani PemBuang BaYi


KeS buang bayi sekali lagi menjadi berita utama negara kita. Antaranya seorang bayi lelaki ditemui mati di Sungai Kuantan, Pahang, oleh seorang nelayan, baru-baru ini. Sebelum itu pula, ada satu kes pada Mac 2007, seorang bayi lelaki dijumpai masih hidup di tandas di sebuah masjid. Bayi berkenaan dijumpai seorang wanita ketika ingin menunaikan solat Maghrib. Bayi yang kelihatan sihat dan bersih bernasib baik kerana dibiarkan hidup dan ditinggalkan di tempat mulia iaitu masjid. Mungkin ibunya mengharapkan agar seseorang memeliharanya seperti anak sendiri.

Gejala pembuangan bayi di Malaysia menunjukkan peningkatan yang tiada kesudahannya. Tiada petanda atau kayu ukur yang mengatakan gejala itu semakin dipandang jijik dan seterusnya berkurangan. Ada ketika, bayi yang baru dilahirkan ditamatkan riwayatnya dengan cara hina seperti dibuang di sungai, tong sampah, mangkuk tandas dan sebagainya.Ada pula bernasib baik, bayi ditinggalkan di tempat ada orang menjumpainya. Secara moralnya, kedua-dua perbuatan adalah terkutuk kerana tidak bertanggungjawab ke atas perbuatan mereka.

Sebenarnya gejala pembuangan bayi adalah cerminan gaya hidup tidak sihat sekelompok masyarakat kita. Masyarakat kita sedang melalui satu fasa genting hari ini. Persoalan moral dan akhlak bukan lagi pertimbangan utama dalam setiap keputusan kita. Gaya hidup yang berteraskan liberalisme semakin berakar dalam masyarakat. Penyakit ini bukan saja berjangkit kepada golongan elit atau bangsawan tetapi golongan marhaen dan rakyat bawahan. Akar pemikiran liberalisme ini bertunjangkan pandangan alam kebaratan.

Pandangan alam Barat ini menyumbang kepada kekeliruan abadi di kalangan masyarakat kita. Persoalan akhlak dan moral ditafsirkan secara relatif seperti kisah tiga orang buta dengan seekor gajah. Ada yang mentafsirkan gajah seperti pelepah pisang kerana si buta memegang telinga gajah. Ada yang mentafsir gajah seperti tali kerana si buta memegang ekor gajah. Ada juga yang mentafsir gajah seperti batang kelapa kerana si buta memegang kaki gajah. Akhirnya, masing-masing mentafsirkan gajah berdasarkan ilmu pancaindera mereka yang terhad itu.

Bagi masyarakat, persoalan akhlak bukan lagi milik mutlak ulama. Akhlak boleh ditafsirkan sesiapa saja asalkan perkara tersebut diterima ramai dan menjadi norma masyarakat.Gejala relativisme dengan merungkaikan persoalan akhlak tidak berdasarkan aspek abadi adalah kekeliruan yang nyata.

Ia berkait rapat dengan pandangan alam kebaratan yang semakin berakar dalam masyarakat. Kerana itu Prof Naquib Al Attas mengungkapkan dengan tajam bahawa antara Islam dan Barat, ia merupakan ‘Permanent confrontation’, yang akan berpanjangan. Apabila mengatakan ‘Barat’, ia bukan tertakluk kepada bentuk fizikal atau warna kulit sebagai faktor penentu tetapi sebuah pandangan hidup.

Australia sebagai contoh, walaupun nun jauh di Lautan Pasifik, ia tergolong dalam negara ‘Barat’ kerana mereka berkongsi pandangan alam. Antara teras pertembungan Islam dan Barat ialah Islam tidak mengiktiraf materialisme sebagai fahaman yang penting manakala Barat menjadikan materialisme sebagai teras fahaman mereka.

Ini juga bukan bermaksud Islam menolak konsep materalistik seperti pencarian harta, hak pemilikan harta dan penjagaan harta, namun mengiktiraf bahawa peranan kerohanian adalah penyeimbang kepada tuntutan materialisme yang melingkari kita.Malah, aspek kerohanian bukan sekadar faktor penyeimbang tetapi merupakan ‘primary factor’ kepada perhambaan kita kepada Yang Maha Esa.

Disebabkan kefahaman dan keyakinan faktor kerohanian inilah melahirkan sifat yang mulia dan abadi dalam kehidupan kita seperti amanah, berakhlak mulia, jujur, tawaduk, rasa kehambaan dan sebagainya.

Barat menjadikan fahaman materialisme sebagai faktor dominan dalam pandangan alam mereka. Aspek kerohanian atau ilmu wahyu itu tidak diiktiraf sebagai penting kerana tidak boleh dicapai melalui kajian saintifik dan eksperimen di makmal.

Fahaman materialisme berakar dalam pandangan alam mereka lalu menyebabkan tindakan selari dengan kefahaman mereka. Kerana itu di Barat, perbuatan membuang bayi tidak termasuk dalam dosa besar kerana mereka tidak memasukkan azab dan dosa dalam ‘kamus’ hidup selepas kematian. Berkaitan dengan kes pembuangan bayi, boleh dikatakan di Barat perbuatan zina dan seks bebas sudah menjadi norma dan budaya mereka. Lalu, tidak jadi isu jika mereka mampu melahirkan anak luar nikah akibat perbuatan songsang mereka.

Manakan tidak, mereka mempunyai kaedah `pengurusan jenayah’ mereka seperti penggunaan kondom secara bebas atau pengguguran anak di klinik. Aspek ‘pengurusan jenayah’ yang kemas dan teratur ini adalah asas kepada ‘berjayanya’ perbuatan jenayah mereka. Jika mereka faham bahawa seks bebas adalah dosa dan mendatangkan mudarat, maka sudah pasti kaedah ‘pengurusan jenayah’ mereka akan kelihatan janggal.

Senang kata, bagi mereka, sudah buat berani tanggung! Maknanya isu pembuangan bayi tidak tumbul di Barat kerana mereka mengurus dengan baik dan kemas ‘jenayah’ yang mereka buat.Dalam masyarakat kita sebaliknya, oleh kerana aspek keagamaan masih menebal atau barangkali tersisa dalam masyarakat kita, cara ‘pengurusan jenayah’ itu seakan janggal dan tidak teratur. Dalam kes pembuangan bayi, wanita yang melahirkan bayi itu tercermin sikap rasa bersalah kerana melahirkan anak luar nikah lalu mengambil keputusan sama ada menamatkan riwayatnya atau selamatkannya.

Jika bernasib baik, bayi ditinggalkan di tempat selamat, jika tidak dihumban di sungai atau longkang.Boleh dikatakan, gejala pembuangan bayi adalah kekeliruan pandangan alam lapisan bawah membabitkan orang awam, terutama golongan remaja. Malah, melekat juga kepada golongan ilmuan dan pendidik yang dikategorikan sebagai lapisan atas atau utama yang menyebarkan fahaman kebaratan melalui institusi pendidikan kepada umat Islam. Tidak keterlaluan juga, mereka semacam ‘ejen’ tidak rasmi pihak Barat.

Atas dasar itu masyarakat harus dibimbing supaya pulang ke pangkal jalan, iaitu mempunyai pandangan alam yang berteraskan agama. Persoalan ini harus ditangani dengan kaedah pendidikan kesedaran dan pencegahan. Kedua-dua aspek iaitu didik dan cegah mesti berjalan seiringan. Program pendidikan kesedaran harus dijadikan modul utama, terutama di kalangan generasi muda. Pada masa yang sama juga budaya hedonisme disekat dengan sebijak mungkin.

Persoalan Islam vs Barat juga harus ditangani dengan ilmiah dan bijaksana. ‘Peperangan Idea’ antara dua kutub berbeza ini menuntut stamina ilmu yang tinggi di kalangan umat Islam secara khusus. Sudah tiba masanya umat Islam di Malaysia digerakkan keupayaan mereka untuk membina kembali nilai dan pandangan alam berteraskan agama.

Sumner: Harian Metro

Isnin, Jun 09, 2008

PeRkemBangan BaYi 37-40 minggu

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.


Sumber: http://www.mengandung.com/

PeRkemBangan BaYi 33-36 minggu

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Sumber:
http://www.mengandung.com/

PeRkemBangan BaYi 29-32 minggu

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Sumber:http://www.mengandung.com/

PeRkemBangan BaYi 25-28 minggu

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan
ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Sumber:
http://www.mengandung.com/

PeRkemBangan BaYi 21-24 minggu


Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Sumber:
http://www.mengandung.com/

PeRkemBangan BaYi 17-20 minggu



Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Sumber:http://www.mengandung.com/

PeRkemBangan Janin 13-16 minggu


Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringks atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Sumber: http://www.mengandung.com/

PeRkemBangan Janin 9-12 minggu


Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Sumber: http://www.mengandung.com/

PeRkemBangan Janin 5-8 minggu


Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing. Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair-air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.


Sumber:
http://www.mengandung.com/

PeRkemBangan Janin 1-4 minggu



Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung.

Sumber: http://www.mengandung.com/

Salah faham "demam pematah tulang"

Dikenali sebagai demam 'pematah tulang' atau 'pematah tulang belakang', demam denggi pernah dianggap penyakit akibat ilmu hitam akibat satu simptomnya menyebabkan sakit di dalam tulang, seperti akan meletup.

Namun, tahukah anda terdapat empat peringkat demam denggi; cirit-birit merupakan antara simptom demam denggi dan bukan semua pesakit denggi perlu dimasukkan ke wad?

Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Kol (B) Dr. Abdul Rahman Mohd Ali menjelaskan, virus punca demam denggi dan denggi berdarah tergolong dalam kumpulan Arbovirus dan terdiri daripada empat jenis (serotype).

"Empat jenis virus denggi ini dikelaskan sebagai DEN 1, 2, 3 dan 4 yang kesemuanya boleh menyebabkan jangkitan yang tenat dan berpotensi membawa maut.

"Kesemua empat jenis virus denggi ini juga boleh menyebabkan demam denggi berdarah tetapi lebih kerap dengan jenis DEN 2, diikuti jenis 4, 3 dan 1," katanya.

Menurut beliau, jangkitan salah satu serotype virus denggi akan memberikan pesakit perlindungan imuniti seumur hidup terhadap jenis virus tersebut dan juga imuniti jangka pendek (dua hingga empat bulan) terhadap serotype lain.

Dr. Abdul Rahman turut mendedahkan kesemua virus denggi turut mengalami mutasi genetik yang menghasilkan variasi dalam jenis virus yang sama.

"Mutasi yang berlaku sekali setiap tiga atau empat tahun membolehkan virus tersebut 'menukar baju' dan menyebabkan badan pesakit tidak dapat mengenalinya walaupun pernah dijangkiti jenis virus sama sebelum ini.

"Segelintir variasi virus tersebut lebih ganas dan berpotensi menyebabkan berlakunya wabak besar denggi dari semasa ke semasa," jelasnya.

Kata beliau, manusia adalah perumah semulajadi virus denggi dengan tempoh eraman antara tiga hingga 14 hari selepas digigit nyamuk, di mana virus membiak dalam hati dan nodus limfa pesakit.

Tambahnya, fasa demam akan bermula selepas tempoh eraman berakhir, apabila virus memasuki darah dan menyerang sel darah putih (WBC) dan platlet. Demam biasanya berlaku antara empat ke enam hari selepas digigit nyamuk tetapi pesakit biasanya kembali pulih antara tujuh ke 10 hari kemudian. Simptom denggi bagaimanapun boleh berpanjangan sehingga sebulan walaupun sudah tidak demam.

Pemeriksaan dan rawatan

Semua pengidap demam denggi boleh mengalami peringkat denggi dengan demam biasa yang melarat kepada DDB atau DSS, mengikut ketahanan badan, bentuk jangkitan dan jenis virus. Selain itu, diagnosis denggi juga perlu membezakannya dengan simptom hampir serupa penyakit lain seperti selesema, campak, malaria, demam kepialu dan demam berdarah virus.

Pemeriksaan klinikal denggi melibatkan ujian tekanan darah, bukti pendarahan pada kulit atau bahagian badan lain, kandungan air di dalam badan yang cukup, dan bukti kebocoran atau pendarahan dalaman. Ujian dijalankan termasuk:

l Ujian Tourniquet - menggunakan alat menguji tekanan darah dan stetoskop; lebih 20 bintik merah atau hitam timbul.

l Ujian makmal - seperti kiraan sel darah dan platelet, kepekatan darah, albumin, ujian fungsi hati dan ujian kehadiran darah dalam air kencing.

l Ujian khusus denggi - ujian mengenalpasti virus atau ujian serologi. Ujian khusus dapat menentukan bentuk jangkitan virus denggi dengan mengesan antibodi IgG dan IgM. IgM dihasilkan jika jangkitan baru berlaku, di bawah dua minggu. Selepas dua minggu pulih, pesakit akan membentuk antibodi memori (IgG) pula untuk menentang jenis virus yang sama kelak (perlindungan kekal).

Menurut Dr. Abdul Rahman, tiada rawatan khusus untuk jangkitan denggi dan selalunya doktor hanya dapat memantau perkembangan pesakit dan merawat simptom atau komplikasi yang timbul.

"Untuk demam denggi biasa, pesakit hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak perlu dimasukkan ke wad.

"Pesakit demam denggi klasik pula akan diperiksa tahap kepekatan darah (hematokrit) dan platletnya sebelum ditentukan perlu masuk wad atau tidak," ujar beliau.

Menurutnya lagi, peningkatan hematokrit, dehidrasi (badan kurang air) dan tahap platlet rendah (di bawah 100,000 sel/milimeter padu) akan memerlukan pesakit dimasukkan ke wad untuk pemantauan.

Tambah beliau, kemasukan wad juga bergantung kepada kekosongan katil di hospital memandangkan pesakit denggi berdarah dan DSS lebih memerlukan pemantauan dan rawatan rapi.

Mengikut pengalaman beliau, Dr. Abdul Rahman menjelaskan secara purata empat atau lima pesakit denggi dimasukkan ke wad DEMC setiap hari.

"Pesakit dimasukkan ke wad selama tiga hingga empat hari untuk pemantauan sahaja melalui ujian darah setiap hari dan juga dimasukkan air jika badan pesakit kurang air.

"Kebiasaannya, ujian darah pada hari ketiga pesakit demam akan menunjukkan jika mula menjurus kepada denggi berdarah dan perlu dimasukkan wad," katanya.

Beliau menjelaskan transfusi platlet perlu diberikan jika bacaan platlet pesakit di bawah 20,000 sel/milimeter padu dan terdapat tanda-tanda pendarahan.

Tambahnya, bila pesakit mencapai tahap renjatan (DSS), pemindahan darah dan komponen darah lain perlu dilakukan mengikut keadaan pesakit.

Menurut Dr. Abdul Rahman, pesakit denggi tidak akan menghadapi kesan jangka panjang kecuali jika terdapat komplikasi pada otak atau jantung. Pesakit juga hanya perlu diasingkan mengunakan kelambu sehingga pulih dari demam bagi mengelakkan virus disebar nyamuk.

Pencegahan

Buat masa ini, tiada lagi vaksin yang berkesan memberi perlindungan terhadap keempat-empat jenis virus denggi, ditambah pula masalah mutasi berterusan virus berkenaan menyebabkan vaksin sukar dihasilkan.

Dr. Abdul Rahman menjelaskan, kawalan terhadap vektor pembawa virus denggi merupakan pilihan terbaik untuk mengawal penularan virus denggi.

"Orang ramai perlu mengambil langkah proaktif menghapuskan jentik-jentik dan nyamuk dewasa bagi mengawal penularan wabak denggi.

"Selain menghapuskan tempat pembiakan, tabiat diri juga perlu diubah. Kurangkan berada di luar pada waktu nyamuk aktif, terutamanya dengan pakaian yang tidak melitupi tangan dan kaki, serta hapuskan habitat pembiakan nyamuk Aedes," tegas beliau.

Antara situasi membimbangkan yang diketengahkan Dr. Abdul Rahman adalah amalan kanak-kanak menunggu bas pada waktu nyamuk paling aktif (awal pagi) dengan pakaian seragam berlengan pendek atau seluar pendek.

Beliau menegaskan amalan sebegini meningkatkan risiko jangkitan denggi dan mungkin tiba masanya sedikit penyesuaian dibuat untuk mengelakkan anak-anak menjadi mangsa denggi.

Bagi Dr. Abdul Rahman, masalah denggi pada asasnya merupakan satu masalah persekitaran dan 'rawatan' pada persekitaran lebih berkesan dalam mengawalnya.

"Nyamuk Aedes hanya hidup antara 15 hingga 65 hari sahaja dan cuma dapat terbang sekitar 200 meter dari habitatnya. Jadi, tempat bertelurnya tentu berhampiran. Telurnya pula akan menetas menjadi jentik-jentik dalam tujuh ke 10 hari.

"Apa yang membimbangkan, telur nyamuk boleh bertahan sehingga 100 hari jika takungan air mengering di bawah cuaca panas terik. Telur ini hanya akan mati jika berada dalam suhu bawah 10°C," jelasnya.

Ditambah pula dengan hujan tidak menentu dan berpanjangan akibat pemanasan global, beliau tidak menolak kemungkinan denggi tidak lagi mengikut musim dan lebih kerap berlaku.

Walaupun demam denggi berdarah jarang berlaku, Dr. Abdul Rahman mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah perkara tersebut memandangkan kebanyakan pesakit denggi berdarah adalah kanak-kanak dan golongan muda.

Pemanasan global juga telah membolehkan denggi terus merebak ke hemisfera utara bumi melalui kawasan pembiakan nyamuk yang semakin luas, sehingga ke negara-negara beriklim sejuk di Eropah. Nyamuk dewasa juga semakin 'pandai' menumpang sistem pengangkutan manusia untuk berpindah ke kawasan baru, termasuk menaiki lif untuk mencari mangsa yang tinggal di tingkat atas bangunan tinggi.

Denggi boleh membunuh! Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memerangi denggi. Kembalikan amalan kerjasama bergotong-royong menjaga kawasan perumahan bagi mengelakkan nyamuk membiak dan menyebarkan virus denggi.

Kita tidak sepatutnya mementingkan diri dan melihat hanya pada statistik dan kos. Ingatlah penambahan satu angka kematian itu sudah terlalu tinggi untuk ditanggung jika keluarga atau diri anda sendiri menjadi mangsa denggi seterusnya.

Sumber: utuSan MalaYsiA

Elak KuLiT KerinG

MEMILIKI kulit yang bersih dan mulus menjadi idaman setiap wanita yang mengutamakan kecantikan. Ini kerana kulit yang mulus akan mempamerkan kecantikan dan keserian di samping menterjemahkan keyakinan dan keperibadian seseorang .Kulit terbahagi kepada lima jenis, iaitu kulit jenis normal, kering, berminyak, kombinasi dan sensitif.

Kulit manusia akan berubah seiring dengan peningkatan usia. Kulit akan turut berubah bergantung kepada jenis kulit individu. Semakin meningkat usia, keanjalan kulit juga semakin berkurangan.

Seiring dengan peningkatan usia, banyak masalah kulit yang sebelum ini tidak bermasalah akan bertukar menjadi masalah. Peralihan jenis kulit inilah yang memerlukan seseorang itu bertukar kepada produk penjagaan kulit mengikut keperluan.

Produk penjagaan kulit Luvins, yang dirumus khusus menggunakan ekstrak emas 24 karat membantu menaikkan keserian kulit wajah. Dengan menggunakan teknologi tercanggih dalam bidang perawatan wajah, lima produk penjagaan dihasilkan, iaitu pembersih wajah, penyeri, pelembap, pencerah dan krim pelindung matahari.

Luvins yang diadaptasi daripada resipi kecantikan yang diamalkan oleh golongan diraja, mampu menjadikan kulit wajah pemakainya berseri, awet muda dan melambatkan proses penuaan.

Ia turut melindungi kulit daripada mudah berkedut, kering dan menggeleber serta membekalkan nutrisi pada wajah.


Sumber: UtuSan MalaYsia

Jumaat, Jun 06, 2008

Bayi perempuan dapat banyak faedah susu ibu.



WASHINGTON: Susu ibu diakui memberi banyak manfaat kesihatan kepada bayi berbanding susu formula, tetapi satu kajian mendapati bayi perempuan mendapat lebih banyak faedah daripada susu ibu berbanding bayi lelaki.

Penyelidik melakukan kajian terhadap sekumpulan bayi yang dilahirkan dengan berat badan amat rendah iaitu di kalangan bayi pramatang di Buenos Aires untuk mengesan kesan perlindungan susu ibu terhadap jangkitan pernafasan di kalangan bayi.

Mereka mendapati bayi perempuan menyusu badan jauh lebih baik berbanding bayi lelaki yang mendapat susu sama dalam membentuk daya tahan daripada jangkitan pernafasan serius sehingga memerlukan dimasukkan ke hospital.

Ia termasuk masalah jangkitan perut atau usus, masalah penghadaman, penyakit kulit dan alahan serta kurangnya risiko pembentukan tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti. Beberapa penyelidikan juga menunjukkan bayi yang mendapat susu ibu lebih cerdik. – Reuters

Sumber: Berita Harian

Susu ibu lawan HIV

Wanita dijangkiti HIV yang menyusukan bayi boleh menyebabkan 300,000 kanak-kanak dijangkiti HIV tetapi menyelamatkan 1.5 juta orang daripada mati akibat penyakit lain

SUSU ibu mungkin pilihan terbaik di kalangan wanita yang dijangkiti HIV di negara membangun meskipun wujud risiko menjangkiti virus itu kepada bayi masing-masing.

Ibu yang positif HIV diminta menyusukan bayi mereka dengan susu formula untuk mengehadkan risiko jangkitan virus berkenaan tetapi ia menimbulkan masalah di negara yang tidak dapat menyediakan bekalan air bersih.

Ahli pediatrik di Universiti KwaZulu-Natal Afrika Selatan, Dr Hoosen Coovadia, memberitahu Persidangan Retrovirus dan Potensi Jangkitan ke-14 bahawa ibu dijangkiti HIV di negara membangun yang menyusukan bayi masing-masing boleh menyebabkan kira-kira 300,000 kanak-kanak dijangkiti HIV tetapi ia menyelamatkan 1.5 juta orang daripada meninggal akibat penyakit lain.

“Susu ibu banyak memiliki faktor ketahanan. Penyusuan bayi harus digalakkan, dilindungi dan dipelihara meskipun ada risiko HIV,” katanya.

Coovadia menyarankan wanita positif HIV di negara yang mempunyai kadar kematian bayi 25 peratus atau lebih tinggi, menyusukan bayi mereka.

Wanita dengan jangkitan HIV berisiko untuk menyebarkan virus berkenaan kepada bayi mereka waktu hamil, kelahiran atau penyusuan bayi. Tanpa rawatan awal, 20 hingga 45 peratus bayi dijangkiti virus penyebab Aids itu daripada ibu mereka, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Ia satu dilema di kalangan wanita yang positif HIV,” kata saintis di Jabatan Kesihatan Kanak-kanak dan Remaja WHO, Peggy Henderson, sambil merujuk kajian risiko kematian enam kali ganda akibat penyakit berjangkit di kalangan bayi yang diberi susu formula berbanding menerima susuan ibu secara eksklusif.

Di negara maju termasuk Amerika Syarikat, kadar itu menurun pada kadar kurang daripada dua peratus menerusi rawatan ubat-ubatan, kelahiran secara pembedahan Caesarean dan kaedah lain.

Kajian empat tahun Coovadia di Durban, Afrika Selatan itu mendapati empat peratus bayi yang disusukan secara eksklusif dijangkiti HIV.

“Jika anda mempunyai sumber untuk menyediakan susu yang bersih seperti air bersih, bekalan elektrik dan seumpamanya, ia untuk penyediaan susu formula. Jika anda tidak mempunyai kemudahan itu, penyusuan bayi oleh ibu mereka memang diperlukan,” kata Coovadia.

Kajian di Botswana yang disebut ‘negara paling stabil dan demokratik di Afrika’ oleh Coovadia, mendapati kebanyakan 500 kanak-kanak yang meninggal dunia sewaktu wabak cirit-birit berkaitan banjir tahun lalu, diberikan susu formula.

Hasil ‘sangat mengejutkan’ mendapati di beberapa kawasan, risiko meninggal dunia daripada penyakit berjangkit lain mengatasi risiko HIV, kata profesor bersekutu Hospital Kanak-kanak Los Angeles, Dr Grace Aldrovandi.

Percubaan di kalangan 958 wanita di Zambia mendapati bayi yang dijangkiti Aids juga menunjukkan prestasi lebih baik dan kurang kecenderungan untuk meninggal dunia apabila mereka terus diberikan susu ibu.

WHO menyarankan wanita dijangkiti HIV menyusukan bayi mereka secara eksklusif untuk tempoh enam bulan pertama kecuali susu gantian diterima, mampu dimiliki, boleh bertahan dan selamat untuk mereka serta bayi mereka.

Sumber:Harian Metro

AnaK AnuGerah TuHan


ANAK adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pasangan suami isteri, kerana dengan kelahirannya menam bahkan kasih sayang seisi keluarga. Lebih penting, anak mewarisi keturunan, sekali gus menjadi generasi pelapis selepas ibu bapanya kembali bertemu Allah.

Mereka juga akan mewarisi apa yang kita tinggalkan serta menyambung kehidupan dan tamadun manusia. Mereka akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan dengan sebab itu, ada orang menggelar anak kecil dengan panggilan ‘the little caliph’ (khalifah kecil).

Dalam Islam, anak adalah harta paling berharga dimiliki seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Anak juga adalah satu faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmat-Nya seperti ditegaskan dalam satu hadis di riwayatkan Ahmad, Bukhari dan Muslim. “Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga.”

Anak kecil bukan saja memerlukan penjagaan rapi, malah kasih sayang ibu bapa. Sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanya kerana Nabi s.a.w ada bersabda yang di riwayatkan Ibn Asakir dan Suyuthi, bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut dengan nya.”

Nabi s.a.w sendiri sangat mengasihi anak. Baginda me nyifatkan anak dengan pelbagai kemuliaan, seperti bau dari syurga, malah sebagai penghalang daripada penurunan azab, sebagaimana dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Suyuthi:

“Kalaulah tidak kerana hamba Allah yang rukuk dan anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada, nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu.”

Malah, anak adalah faktor kemuliaan dan keagungan ibu bapa seperti dinyatakan dalam hadis, bermaksud: “Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah ke luarga itu.” (Hadis riwayat Tabrani).

Tetapi mutakhir ini, ada ibu bapa yang tidak mengasihi anak mereka, malah tergamak meninggalkan anak mereka tanpa memikirkan nasib yang bakal dialami. Lebih teruk ada yang sanggup membuang anak di tepi jalan, parit dan sungai, langsung tidak membayangkan sifat belas kasihan.

Apakah sifat dan tindakan manusia sebegini mencerminkan budaya masyarakat Arab zaman jahiliah dulu, yang bersikap zalim terhadap kanak-kanak apabila sanggup menanam anak mereka?

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata jika diperhatikan fe nomena pembuangan dan pembunuhan anak yang berlaku hari ini kadangkala lebih teruk daripada peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah.

“Mengapa tidak? Pada zaman jahiliah dulu mereka mem bunuh anak perempuan saja, malah menanamnya di tim bunan pasir, tetapi sekarang tidak kira anak itu perempuan atau lelaki, dibuang serta dibiarkan mati begitu saja, malah ada yang mati di dalam parit, longkang dan sungai,” ka tanya.

Beliau berkata, mereka yang berbuat demikian sehingga meragut nyawa si anak dihukum membunuh dan tindakan itu adalah berdosa besar.

“Membuang bayi baik di dalam kandungan atau selepas dilahirkan adalah haram dan berdosa besar, dihukum ke salahan membunuh,” katanya.

Islam amat menghormati nyawa seseorang manusia, sama ada ia masih di dalam janin, usia bayi atau sudah dewasa, semuanya perlu dipelihara dan dihargai. Sebarang pem bunuhan tanpa hak dilarang sama sekali dan dikenakan hukuman berat.

Baginda s.a.w ada bersabda, maksudnya: “Dalam mem bunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau pe rempuan.” (Muttafaqun Alaih)

“Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hu kuman ke atasnya kerana membunuh orang lain atau kerana melakukan kerosakan di muka bumi, maka sesungguhnya ia membunuh semua manusia“ (an-Nisa’: 32)

Allah mengharamkan pembunuhan terhadap orang lain dan mengharamkan juga perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, Islam juga mengharamkan perbuatan mencederakan orang lain atau mencederakan diri sendiri.

Gejala buang bayi makin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi dengan kehidupan dan pergaulan muda-mudi yang terlalu bebas. Bayi dibuang kononnya sebagai jalan keluar bagi kemelut masalah yang dihadapi atau sekurang-kurangnya bagi menutup malu, sedangkan sebaliknya ia terus me ngundang masalah.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon, dipetik berkata, aspek kekangan ekonomi dan ku rangnya pendidikan agama turut menyumbang kepada ma salah yang semakin meruncing itu.

Beliau berkata, sejak 2004 hingga 2007, sejumlah 304 kes bayi dibuang dilaporkan di seluruh negara, daripada jumlah itu 117 bayi lelaki, bayi perempuan (96) dan 91 bayi lagi tidak diketahui jantina kerana sudah reput.

“Kementerian berpendapat cara terbaik untuk menangani isu ini ialah dengan memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga kese lamatan kanak-kanak serta mengamalkan prinsip kema nusiaan,” katanya.

Jumlah itu berdasarkan kes yang dilaporkan tidak me ngambil kira kes terpinggir, tetapi ia sudah cukup mem bimbangkan kerana jika tidak dibendung, ia akan me ngundang padah yang lebih teruk, baik kepada kehidupan sosial masyarakat mahupun kepada Islam itu sendiri.

Zamihan berkata, semua pihak perlu sedar anak yang dibuang itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kesalahan, suci bersih dan tidak berdosa, walaupun ia lahir daripada hasil persetubuhan haram.

“Anak itu tidak berdosa, tidak bersalah, tidak hina, malah tidak membawa sial atau majal kepada ibu bapa dan ke luarganya, cuma dia lahir daripada persetubuhan haram. Mereka yang salah adalah ibu bapanya, bukannya dia, tetapi kenapa dia yang menjadi mangsa?

“Sepatutnya anak itu dijaga sebaik-baiknya, diberikan kasih sayang secukupnya sebagai penebus kepada keterlanjuran terbabit dengan persetubuhan haram dan selepas itu kah winlah di samping sama-sama memberikan kasih sayang kepada anak terbabit.

“Tetapi yang berlaku sebaliknya, sudahlah salah berzina, buang dan bunuh anak pula, menjadikannya dua dosa,” katanya, sambil menegaskan membunuh bayi adalah dosa besar dan mereka yang terbabit perlu segera bertaubat.

“Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?” (at-Takwiir: 8-9)

Pada masa ini, Kanun Keseksaan memperuntukkan hu kuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati bersalah membuang bayi, namun undang-undang itu tidak memperuntukkan hukuman terhadap lelaki yang ber tanggungjawab menghamilkan wanita dituduh membuang bayi itu.

Zamihan berkata, sudah tiba masanya semua pihak meng gembleng tenaga untuk menangani gejala memalukan itu, sekali gus memastikan keharmonian dalam kehidupan ber masyarakat terus terpelihara, terutama masyarakat Islam yang menjunjung Islam sebagai panduan hidup.

“Mengapa ini semua berlaku? Ia berlaku disebabkan tiada kefahaman terhadap tuntutan beragama, tidak memahami Islam dan hukumnya.

“Sepatutnya bagi orang yang menjadikan Islam sebagai agama dan cara hidup, memahami aturan agama itu se baik-baiknya, supaya agama yang dianuti itu boleh menjaga diri kita.

“Dari satu sudut juga, tiadanya kuat kuasa undang-undang Islam, sedangkan ia amat penting bagi menegakkan hukum agama, malah jika dilihat sekarang ini orang boleh buka aurat sesuka hati, menunjukkan tiada atau longgarnya kuat kuasa,” katanya.

Sumber: Harian Metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...