Khamis, Mac 31, 2011

Legging + bertudung

Mama dapat email dari mama aimy,mengenai legging nie.. Mama no komen la tentang perkara nie...


pic: i-google

Mama pun bukannyer la perfect sgt, tp sekadar berkongsi bersama-sama kawan2...

nak tau lebih lanjut click yer

AWARD

Mama dapat award dr eb, sbb wish bday aerish yang tomei itu....ooopppsss salah plak, bday eb... hehehehe

Thanks eb, thans aerish....


nie la dier tuan punyer badan
*
*
*
ni plak aerish yang tomei tue... 
*
*
*
award dr eb..Cantexxxx.. 
Thanx eb..

Selasa, Mac 29, 2011

Tupperware Steam

Hai.. Ingat lagie tak mama ade bgtau mama tgh aim nak beli 'Steamer' brand tupperware?

Alhamdulillah hajat mama termakbul. Kebetulan plak harga dia murah pe lagie, mama pun sapu ler... hehehe... Memang bestkan pakai brand tuperware nie. Menang membeli, menang memakai...

*
*
*
*

mama beli ngan rege RM 50 sahaje..

Khamis, Mac 24, 2011

Tupperware Brands

Hai Semua... Korang minat x brand tupperware.. Mama lately nie dah jadi peminat tegar tupperware.. Dari mmg  x suke jadi pengumpul plak.. Mama rase dah dekat RM 1k++ mama mengahbiskan duit utk beli tupperware.. tapi x pe berbaloi.. Mama belipun mmg ngan harge murah... even banyak yang mama beli x pakai, just simpan jer, tp untuk masa kan datang, mn nak tau kan... hehehehe...MAcam2 color and mcam2 design ade.. Nak tgk koleksi mama, jommmmmmmmmmmm......Layannnnnnn........


*
*
nie la 1st design yang mama beli
*
*
nie plak beli kunun2 nak letak bubur adik klu g jenjalan, sekejap je pakai pastu simpan dlm cabinet da...
Mama beli nie dengan harga RM 20 jer (pecaya x) betul tau..
*
*
one touch tupperware 
*
*
 2 sets
*
*
2 sets bottles fridge 
*
*
Small Goody Box with Cariolier 
*
*
Thristquake Tumbler

And banyak lagi la x larat nak upload kat sini dah... mama aim nak beli steamer plak lepas nie.. emmmmm.... insya'allah..

Entry nie bukan nak menunjuk @ riak yer.. HArap Maklum...


Rabu, Mac 23, 2011

Cabaran hebat susukan anak

 
BEGINI...Nor Kamariah menunjukkan kaedah menyusu dengan betul, antara salah satu latihan yang dijalankan Susuibu.com.

PELAYAR laman sesawang Susuibu.com pasti tidak asing dengan laman sosial ini yang banyak memberi maklumat terkini serta pengetahuan berguna mengenai penyusuan susu ibu. Di samping rencana menarik, laman ini juga menjadi medan interaktif wanita terutama dalam menyuarakan pandangan, bertukar pendapat serta menjadi pemangkin semangat bagi ibu muda yang ingin menyusukan anak mereka sepenuhnya.



Di sebalik kejayaan Susuibu.com, banyak cabaran terpaksa dilalui pemiliknya, Nor Kamariah Mohamad Alwi yang juga kaunselor laktasi. Bermula sekadar suka-suka untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat mengenai penyusuan susu ibu, kini ahli berdaftar Susuibu.com sudah melebihi 13,000 orang sepanjang enam tahun penubuhannya.



Menurut Nor Kamariah, pengalaman dilaluinya selepas melahirkan anak pertama adalah cabaran kepada wanita ini untuk menyusukan anak secara eksklusif. Ini kerana selepas melahirkan anak pertama pada tahun 2000, pendedahan mengenai kepentingan penyusuan susu ibu sangat kurang terutama sokongan daripada keluargaKetika itu dia menyambung pengajian sarjana di Universiti Tunku Abdul Rahman (Unitar). Walaupun terpaksa berdepan cabaran besar kerana terpaksa menyusukan anak sepenuhnya di kala masih belajar, dia kuatkan tekad untuk menghadapinya hanya berbekalkan pengetahuan di Internet serta pembacaan buku dan majalah.



“Berbekalkan pengetahuan menerusi Internet, saya cuba sedaya upaya mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Mujur pensyarah sangat memahami serta membenarkan saya membawa anak ketika peperiksaan dan menyediakan sebuah bilik berasingan untuk saya. Ketika itu saya sangat berterima kasih kepada pensyarah kerana memberi sokongan penuh kepada saya untuk menyusukan anak,” katanya. Menurutnya, semangat untuk menyusukan anak semakin bertambah ketika pulang ke kampung di Ipoh, Perak apabila melihat saudaranya yang bekerja mampu menyusukan anak secara eksklusif. Dia mengajar bagaimana memerah susu menggunakan tangan dan pam, juga teknik penyimpanan susu dengan betul ketika bekerja.

“Kebetulan pada masa itu kakak baru saja melahirkan anak dan kami saling memberikan sokongan antara satu sama lain,” katanya. Ketika bersalin anak kedua pada 2003, Nor Kamariah sudah mempunyai pengalaman me-ngenai penyusuan susu ibu dan masalah penyusuan, namun dia berasa keseorangan kerana ketika itu tidak ramai ibu yang menyusukan anak secara eksklusif.

Dia cuba bertanya kepada rakan namun jawapan diperoleh sangat mengecewakan kerana mereka sudah memberi susu formula kepada anak mereka.Bertujuan untuk berkongsi pendapat mengenai susu ibu, akhirnya Nor Kamariah membuka laman sosial Susuibu.com pada 2004. Niatnya hanya sekadar untuk berhubung dengan wanita serta berkongsi pendapat mengenai kaedah penyusuan yang betul.

“Ketika itu pengunjung berdaftar hanya 200 saja, tetapi lama-kelamaan semakin bertambah dua kali ganda sehingga mencecah ribuan pengunjung. Masing-masing menyatakan keterujaan mereka terhadap laman sosial ini kerana membolehkan wanita mendapat maklumat yang jelas mengenai penyusuan,” jelasnya. Tambahnya, dari setahun ke setahun, pemberitahuan menerusi mulut ke mulut menyebabkan Susuibu.com semakin mendapat perhatian.

“Ada yang mendapat tahu melalui rakan, pihak hospital dan kebanyakannya menerusi enjin pencarian Google. Hanya mereka yang benar-benar ingin mendapat maklumat mengenai susu ibu saja akan memperolehnya menerusi laman sosial ini,” katanya yang memiliki Ijazah Kejuruteraan daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ketika itu, laman susu ibu bukan saja menjadi pakar rujuk malah banyak persoalan diutarakan mereka yang mempunyai latar belakang berbeza. Disebabkan tidak mempunyai sebarang pendidikan mengenai penyusuan susu ibu, ini mendorong Nor Kamariah menjalankannya secara profesional dengan mengambil peperiksaan Pensijilan Antarabangsa Kaunselor Laktasi. “Oleh kerana Susuibu.com mendapat perhatian daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional yang arif dalam bidang perubatan seperti jururawat dan doktor, ini mendorong saya mengambil peperiksaan seterusnya membuka butik Susuibu.com di Bandar Baru Bangi.

“Ini bagi memberi tumpuan kepada laktasi serta menyediakan keperluan penyusuan kepada wanita secara lebih sistematik dan teratur. Justeru, wanita selain mendapatkan khidmat nasihat menerusi laman Susuibu.com, mereka boleh terus ke butik untuk mendapatkan pemahaman secara praktikal dan rundingan secara empat mata,” katanya. Pada 2009, Susuibu.com bergabung dengan Mom’s Little Ones untuk memperkenalkan mengenai konsep semula jadi sama ada melalui kaedah penyusuan, pemakanan, penggunaan produk dan pemakanan.

“Selain fokus utama penyusuan susu ibu, kami cuba mengalihkan tumpuan masyarakat kepada perkara yang sering dilupakan seperti menyediakan makanan bayi sendiri, penggunaan lampin kain dan menggunakan kain kendong yang kebaikannya tidak dapat diragukan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang menjadi kaunselor, cabaran utama adalah bagi ibu bekerja iaitu bagaimana meneruskan penyusuan dengan keadaan masa yang sangat terbatas. Namun dengan adanya laman Susuibu.com, ibu dan bakal ibu lebih terbuka dan terdedah mengenai kepentingan susu ibu seterusnya membuat persiapan lengkap sejak sebelum bersalin lagi.

Mom’s Little Ones bergabung tenaga dengan Susuibu.com bagi menyediakan medium terbaik kepada golongan ibu bukan saja mengenai penyusuan susu ibu tetapi memperkenalkan produk semula jadi yang baik untuk kesihatan mental dan fizikal anak-anak.

Memasuki tujuh tahun penubuhan Susuibu.com, menurut Kamariah, dia masih belum puas kerana masih ramai ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran mengenai ilmu keibubapaan yang bukan setakat melahirkan anak tetapi meliputi banyak perkara. “Ada ibu yang mampu menyusukan anak mereka dan ada yang tidak boleh dan inilah cabaran yang harus saya hadapi. Selain ilmu, latihan dan kemahiran, sokongan keluarga terutama suami dan ibu bapa juga sangat penting,” katanya.

Justeru, bagi memberi pendidikan secara lebih menyeluruh sejak 2008, menerusi Susuibu.com lebih ramai kaunselor laktasi yang mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada IBCLC dilahirkan. Mereka perlu menduduki peperiksaan setiap lima tahun bagi memberi semangat kepada perunding laktasi supaya tidak berhenti belajar dan mendapat-kan maklumat terkini mengenai penyusuan.

Kaunselor laktasi terlatih akan memberikan rundingan secara empat mata, dengan pergi dari rumah ke rumah dan memberi penerangan di hospital sebaik saja melahirkan anak mengenai kaedah penyusuan yang betul. “Bukan itu saja, setiap bulan kaunselor laktasi akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa bagi mendengar masalah, luahan hati, pandangan serta pengalaman yang boleh dikongsi dengan semua ibu.

“Dengan cara ini, sama ada kaunselor atau ibu bapa boleh mendapatkan pandangan daripada perspektif berbeza dan memahami antara satu sama lain,” katanya. Bukan mahu mendabik dada namun rasa kesyukuran dilafazkan kerana kini, kesedaran wanita mengenai penyusuan susu ibu sudah semakin bertambah dengan melihat pertambahan ahli dalam Susuibu.com dan kumpulan sokongan.

Harapan Nor Kamariah hanya satu iaitu ingin melihat masyarakat berubah ke arah yang lebih baik serta kehidupan yang ditentukan mereka sendiri. Malah besar impiannya ingin melihat suatu hari nanti, semua ibu di Malaysia menyusukan anak mereka secara eksklusif.  “Hari ini, ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab atas apa saja keputusan yang dibuat mereka dan tidak menyesal di kemudian hari. Mereka juga harus mendapatkan maklumat yang tepat bukan dipengaruhi sesiapa. “Ini supaya suatu hari nanti ibu bapa tidak menyalahkan masyarakat atas apa saja yang berlaku kepada mereka, keluarga dan anak-anak. Paling penting mendapatkan ilmu keibubapaan mencukupi sebelum bergelar ibu dan bapa,” katanya.

sumber: metro

Selasa, Mac 22, 2011

My New Background

Semalam seharian mama mengodek mcm ne nak bt background macam kak eb . Akhirnyer berjaya walaupun x secantik blog eb.. Suke sgt tgk background dia yang simple and nice... Mama memang suke color hitam mcm smart jer kan...

Blog eb

Berkat tunjuk ajar mu sifu (cewah) , manager IT mama yang ajau tu mcm ne nak buat.. Punyer la payah nak buat, kene edit gamba banyak kali untuk memastikan gamba tu saiz 300k jer.. adoiiiii... last, letak gamba jer, x wording.. x kisah la... mama akan improve lagi.. uwaaaaaaaaaaa.......... suke sangattttt... hehehehehe... 


Mama nie nama jer belajau IT dulu, tapi buta IT gak ek.. emmmm.. lantak ko la labu... 

Isnin, Mac 21, 2011

Kasih ibu hingga ke akhir nyawa.

mama nak share this story .. mama dapat dari blog amymissunderstood. Thanks Amy
-------------------------------------------------------------

Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.


Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. 

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Sewaktu saya mendengar perkongsian ini, air mata saya berderaian laju menitis di pipi. Malah, tatkala menukil kata demi kata dalam ruang maya ini juga, bagaikan sukar air mata ini mahu ditepis. Betapa luhur dan agungnya perasaan kasih seorang ibu kepada permata hatinya. Tidak terbalas dek kita sebagai anak, yang selama ini tidak habis-habis bergantung pada jasa ibu.

Dari kecil dibelai ibu, sudah besar masih juga mahu bergantung pada ibu. Masakan tersedap, air tangan ibu. Segala pengalaman dunia, mahu dirujuk pada ibu. 

Sahabat sekalian, selagi kita memiliki dan punya ibu, hargailah ibu kita setinggi-tingginya. Muliakan dan tatanglah ibu kita persis menatang air yang penuh tatkala berada di gurun yang gersang tanpa penghujung. Betapa berharganya air itu sehingga sekiranya boleh, setitis pun kita tidak mahu jatuh ke bumi. Tanpa air itu, takkan lama kita bertahan dalam mengharungi perjalanan di atas gurun tadi.

Semoga kita mendapat iktibar daripada kisah yang dikongsikan ini. Sekian


** Ya'allah kau panjangkan la usia ku dan usia kedua ibubapaku.. Sesungguhnya aku masih memerlukan mereka dan anak2 masih memerlukan ku... Terima kasih ya'allah kerana memberikan aku kesempatan yang termat berharga dengan memberikan kesematan kepada ku untuk menyusukan anak-anaku dari susu yang mengalir dari tubuhku.. Amin..Amin..**

Debit Card vs Atm Card

Selamat pagie semua..

Hari ni mama nak story mengenai Debit Card.. x kisah la org nak kate mama perak ke hape ke, tp mama nak story gak..



Semalam ayah baru perasan yang debit card dia hilang... So mama and ayah bertungkus lumus mencari kad tersebut.. memang x jumpe.. Pastu ayah pun call maybamk untuk block that card and tanya transaction /balance duit yang tinggal. di sebabkan semalam hari ahad, bank x bukak so mmg x leh nak check pape..  apa yang customer service tu bgtau, debit card nie boleh di gunankan tanpa meminta apa2 pengesahan, tidak seperti credit card (dr apa yg org tue ckp ar ek). Ayah pe lagi terkejut ar dengar.. Masalahnyer dah la ayah baru dapat bonus, and semua duit tue ada kat dalam akaun maybank plak tu.. Kami berdua berdoa harap2 x la org guna kad tue.. 

Ok itu satu cite la.. Pastu ayah ayah pun bergegas mencari buku akaun, untuk bt update kat mesin jer, buku pulak x dapat di kesan.. Apa la bala time tue.. lepas satu-satu yang hilang.. Ayah pun dah x senang duduk, ngan hati yang x tenang... Haaaaa............Ayah pun terpiki nak pergi ke maybank "SUNWAY PIRAMID'. Ayah kate kat situ bank bukak, so kami pun pergi ar... 

Alhamdulillah memang bukak pun bank tue... Tapi caunter terhad la.. So ayah pun report pasal kad dia dan amik card baru.. Mama nie pun telebih peramah semalam, berbual la ngan teller tu, ty pasal debit card.. nie la di antara converstion mama ngan teller tue:-

mama: Kenapa debit card x security eh??
teller : Memang x security
mama: Susah la kalau macam tu, kalau kad hilang duit boleh jadi hilang?
teller: boleh jadi. Ade satu kes tu, ada orang baru buat debit card pas tu letak kat ats meja, hilang..  bile cek duit dah x.. pencuri tu belanja kat jusco..
mama: ye ke? bahaya ek.. x blh ke sebelum nak sweep tu kene letak pin code ke?
teller: (hanya mampu tersenyum) tiada balasan.
Ayah: Kalau macam tu saya nak replace kad atm biase la.. bahaya la..

Betul ke debit card begitu senang i gunakan oleh pihak ke3? knp perkara mcm ne boleh terlepas pandang ek.. 

sekarang sape nak jawab??? adoiiiii.. lebih baik guna atm kad, walaupun menyusahkan, masih ade ciri2 keselamatan... emmm... 

Semua bank memang x ciri2 keselamatan ke pada debit card? ke hanya maybank sahaja?
sape2 ade jawapan bagi soklan mama??

sekian..


Khamis, Mac 17, 2011

Update: Perkembangan Qashrina

Adik dah 19 Bulan.. Besar dah.. Cakap pun dah mula jelas dan pandai meniru aksi si kakak.. Saat nie la ibubapa betul2 nak kene jaga anak-anak kan.. Budak Tahap nie selalu meniru aksi2 orang di sekelilingnyer.. So mama pun kene jaga tingkah laku dan percakapan supaya si kecik nie tidak mengikut.. Kalau mengikut perkara baik x pe, ni pekara yang x elok, kan mama jugak yang susah...

Adik nie paling obses ngan buku, pen dan binatang.. Kami nie duk apartment, dan kadang2 tua ade la lembu2 dan kambing2 yang berkeliaran kat tanah lapang depan apartment... huhuhuhu. jenuh kami nak memujuk adik ajak balik kalau dia dah ternampak lembu @ kambing tengah ragut rumput.. Boleh membawa kepada tangisan yang panjang.. Nak x nak kadang2 tu kami ikutkan saja apa yang si kecik nie nak.. Sian jgk tengok dia nangis...

Adik dah pandai meniru percakapan mama dan ayah. Dah pandai mengikut setiap ayat cite 'UPIN IPIN', Iklan 'NESCAFE (halus saje), Menghafal lagu 'KEJORA & BINTANG'( x semua, tang awl2 jer), dah kenal cerita, 'MARSHANDA' (cite peberet)... Ha nie lagie best, suke tengk cite 'HANTU KAK LIMAH BALIK UMA' Adoiiii.. mama x tau macam ne nak jawab.. ni terikut kakak dia punyer perangai la.. Tiap2 hari nak tgk CD kak limah, sampai adik pun terikut... Depa suke pat2 yang hussin, abi n the geng berlari bile nampka kak limah....

Obses pada susu mama... Huhuhuhu.. ni yang mama suke sangat.. lagi bape bulan dah nak msk 2 tahun, tp mama masih blm pk lg nak ceraikan susu badan.. kalau boleh, selagi ade susu selagi tu mama akan bg pada adik, x kisah la selama mana pun.. Insya'allah...  Sampai si kakak jeles kadang2 adik duk berkepit ngan mama je... Adik nie kalau mama cuti 24 jam akan berkepit nak "nenen'... letih mmg letih tp inilah pengalaman berharga yang mama x akan dapat lupekan...

Jom Layan Gamba dak tecik nie... Payah mama nak snap gamba dier, x reti duk diam..

*
*
*
*
 *
*
*
*
 *
*
*
*
 *
*
*
*

Gamba nie di ambil di playgroun KLCC....



Jumaat, Mac 11, 2011

Usah malu mengepam susu badan

MENYUSU badan kini sudah kembali sebagai trend malah, ramai ibu muda pada masa kini tanpa mengeluh tetap akan mencari sudut privasi bagi menyusukan anak walaupun di pusat beli-belah, kedai makan mahupun dalam majlis keramaian.

Jika tidak diberi menyusu terus dari payu dara, lambakan jenama dan jenis pam susu badan manual mahupun elektrik menjadikan wanita yang berkerjaya juga mampu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka.

Menyusukan anak secara eksklusif bermakna bayi disusukan dengan susu ibu sahaja tanpa diberi air masak, susu formula atau makanan tambahan lain selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.
Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.
Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.

Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.

Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.
“Pemilihan pam yang betul sangatlah penting kerana ciri-ciri pam yang sepatutnya dipilih adalah sedutan yang menyerupai hisapan mulut bayi,” jelasnya.

Tambahnya, bagi ibu yang bekerja, lebih mudah sekiranya mereka memilih pam berganda (double-pumping) kerana ia amat menjimatkan masa, iaitu mereka boleh memerah susu pada kedua-dua belah payu dara secara serentak untuk tempoh 20 hingga 30 minit.



Selain pemilihan pam susu, ibu juga sudah boleh mula mencari produk penyusuan susu ibu di pasaran seperti beg penyejuk, gel ais dan beg yang bersesuaian untuk memudahkan ibu semasa hendak mula bekerja nanti.
Kata Farah, susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas) selama tiga bulan, peti sejuk satu pintu selama dua minggu dan peti sejuk beku selama enam bulan.

Bagi wanita yang bekerja, memang diakui, pada mulanya pasti ramai yang agak malu untuk melakukan proses mengepam di tempat kerja yang sudah tentu menarik mata nakal rakan lelaki yang memandang.
“Sebenarnya mudah sahaja untuk mengepam di pejabat, yang paling penting pemilihan baju serta pakaian dalam yang mudah untuk diselak untuk mencekup corong pam susu dengan mudah.

“Selain itu, pemilihan pam elektrik yang kurang mengeluarkan bunyi, malah boleh juga ditempatkan motor pam itu di dalam beg khas untuk mengurangkan gegaran dan juga bunyi pam,” katanya yang turut mereka pam elektrik jenama sendiri, Modu hasil kerjasama dengan Insan iaitu sebuah syarikat di Korea.

Kelebihan susu badan
Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh, oleh kerana kebanyakan pengasuh sudah terbiasa memberikan susu formula kepada bayi di bawah jagaan mereka, ia menyebabkan kemungkinan bekalan susu perahan yang disediakan tidak mencukupi selama di rumah pengasuh.

Ini kerana ramai yang keliru mengenai kuantiti susu diperlukan oleh bayi yang membesar dari bulan ke bulan.
Ia menyebabkan ramai ibu berada dalam dilema sama ada terus memberi anak susu badan apabila si kecil di bawah jagaan pengasuh. Nasihat Farah, konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak tersalah anggap dengan kebolehan badan menghasilkan susu untuk anak-anak.
“Sebenarnya ramai ibu yang tidak tahu bahawa pengambilan susu perahan oleh bayi dari umur satu bulan hingga 6 bulan adalah sama dan tidak berubah. Ia adalah lebih kurang tiga auns sekali minum dengan empat hingga lima kali dalam tempoh ibu bekerja.

“Diakui pada awalnya, bayi akan merengek dan memberi isyarat seperti mahu menghisap susu lagi, namun ibu boleh melatih pengasuh untuk mendukung, bermain dan memberi lebih perhatian kepada bayi.
“Ini kerana kebiasaannya ramai yang beranggapan susu badan harus ditambah untuk bayi seiring dengan peningkatan usia sehingga 6 bulan.

“Bagaimanapun, pendapat itu mungkin hanya sesuai untuk susu formula sebagaimana yang tercatat pada label pada tin.“Keunikan susu ibu adalah apabila Allah telah pun menetapkan khasiatnya mengikut keperluan umur,” jelasnya sambil menerangkan bayi sememangnya mempunyai naluri menghisap namun, keadaan ini bukanlah bermakna bayi tidak cukup susu.




Pengalaman sendiri
Berkongsi pengalaman sebagai wanita yang bergelar ibu, Farah juga menginginkan yang terbaik buat tiga orang buah hatinya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 3, dan Putera Shafik Adrian, 4 bulan.
Isteri kepada seorang jurutera, Saiful Azwan Rasidi itu sedar perkara asas yang terbaik untuk anak-anaknya sejurus selepas dilahirkan adalah dengan memberi susu ibu secara eksklusif.

Lulusan bidang Mikrobiologi dari Universiti Teknologi Mara itu sanggup meninggalkan jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta selepas dia melahirkan anak sulungnya.
“Saya akui dulu semasa anak sulung, saya kurang pengalaman dan persediaan. Malah, ketika anak saya berumur 8 bulan, saya diberikan rezeki untuk mengandungkan anak kedua pula, ketika itulah saya berhenti memberi susu badan kepada anak sulung kerana mendengar cakap orang yang lebih tua.

“Ada yang kata tidak elok untuk kesihatan bayi yang dikandung kerana bimbang, khasiat makanan ibu yang sepatutnya diambil bayi dalam kandungan, ‘dicuri’ anak yang sedang menyusu,” katanya yang berjaya melengkapkan kursus penyusuan yang melayakkannya bergelar kaunselor laktasi dari Pusat Perubatan Universiti Malayia (PPUM).Enggan mengulangi kesilapan pertama, Farah memilih menyusu secara eksklusif bagi anak kedua dan ketiganya.

“Ia adalah nikmat tak ternilai bagi seorang ibu, malah sokongan daripada orang tersayang iaitu suami amat saya hargai,” katanya yang ternyata puas kerana dapat menyusukan anak-anaknya tanpa susu formula.
Dengan kesedaran yang ada, Farah bertekad menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi barangan bayi dan gajet lengkap untuk penyusuan susu ibu yang diberi nama Sarakids.
Sarakids kini mempunyai lima cawangan utama seluruh negara dan turut melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura dan Korea.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sarakids, boleh ke laman web www.sarakids.com atau ke kedai di alamat 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor. 

notes: mama suke baca sarakids... penuh ngan info penyusuan

Sumber: Kosmo

Jumaat, Mac 04, 2011

Kusut dan kusut..

Pale nie kusut memikirkan apa yang jadi dan bakal terjadi...emmm... Ade hikmah di sebalik semua ini..
itu kene potong, itu x boleh... Kalau semua nak kene potong, nape barangan kat luar sana harga x potong.. Kami nie nak makan pe ek... arghhhhhhhhhhhhhhhhh.................

Nape x orang nak panggil nie.. Dah macam2 buat, tp masih x rezki.. Nampaknyer terpaksa la bersabar dan terus bertahan... Tapi sampai biler??? Masih ade ke harapan di sini?? Sape nak Jawab....

Cronotech

Selamat pagie... hehehehe?? Apa yang mama nak cite nie ek??

Mungkin mama jer kot yang x penah dengar brand nie ek?? kawan2 penah tau ke? kalau Guess ke, Coach ke, Swtch ke, mmg ar mama pnh dgr... emmm...Nie la 1st time mama dengar.. Thanks ayah..

Mama dapat hadiah dari ayah sempena Anniversary kami... Ayah suruh mama pilih sendiri jam yang mama nak dan mama memilih ......

jeng..jeng...jeng..

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Memula tu mama nak amik jam nie  tapi ayah kate mcm kurang lawo sebab mcm biase jer.. tak de tarikan..emmm x pe la... mama pun rs mcm tue... k la mama cari yang lain..


*
*
*
*
*
*
*
*
*

jalan2 jumpe yang nie.. color orange tue... mama berkenan sangat. 1- sebab color dia yang terang 2- sbb design dier unix... suke2.. Ayah pun mengangguk tamda setuju.. hehehehehe... promoter tu kate jam nie utk lelaki tp mama pedulik ape, janji nampak lawa dan nampak segak bergaya di tangan apabila memakainyer..hehehehe.. 

Bukan mama jer dapat hadiah, ayah pun beli hadiah untuk diri dia sendiri.. sian ayah, tahun nie mama x dapat bagi pape.. Mama hanye leh bagi cinta dan kasih sayang mama pada ayah... Itu pun dah tinggi nilanyer dari semua barang di dunia dan x dapat di beli di mana2 pun... cewahhhhhhh ayat manis ....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ni dier jam ayah... 

Rupenyer jam lelaki lagi mahal dari pompuan kan.. Dah la tangan ayah besau, so kene lah beli jam yang besar kan....

Thanks ayah.. LOVE U SO MUCH...

Khamis, Mac 03, 2011

Happie 4th Anniversary


Alhamdulillah, allah telah memperpanjangkan jodoh kami.. semoga perkhawinan yang telah kita bina atas dasar cinta dan kasih sayang akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat...

Hari ini genaplah 4 tahun mama bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang bernama 'MUHAMMAD RIZAL'.Sepanjang itu bermacam2 dugaan yang datang.. adakala hujan lebat, hujan renyai2. ribut taufan, angin, dan sebagainyer.Setiap masalah ade jalan selesainyer...Setiap dugaan ade hikmah di sebaliknyer..

Kami di kurniakan 2 puteri yang tersangat comei dan bijak .. Nur Amalina Uzma dan Nur Amaliya Qashrina.. Permata yang menjadikan rumahtangga kami lebih ceria dengan gelak tawa mereka...Merekalah pengarang jantung kami....

Ya'allh semoga berikanlah kebahagian, kesejahteraan dan keharmonian di atas rumahtanga kami.. Panjangkanlah jodoh kami dan berikanlah kami anak2 yang soleh dan solehah.. Amin..

notes: Happie anniversary juga kepada kawan2 mama yg berkongsi bulan yang sama yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...