Selasa, Oktober 26, 2010

Habis RM17,000 rawat rambut





GEORGE TOWN – Berhabis sehingga RM17,000 bagi merawat masalah rambut, namun hasil yang diperoleh mengecewakan.

Tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care, juruteknik sebuah kilang di sini, Mahathir Taib, 24, memfailkan kesnya ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini pada bulan lepas.

Dalam perbicaraan semalam, Presiden TTPM, Datuk A. Mutalib Mohd. Razak mengarahkan pusat rawatan rambut itu membayar ganti rugi RM1,500 serta memberikan 12 rawatan rambut percuma kepada Mahathir.
Dua wakil Yun Nam Hair Care turut hadir pada perbicaraan itu.

Dalam tuntutannya, Mahathir dari Sungai Petani, Kedah mendakwa tidak berpuas hati selain berasa terpedaya kerana tidak diberi penerangan yang jelas berhubung rawatan yang diterimanya.

Mahathir memberitahu, semasa pertama kali dia berkunjung ke pusat rawatan itu di sebuah pusat beli-belah di Bukit Mertajam dekat sini pada Oktober tahun lalu, dia diberitahu masalah rambutnya boleh dirawat lalu jururunding di situ menawarkan pakej rawatan berharga RM1,500.

Untuk pakej itu, dia menerima 10 kali sesi rawatan rambut menggunakan formula herba termasuk empat botol produk berharga RM216.

 sumber: kosmo

psstt: macam2 ragam sekarang nie ek...

Isnin, Oktober 25, 2010

IUD or Pil Perancang?

Salam Semua..


Hari nie mama nak mintak pendapat kawan2 la.. Di sebabkan 'bendera jepun' dah nak turun, mama tengah piki apa yang elok untuk mama pakai eh.. IUD @ Pil Perancang?

Mama ade survey pasal IUD nie, banyak negatif dari positif. Kawan2 office mama cadangkan pakai IUD, tapi mama tak berapa berani lepas membaca pengalaman2 pengguna dari majalah dan internet. Pil Plak, ade yang kate boleh naik berat badan and mengurangkan susu.. emmmm.... 

Mama rancang lepas 3 tahun (2013-baru nak ngandung lagie) lehla proceed anak ke-3 . emmm.. Tak nak la ade kes xcident.. Sian kat kakak & adik.. kecik lagie..

Mama tengah buntu nie.. Kalau kawan2 ade pengalamn tentang nie, sila la kongsi ngan mama yer..

Time kasie.. hehehe

Jumaat, Oktober 22, 2010

Placenta praevia boleh ragut nyawa


PENDARAHAN ketika hamil merupakan antara perkara yang ditakuti kaum ibu mengandung kerana ia berisiko menyebabkan keguguran jika tidak disusuli dengan rawatan segera.
Pendarahan boleh berlaku di bahagian luar faraj iaitu pada vulva atau pangkal rahim. Ia boleh terjadi kerana komplikasi kehamilan atau keadaan plasenta yang tidak normal iaitu kedudukannya berhampiran atau betul-betul di atas serviks yang dipanggil placenta praevia.

Umum mengetahui, plasenta merupakan organ yang menghubungkan ibu dengan janin dalam rahim. Ia berfungsi membekalkan makanan termasuk oksigen daripada ibu kepada janin dan mengeluarkan bahan kumuh daripada janin melalui ibu. Namun, kedudukan plasenta yang songsang daripada kedudukan normal boleh mengakibatkan pendarahan yang serius.
Pakar Ginekologi dan Obstetrik, Hospital Pantai Ampang, Dr. Sudha Kumari memberitahu, terdapat empat jenis placenta praevia iaitu lateral, marginal, partial dan central.



“Plasenta praevia lateral merujuk kepada kedudukan plasenta yang cenderung jaraknya lima sentimeter atau lebih daripada serviks manakala kedudukan marginal pula menunjukkan plasenta berada betul-betul di margin serviks.
“Placenta praevia partial pula menunjukkan keadaan plasenta menutupi sebahagian serviks, manakala penutupan serviks sepenuhnya pula dipanggil central iaitu kedudukan plasenta betul-betul di atas serviks. Dalam keempat-empat kes, keadaan central ini paling merbahaya,” katanya.

Tambah Sudha, keadaan tersebut berlaku selepas tempoh 24 minggu kehamilan dan ia disebabkan beberapa perkara iaitu parut ketika proses kelahiran atau pembedahan, kekerapan bersalin dan infeksi.
“Keadaan ini akan menjadi punca plasenta akan terus melekat di situ dan tidak bergerak. Pada awal tempoh kehamilan, plasenta berada di mana-mana dalam rahim kerana pada masa itu saiz bayi terlalu kecil, namun apabila tempoh kehamilan bertambah ia (plasenta) berubah tempat ke bahagian atas rahim.
“Kedudukan plasenta yang tidak berubah dipanggil placenta praevia. Sebenarnya, plasenta tidak bergerak tetapi uterus membesar dan mengembang, oleh itu ia secara automatik akan naik ke atas,” ujarnya.

Ia akan terjadi selepas 24 minggu tempoh kehamilan kerana dalam tempoh tersebut plasenta akan berada di kedudukan atas.
Menurut Sudha, walaupun plasenta berada di bawah pada kehamilan minggu ke-24, kebarangkalian ia berpindah ke atas tetap ada dan ia memerlukan pemantauan kandungan dengan kerap.

WANITA yang mengalami placenta praevia terpaksa melahirkan anak melalui kaedah caesarean.


“Biasanya jika kedudukan plasenta dalam keadaan lateral dan marginal pada minggu ke-26 kehamilan, ada kemungkinan plasenta akan naik tetapi jika plasenta dalam keadaan central dan partial, kemungkinan besar ia tidak akan naik kerana kedudukannya betul-betul di atas serviks.

“Kerana itu, seseorang ibu perlu menjalani rawatan susulan dengan doktor. Selepas minggu ke-34 kita akan dapat tahu sama ada plasenta akan naik atau tidak,” katanya.
Siapa yang berisiko mendapat placenta praevia?

Mereka yang berisiko tinggi mendapat placenta praevia adalah dalam kalangan wanita yang pernah mengalami placenta praevia pada kehamilan sebelumnya.
Selain itu katanya, kekerapan bersalin setiap tahun, kelahiran anak kembar, pernah menjalani pembedahan caesarean dan fibroid, malah ada yang berpendapat wanita yang mengambil kokain dan merokok juga mempunyai risiko yang sama.

“Apabila umur meningkat risiko juga akan meningkat. Umur yang berisiko ialah wanita berusia bawah 20 tahun dan melebihi 35 tahun. Umur yang paling selamat ialah 20 hingga 30 tahun. Risiko wanita untuk mendapat placenta praevia adalah satu dalam 200 kehamilan.

BEGINILAH kedudukan plasenta yang normal iaitu di atas rahim bukan di kedudukan berhampiran serviks seperti gambarajah sebelah.


“Seseorang yang didiagnos mengalami placenta praevia apabila berlaku pendarahan pada minggu ke-24 kehamilan. Oleh itu, doktor perlu buat ujian ultra bunyi bagi memastikan kedudukan plasenta,” jelasnya.

Wanita yang dikesan mengalami placenta praevia dinasihatkan untuk berehat, tidak membuat kerja-kerja berat, tidak bersenam, tidak mengadakan pemeriksaan vagina dan tidak melakukan hubungan seks sepanjang tempoh kehamilan kerana ia boleh menyebabkan pendarahan.

Sudha memberitahu, wanita yang mengalami placenta praevia central dalam minggu ke-34 kehamilan akan dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan.
“Jika tiada sebarang pendarahan, mereka boleh berehat di rumah dengan syarat, jarak rumah mereka dekat dengan hospital dan mempunyai pengetahuan mengenai keadaan kehamilannya bagi mengelakkan risiko ke atas ibu dan anak.
“Segera berjumpa dengan doktor jika berlaku sebarang pendarahan tanpa rasa sakit. Buat permulaan, pendarahan kali pertama akan keluar sikit dan akan berhenti seketika sebelum berlaku pendarahan yang banyak,” katanya.

Tambahnya lagi, jika berlaku sedikit pendarahan dalam tempoh kehamilan masuk minggu ke-34, pihak hospital akan menunggu sehingga cukup bulan, tetapi jika si ibu mengalami pendarahan yang banyak, bayi perlu dikeluarkan segera demi kebaikan ibu dan anak.

SUDHA menunjukkan kedudukan plasenta yang betul iaitu berada di atas bahagian rahim.


“Jika berlaku pendarahan yang banyak, jantung bayi akan jatuh dan bayi perlu dikeluarkan segera jika tidak, bayi akan mati di dalam kandungan.
“Ibu yang mengalami placenta praevia tidak boleh melahirkan bayi secara normal dan perlu menjalani pembedahan caesarean. Bukan itu sahaja, ia memerlukan doktor yang berpengalaman luas mengendalikan kes placenta praevia serta kakitangan hospital yang terlatih. Jika tidak keadaan itu mengundang risiko kematian,” jelasnya.
Ujar beliau, dalam keadaan pendarahan yang banyak, seboleh-bolehnya, doktor mahu menyelamatkan nyawa kedua-dua ibu dan bayi tetapi keutamaan diberikan kepada ibu.

Sumber:kosmo

Teh kunci ketenangan ketenangan


ADAKAH anda sentiasa memikirkan cara yang menyenangkan untuk menjaga kesihatan? Berita baik ini pasti anda nanti-nantikan. Anda hanya perlukan secawan teh setiap hari untuk menjana kecerdasan mental dan menjamin kesejahteraan fizikal. Perkara ini telah dibuktikan oleh pakar teh terkenal di dunia yang membentangkan hasil kajian terbaru mereka mengenai hubung kait antara pengambilan teh dan kesihatan.
Kajian itu menumpukan manfaat tianin (theanine: analog asid glutamik atau asid amino dalam teh) dan flavonoid (vitamin P atau sitrin atau kelas metabolit sekunder tumbuhan).

Hasilnya menunjukkan manfaat yang menarik, khususnya kelebihan teh dalam memperbaiki mood, meningkatkan tumpuan dan kecerdasan di samping menurunkan risiko strok iskemia.
Cara hidup "Teh sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat Malaysia. Kita menikmati minuman ini dalam pelbagai cara, sama ada teh kosong, teh susu atau teh hijau. "Kami ingin memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa mereka sentiasa menghirup secawan minuman yang berkhasiat," kata Quah Seng Khie, Pengurus Jenama Peruncitan Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd. Tambahnya, manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan teh telah menjadi tumpuan penyelidikan saintifik yang dijalankan secara meluas. "Simposium ini memberi peluang kepada pakar teh untuk berkongsi kemunculan kaedah sains baru dan menggalakkan perbincangan mengenai kebaikan teh kepada fizikal," ujarnya.

Hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh Dr. Georgie Russell daripada R&D Unilever dan Institut Teh Lipton menunjukkan bahawa pengambilan teh mempengaruhi mood secara positif. "Kajian kami menunjukkan bahawa mood sering dianggap kualiti subjektif dan boleh diukur dengan berkesan.

"Ini adalah satu perkembangan yang menarik, ia membolehkan kita mengukur kesan rangsangan luar ke atas mood kita. Sebagai contoh, kami dapat mengesahkan bahawa teh susu memberi kesan positif ke atas mood.
"Kesan positif ke atas mood bukan sahaja membuatkan kita rasa ceria, tetapi beberapa kajian menyarankan bahawa teh dikaitkan dengan manfaat seperti peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imunisasi," kata Russell.

Lebih tumpuan

Selain kesan psikologi, Dr. Eveline De-Bruin membentangkan bukti baru yang menunjukkan bahawa pengambilan teh boleh membantu anda memberi lebih tumpuan dan membaiki kecerdasan subjektif. Mekanisme kajian inilah yang menjadi tumpuan perbincangan semua saintis.

Kajian memperlihatkan mekanisme di sebalik kesan ini yang menunjukkan bahawa selepas mengambil satu dos kuat tianin dan kafein, dua bahan aktif yang terdapat secara semula jadi dalam teh, rangkaian perhatian otak diaktifkan secara lebih cekap.

"Kajian ini menunjukkan tindak balas bahan aktif dalam teh, tianin dan kafein mengoptimumkan pengaktifan bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap tumpuan kita seharian," Eveline De-Bruin.
Kurangkan risiko strok

Dr. Lenore Arab, Profesor di David Geffen School of Medicine di UCLA, mendedahkan hasil penyelidikan telah mengesahkan bahawa pengambilan teh setiap hari berpotensi menurunkan risiko strok iskemia sebanyak 21 peratus. Strok adalah punca kematian ketiga paling tinggi di Malaysia. Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 40,000 penghidap strok di Malaysia.

Strok juga merupakan penyebab utama kehilangan upaya fizikal. Strok iskemia, berlaku apabila saluran darah tersekat, meliputi kira-kira 83 peratus daripada semua kes strok yang dilaporkan. Dr. Sheila Wiseman dari Institut Teh Lipton, menyokong dakwaan ini dengan hasil kajian yang berbeza. Beliau menjelaskan bahawa flavonoid teh membantu menenangkan saluran darah.

"Hanya 100 miligram flavanoid teh sehari iaitu bersamaan dengan kurang daripada satu cawah teh sehari dapat membantu membaiki kapasiti keanjalan saluran darah. Ini bermakna kesan positif pengambilan teh ke atas fungsi vaskular mungkin relevan bagi kebanyakan orang di dunia yang hanya minum satu atau dua cawan teh sehari," ujarnya.

Sumber:  Kosmo

Rabu, Oktober 20, 2010

Darah Tinggi Penyakit seumur Hidup??

betul ke ek?? Alhamdulillah mama tak de penyakit nie.. semoga di jauhkan la segala penyakit.. amin.. 

----------------------------------

HIPERTENSI ataupun darah tinggi merupakan salah satu penyakit utama yang sering dihidapi penduduk negara ini. Walaupun bahaya penyakit ini banyak didedahkan, begitu juga cara-cara untuk mencegahnya namun bilangan penghidapnya tidak menampakkan tanda-tanda penurunan.

Ini kerana ketiadaan simptom ketara yang dapat mengaitkan seseorang dengan penyakit ini. Pakar Kardiologi dan Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kecemasan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Azhari Rosman menegaskan, punca tekanan darah tinggi membabitkan 95 peratus pesakit masih tidak diketahui.
“Malah, ada individu yang tidak mengetahui mereka menghidap darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa sedikit pun menunjukkan simptom,” katanya.

Ujarnya lagi, penyakit ini tidak akan hilang. Dalam kebanyakan kes, ia merupakan penyakit seumur hidup.
Akibatnya, penghidap darah tinggi perlu bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat bagi mengawal tekanan darah mereka.

Secara amnya, darah tinggi merujuk pada tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg dalam keadaan rehat berpotensi positif mendapat penyakit tersebut. “Darah tinggi memang tiada sebarang gejala. Namun, jika tidak dibendung daripada awal, seseorang boleh terkena serangan atau kegagalan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang,” katanya.

Satu daripada dua

Mengikut satu kajian pada tahun 2006, satu daripada tiga rakyat negara ini yang berumur 30 tahun ke atas menghidap darah tinggi. “Saya berpendapat angka ini telah meningkat dan melebihi 50 peratus rakyat Malaysia menghidapnya. “Dahulu penghidapnya berusia 30 tahun ke atas, kini ia tidak mengira peringkat umur. “Mereka yang berada di bawah umur tersebut juga berisiko. Malah kanak-kanak turut terdedah kepada penyakit ini kerana faktor pemakanan dan obesiti,” ujarnya. Tambah Azhari, ada pesakit hanya mengetahui mereka mempunyai darah tinggi setelah mereka diserang strok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, risiko komplikasi darah tinggi boleh dielakkan jika seseorang berdisiplin dengan mengambil makanan berkhasiat. “Kawalan diet terutama pengambilan garam selain rejim senaman bagi mengekalkan berat badan ideal juga perlu bagi penghidap darah tinggi,” katanya. Berbicara mengenai rawatan darah tinggi melalui medium perubatan alternatif, pengamal perubatan alternatif, Nik Omar Nik Daud berkata, penyakit itu memerlukan rawatan secara holistik selain\ mengurangkan pengambilan ubat-ubatan yang bersumberkan dadah. 

Dari sudut homeopati, keadaan pesakit darah tinggi termasuk simptom yang mereka alami akan dinilai terlebih dahulu. “Selepas didiagnosis, mereka akan diberikan ubat-ubatan yang bersumberkan alam semula jadi seperti garam galian,” katanya. Ujarnya lagi, garam galian berbeza daripada garam yang terdapat dalam makanan yang menjadi punca darah tinggi. Katanya, garam galian lebih selamat dan bersumberkan sulfur, magnesium dan kapur.“Ia selamat dan boleh membantu mengurangkan tekanan darah seseorang,” katanya.

Akupuntur


Tambah beliau, kebiasaannya pesakit darah tinggi memerlukan masa selama tiga bulan untuk pulih sepenuhnya. “Namun, mereka juga mesti mengambil makanan yang sihat dan banyak bersenam,” katanya.
Ujar Nik Omar lagi, rawatan akupuntur dan bekam turut membantu memulihkan tekanan darah tinggi. “Rawatan akupuntur memberi tumpuan pada bahagian kaki dan tangan yang merupakan kawasan berkaitan saluran darah. “Ini untuk memastikan pengaliran darah sempurna dan stabil selain mengaktifkan sel-sel darah yang terjejas,” katanya

Bagi rawatan bekam pula, Nik Omar berpendapat amalan itu mempunyai manfaat yang cukup banyak kerana dapat mengeluarkan toksik daripada darah. “Ia juga dapat membuang darah kotor dalam badan. Jika diamalkan mengikut nasihat pengamal perubatan tradisional terlatih, tekanan darah tinggi boleh menjadi normal semula. Bagi pakar pemakanan, Dr. Fatimah Arshad menjelaskan, penghidap darah tinggi perlu mengurangkan pengambilan garam dalam makanan. “Kurangkan makanan berlemak dan banyak makan sayur-sayuran serta buah-buahan segar. Jangan makan buah betik yang dibuat rojak. Kicap mengandungi garam yang tinggi. “Kurangkan penggunaan belacan untuk masakan, begitu juga ikan dan telur masin. Makanan segera pula harus dielakkan,” katanya


 Sumber: kosmo
----------------------------------

sekarang nie makanan semuanyer segera... takutttttttttttttttttt... baik masak sendiri la walaupun penat mcm ner.. terjamin kebersihan dan kesihatannyer...
 

Two hours due to maintenance at 5:00PM

Pada kengkawan yang nak mengupload gamba, leh la buat sekarang yer.. Pkl 5, semua entry tiada hiasan gambar.. hehehehe..

'Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th'

Bak Kate org sediakan payung sebelim hujan..

Selasa, Oktober 19, 2010

JUMBLE SALE

SalamSemua..

Pada kawan2 yang tak tau , meh mama nak bgtau.. Company mama akan mangadakan 'JUMBLE SALE' pada '10 November 2010-12 November 2010' bertempat di AMPWALK.. 

Pada kawan2 yang tgl berhampiran boleh la datang yer.. Pada masa yang sama, kawan2 semua boleh la melihat barang2 yang di jual di blog ni yer----> KISSC

Buat ms ni tak banyak barang lagie, sebabnyer banyak tak upload lagie...

Mamam kan update dari masa ke masa yer... Kalau ada barang yang kawan2 minat nnti boleh bgtau mama or e-mail trs ke kissc_kic@yahoo.com..

Isnin, Oktober 18, 2010

Dietttt....

Sekarang nie mama rasa badan nie dah di pam2 jer.. Makin hari makin bolat.. Rase semua baju dah stat mengecik... emmm..  Mama nie jenis yang kurang makan tapi badan nie still jer nak membesar dengan jayanyer..

Apa nak buat yer.. Mama diet gak, tapi bukanlah diet yang beria, sebab mam tgh breastfeed kan si kecik maam tue.. Diet mama cume tak makan malam jer, tp sehari sekali mesti makan nasi jgk... Ada sesape leh tulun...

Mama rase kalau la badan mama nie asyik membesar, tahun depan leh join 'thebiggestloserasia'.. aduii..

peninnnnnnnnnnnn.............

BEndera Jepun Telah MEnyerang...

 
Alhamdulillah, selama hampir setahun 4 bulan mama tak di datangi oleh 'bendera jepun', hari ini, semuanya terjawab.. Terlepas segalanya.. Terima kasih ya tuhan..

Jumaat, Oktober 15, 2010

Model si cilik..

Hari ni mama nak cite pasal uzma la plak...

Bulan depan genaplah uzma 3 tahun.. (dah besau anak dara mama nie). Dah boleh di harap. Banyak menolong mama buat keje uma yang ringan2 la...

Kalau borak, macam mulut murai.. Tapi bile jumpe orang diam seribu bahasa.. Kalau kuar @ jumpe kawan2 mama, nak panas enjin dier, amik 1/2 hari barulah leh senyum, borak2.. Kalau x ... emmmmm.... membontot jer mama dier.

Bab pakaian, memang nak pakai yang cantik2 jer, terutamanya 'suar awan dania' (legging).

Berat uzma last timbang dah 17kg,. Fuhhhhhhh.. berat tue.. Selalu pakai baju saiz 4-5 thn.. Kalau 3-4 memang mcm sarung nangka...

Tahun nie x tau nak celebrate ke idak bday kakak... emmm.. nnti mama bentangkan idea ini pada ayah yer kakak.. Kalau ayah x nak celebrate, kite celebrate kecik2 je k... Janji ade KEK kan... hehehe

K lah jom layan gamba2 uzma..
*
*
*
*
*
*

*
*
 *
 *
 *
 *

House Cleaning

weekend nie mama nak buat house cleaning yer... Banyak sangat baju yang terpakai yang masih elok dan blh di pakai. Kenapa ek maam tetibe nak bt cleaning nie ek?? Company mama akan engadakan JUMBLE SALE pada 10November -13November. So mama nak la sedekahkan baju2 mama nie untuk this event. Lagipun sambil menderma dan beramal.

Kalau kawan2 semua ade baju2 yang elok dan memang tak nak pakai leh la e-mail mama yer. Tapi area KL la yer. Ooo yer, banyak giler barang2 baby dari new born to 4 yrs yang masih elok dan cantik. Kawan2 yang tggl berdekatan boleh la datang tengok yer. memang berbaloi2 kalau beli tue.

Kalau nak tgk barang2nyer boleh la clik kat sini yer

Blog nie baru je di daftarkan dan x byk lagi barang upload. Jadi tunggu sahaja lah yer...

Kalau uolls gk memang rambang mata tue.. Macam2 ade...

Khamis, Oktober 14, 2010

Al-fatihah untuk adik nurhannah

Selamat pagie semua, mama baru dapat berita ttg adik nurhannah.. Ingat tak dulu mama ade buat entry pasal adik nurhannah nie....(klik Sini)

----------------------------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum...

Tepat jam 1.30petang, 7 Okt 2010, Nur Hannah Bt Mohamaed Helmi kembali ke rahmatullah. Mungkin di sanalah tempat yang terbaik buat Hana. Di saat ini, Hana pasti sedang berlari-lari ke sana sini dan dapat makan & minun dengan sempurna...Semuanya itu terbatas andainya Hana masih di dunia. Walaupun berat hati ini menerima ketentuan Allh, tapi saya redha. Saya juga yakin bahawa Hana akan menjadi milik abadi saya di akhirat kelak. Sedikit pun saya tidak terkilan kehilangan Hana kerana saya telah manfaatkan sepenuhnya saat bersama Hana. Walaupun dahi ini sering terpercik peluh kerana menyiapkan Hana selepas mandi lebih sejam dgn m'gurut dan membelai Hana, tidak pernah saya sesalkan. Moga Hana dapat rasakan kasih sayang saya buatnya..walaupun dia tidak mampu untuk menatap wajah saya. Cuma rasa sayang yang tidak mampu untuk saya kikis. Hanya baju, tuala dan tilam Hana menjadi pengubat rindu saya pada Hana.

Pada hari penuh keramat itu, Saya bangun tepat jam 4.30 pagi kerana sudah menjadi rutin saya bangun seawal itu utk menyusu, mengurut dan menyiapkan barang Hana untuk di hantar ke rumah pengasuh. Saya keluar ke tempat kerja seawal 6.40 pagi. Saya sempat mencium pipi dan dahi Hana sebelum keluar. Suami hantar Hana ke rumah pengasuh ( kakak saya) pada jam 7pagi.

Di sekolah, saya menjalankan rutin harian seperti biasa kerana keadaan Hana pagi tu sihat walafiat. Pada puku 12.30 tengahari, saya menelefon suami dan suami memberitahu dia dalam perjalanan pulanng ke rumah kerana Hana sesak nafas. Saya meminta suami menelefon saya semula andainya keadaan Hana kritikal. Jam 1 tghari saya menelefon suami semula dan suami meminta agar sy segera pulang kerana Hana sedang dirawat di wad kecemasan.

Tanpa berfikir panjang, saya terus pulang. Lebih kurang pukul 1.30ptg, ketika memandu pulang, saya rasakan bagai sesak nafas. Terdetik di hati kenapa saya sukar bernafas. Lantas sy ber doa..rabbi yassir, wala tu' asir..Ya Allah aku redha jika engkau ambil Hana semula, jika dia masih milik aku..kau pulihkan lah dia. Mungkin ketika itu doa sy Allh makbulkan. Sesampai di rumah, saya menukar baju untuk ke Hospital. Adik ipar sy mengambil saya utk ke Hospital, sempat sy ambil kad p'ubtan Hana untuk dirujuk oleh pihak Hospital.

Dalam perjalanan, kakak sy menelefon dan ucapkan takziah kerana Hana telah tiada. Tetapi sy nafikan kerana setahu saya Hana sedang dirawat di Hospital. Saya terus minta kepastian dr adik saya adakah benar Hana telah tiada. Bagaikan terhenti jantung ini setelah mengetahui hakikat sebenar bahwa Hana telah meninggalkan saya. Sesampai di GH, sy lihat tubuh Hana kaku, bibirnya pucat...tubuhnya sejuk.Luluh jantung ini tika mendakap tbuh Hana. Rupanya Hana ssak nafas di rumah pengasuh. Saya tidak menyalahkan kakak saya kerana saya redha jika itu ketentuan Allh. Hana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Tehel iairtu kampung suami saya.

Kepada semua yang telah menolong memberi nasihat, mendoakan dan menderma buat Hana...saya mengucapkan ribuan terima kasih. Sesumgguhnya kehadiran Hana banyak memberikan hikmah kepada sya dan suami. Kami menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tida pernah saya menyesal ketika membesar dan manjaga Hana. Sesungguhnya Hana bagaikan pelengkap dalam hidup saya.

Kepada mereka yang menyumbang buat Hana, sy minta halalkan segalanya kerena ada lebihan sumbangan yang belum digunakan. Sebenarnya sumbangan yang diterima, saya gunakan sepenuhnya untuk mengubatkan Hana. Tetapi Allh lebih menyayanginya. Doakan Hana aman di sana. 

Al-fatihah.

Di ambil dari blog uncle joe...

Tq uncle joe

Selasa, Oktober 12, 2010

Hati tengah panasssssssssssss

Sejak pagie tadi sampai la nie, hati mama nie panassssss jer.. Dah la pagie tadi kuar uma dengan marah2, pas tu meeting plak kat opis... Dapat news buruk plak tue... Dah jadi double marahnyer.. Aduhai...

X pe la dah bukan rezki agaknyer.. Sekarang nie nak bermuhasabah diri... Mgkn ini balasan dosa silam kot...
emmmm..... Apa yang mama marahkan, x payah la mama citekan di sini yer..

Biar mama dan hati mama jer yang tau.. nnti mengaibkan org lain plak...

Isnin, Oktober 11, 2010

Suria apt- Rumah Terbuka

Selamat Pagie semua...

Semalam adalah penutup syawal.. Suria aparttment-PJS3 (temp mama tinggal la tue..hehehe.. Senang cite) telah mengadakan jamuan raya dan perasmian 'Wakaf-D'Suria' yang di rasmikan oleh YB Haniza (klu x silap la yer.. 
igt2 lupe ler)

Tarikh: 9.10.2010
Tempat: Blok D- apartment Suria
Masa : 3-6ptg

Apa itu wakaf D'Suria?? Meh la mam cite ckt. Wakaf D'Suria adalah pondok yang didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk Blok D sendiri. Bertujuan untuk berriadah.. YB senditi ada memberi sumbangan sebanyak 2k untuk menjayakan Wakaf tersebut...  (klu mama x silap dgr la, dr ucapan sabtu lepas tue)

Jamuan rumah terbuka nie memang meriah sebab mendapat sambutan yang baik daripada penduduk Blok D. Kalau korang nak tau, dari juadah h, decoration dan mengemas semuanya orang lelaki yang buat. Kami orang pompuan tak nolong langsung.. hehehe.. Masakan dia perghhhhhhhhhhh.. sedap gitu.. 

Menu petang tue Nasi Beriani, Kurma daging, Rendang ayam, Sate dan kuih muih. Petang tue, majlis di serikan lagi dengan kehadiran clown yang di paggil MR BUBU.. Sian Mama tengok MR BUBU tue, penat siot nak bt belon untuk budak.. Dari depan wakaf, sampailah ke taman permainan budak2 dan mak budak sekali . (hehehehe)

Kepada AJK Blok D- Tahun depan buat lagie yer.. 

Thank YOU

Jom Layan Gamba plak..

ucapan dari YB
*
*
*
AJK Blok D yang bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan lancar
*
*
*
Seisi mengenyangkan perut plak
*
*
*
orang2 kuat BLOK D
*
*
*
yang datang x kira bangsa.. we 1 MAlaysia..
*
*
*
nmpk x MR BUBU tue...

Jumaat, Oktober 08, 2010

Hari Raya Open House- Part 1

Entry nie mama auto-publish..

Time nie mama tgh sedap menikmati makanan yang sedap2 hehehe... Hari nie kul 3-6ptg ade Hari Raye Open House KIC. Tahun nie buat kat office jer.. Nanti mama upload gamba yer..

Menu hari nie:-

Kambing Golek
Mee Kari
Nasi Tomato
Laksa
Satay
Spegheeti
Lemang
Olio
Nasi Impit

Tiramisu
Caremal
Apple Salad
Puding

Banyak lagie la...

petua oo petua

CUCI BOTOL SUSU DENGAN MUDAH
  • Masukkan sedikit beras ke dalam botol susu dan campur dengan air panas dan goncang. Hasilnya botol susu menjadi bersih dan puting botol susu pun akan turut hilang keraknya.
RAWAT ULSER
  • Tahukah anda cara yang paling cepat untuk mengubati ulser? Caranya ialah dengan menumbuk halis kulit kayu manis dan campurkan sedikit madu lebah. Setelah itu sapukan ke bahagian yang terkena ulser. Bahan ini amat seusai untuk kanak-kanak kerana rasanya manis, berbau wangi dan yang paling penting tidak memedihkan.
AIR MEMBANYAKKAN SUSU IBU
  • Minum air sebanyak mungkin untuk memastikan susu anda sentiasa ada dan banyak.
KESUM KELAPA ATASI KEPUTIHAN
  • Rebus daun dan bunga pokok kesum kelapa, kemudian jadikan ulam. Air rebusannya pun boleh diminum. Tetapi ia lebih berkesan kalau dimakan mentah. Keputihan anda akan hilang.

JARAKKAN KELAHIRAN
  • Ramai orang menggunakan pil pencegah kehamilan untuk menjarakkan kelahiran anak. Namun, anda boleh menggunakan petua ini. Ambil lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ keping ragi. Kesemua bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan dengan segelas air mendidih, kemudian ditapis lalu dicampurkan dengan sedikit garam dan air limau nipis. Minum sebulan sekali sebelum tidur. 
MUDAH BERSALIN
  • Amalkan makan buah kurma setiap hari sepanjang hamil dan selepas melahirkan. Selain membantu memudahkan proses melahirkan dan mengecutkan rahim, buah kurma dapat menambah tenaga.
KURANGKAN PANAS BADAN BAYI
  • Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi, ambil segenggam asam jawa. Ramas asam jawa tersebut bersama sedikit air. Kemudian, lumurkan sedikit demi sedikit bancuhan asam jawa tersebut pada kepala bayi. Insya-ALLAH demam bayi akan beransur-ansur sembuh.
KEMPISKAN PERUT
  • Bagi ibu-ibu yang sering dihantui masalah perut buncit, cubalah petua ini. Ambil sebiji peria bersaiz sederhana, potong kecil-kecil dan dikisar bersama sedikit air dan gula. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan. Untuk rasa lebih enak, anda bolehlah sejukkannya
SENGKUANG BANYAKKAN SUSU IBU
  • Makan sengkuang setiap hari untuk membanyakkan susu ibu.
Payudara kembali anjal
  • Ambil sebiji labu, kupas dan masak sehingga empuk. Setelah masak, biarkan seketika sehingga kurang panas dan kemudian ramas. Sapukan pada keseluruhan payudara. Biarkan selama kira-kira 20 minit sebelum dibilas. Amalkan sehingga nampak kesannya.

 Sumber: pa&ma

Khamis, Oktober 07, 2010

Portal perkahwinan bakal pengantin

Bagi kawan2 yang mahu dan bakali melangsungkan perkahwinan, anda boleh la melawat portal ini...

Di harap ianyer dapat membantu kalian yer..

MERANCANG sebuah majlis perkahwinan bukan kerja main-main, sebaliknya harus diurus dengan serius dan penuh ketelitian termasuk mengambil kira perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh. Ini bagi memastikan peristiwa yang penting dan bersejarah dalam hidup meninggalkan kenangan cukup manis untuk diingati sepanjang hayat. 

Bermula daripada merisik dan bertunang sehinggalah kepada urusan majlis akad nikah dan persandingan semuanya memerlukan komitmen tidak berbelah bagi.
Namun tuntutan tugas dan kesibukan bekerja kadang kala membantutkan apa yang sedang dirancang. Malah terlalu teruja dan terlalu bimbang terhadap urusan tersebut sehingga memberi tekanan kepada bakal pengantin yang boleh mengundang kepada ketidaksempurnaan majlis. Rata-rata bakal mempelai terpaksa terkejar-kejar ke sana ke sini bagi mendapatkan perkhidmatan panduan mengenai perkahwinan selain melakukan kaji selidik terlebih dulu untuk mencari butik perkahwinan yang terbaik.

Menyedari kekurangan maklumat berkaitan persediaan perkahwinan, satu direktori berkaitan perkahwinan melalui talian telah diwujudkan bertujuan memberikan maklumat terkini untuk majlis yang bersejarah. Pemilik laman web tersebut, Mohd. Faisal Mohd. Zabidy menjelaskan, laman web syokkahwin.com merupakan satu direktori perkahwinan yang memberi kemudahan kepada pasangan yang bercadang untuk berkahwin dalam menyediakan persiapan. ''Di sini, kami menyediakan kesemua persediaan perkahwinan meliputi katering, andaman, busana pengantin dan bermacam-macam lagi,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini. Katanya lagi, pengguna juga boleh membuat pilihan daripada promosi yang ditawarkan untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.

''Di sini kami menyediakan segala keperluan untuk berkahwin dari A hingga Z,'' terangnya bersungguh. Malah, tambah Mohd. Faisal lagi, pengguna juga berpeluang untuk memilih sendiri keperluan perkahwinan berdasarkan bajet tertentu. ''Kami menyediakan keperluan yang pelbagai bermula dengan kos yang rendah sehingga kepada yang eksklusif. Semua berdasarkan kemampuan pengguna,'' ujarnya.

Dia yang mula mengendalikan laman web syokkahwin.com sejak empat tahun yang menjelaskan, bukan sekadar persedian perkahwinan tetapi turut dimuatkan di laman web miliknya tetapi juga panduan mengemudi rumah tangga juga turut disediakan. ''Bukan sekadar persedian perkahwinan tetapi juga maklumat-maklumat terkini berkaitan persediaan melangkah ke alam rumah tangga turut disediakan,'' ujarnya.
Malah lebih menarik, turut disertakan bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah dalam perkahwinan.
''Biarpun beroperasi secara talian, namun kami mengharapkan laman web ini memberikan kemudahan sepenuhnya kepada pengguna," katanya. 

Bagaimanapun, Faisal menjelaskan, laman web tersebut bukan sekadar menyediakan kemudahan kepada pasangan muda yang ingin membina mahligai semata-mata tetapi juga memberi maklumat lain tentang kehidupan berkeluarga. ''Selain menyediakan kemudahan untuk membina sebuah keluarga, syokkahwin.com juga menyediakan maklumat-maklumat berkaitan kehidupan selepas berumah tangga,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tegasnya, biarpun beroperasi melalui talian namun ia memberikan panduan dan juga maklumat terperinci kepada pasangan muda yang berhasrat untuk berkahwin. Kemudahan itu, ternyata lebih menjimatkan masa dan wang sebelum membuat persiapan majlis perkahwinan. Malah, majlis juga berlangsung secara teratur dan lebih praktikal. Dalam pada itu syokkahwin.com juga berbangga kerana buat tahun kedua berturut-turut kekal sebagai salah satu penaja Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia.
Sebagai laman web rasmi bagi peraduan ini, syokkahwin.com berfungsi memaparkan pelbagai perkembangan terkini mengenai peraduan tersebut. 

"Pada tahun lepas kami membuka forum perbincangan dan undian secara online bagi memilih pemenang peraduan. "Tahun ini peranan kami juga hampir sama. Tempoh pemilihan dijangka bermula bermula sejurus tarikh penghantaran borang peraduan tamat hujung bulan ini," katanya.


Sumber: Utusan Malaysia

Cemburu bukan isu remeh



SIFAT cemburu  yang melampau sering dikaitkan sebagai punca perbalahan antara suami dan isteri. Malah, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), cemburu merupakan antara 39 faktor perceraian membabitkan pasangan beragama Islam di negara ini.Dalam kebanyakan kes, penangan cemburu bukan sahaja mencambah perasaan syak wasangka bahkan turut mengikis rasa percaya antara satu sama lain. 

Bermula dengan syak dan cemburu di tahap sederhana, keadaan itu boleh berubah menjadi cemburu melampau apabila sentiasa menganggap pasangan curang berdasarkan pelakuan, cara berkomunikasi atau rutin harian yang dirasakan telah berubah. “Pada tahap ekstrem, individu yang tidak bijak mengawal perasaan boleh mendapat cemburu morbid iaitu individu tersebut sepanjang masa percaya pasangannya curang.  “Jika tidak diberi bantuan kaunseling, keadaan akan menjadi lebih teruk sehingga menimbulkan pergaduhan, penderaan fizikal serta mental malah boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga dan pembunuhan,” ujar Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Lihanna Borhan.

Perkahwinan
Menurut beliau, cemburu adalah sifat semula jadi. “Dalam konteks perkahwinan, cemburu hadir kerana kita berasa kita mempunyai hak ke atas pasangan.“Itu yang menyebabkan isteri atau suami merasakan dia perlu mengambil tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya. Apabila perkara yang menjadi syak itu benar-benar terjadi, perasaan itu akan menjadi lebih sukar. 

“Akibatnya, dek kerana berasa tidak selamat dan takut kehilangan pasangan, isteri atau suami akan lebih was-was dan mudah cemburu dengan perbuatan pasangannya,” katanya. Kurang bersetuju dengan perumpamaan cemburu tanda sayang, Lihanna menyifatkan cemburu yang positif boleh melahirkan persaingan yang sihat.  Sebaliknya, jika cemburu tidak bertempat, sudah pasti ia akan mencengkam hubungan suami isteri serta keluarga kedua-dua belah pihak.

“Bagi saya banyak lagi cara lain yang lebih romantik dan manis untuk menunjukkan kasih sayang antara suami isteri. “Untuk membuktikan cinta dan sayang, ia perlu dilakukan dengan indah, bukan dengan sikap mengongkong, meninggikan suara dan saling menuduh.  “Kesannya nanti, hubungan suami isteri mulai retak, anak-anak keliru dan pasti wujud pihak lain yang saling menyebelahi hingga menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar,” katanya.
Kerana itu, cemburu bukan isu remeh dalam kehidupan berumah tangga, malah gara-gara cemburu, perbalahan suami isteri boleh membawa musibah jika dibiarkan berlarutan. Sungguhpun begitu, Lihanna tidak menolak keperluan sifat cemburu dalam setiap perhubungan.

Penyebab buta

“Sebagai pasangan, kita masih perlu ambil tahu apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berjumpa.  “Tidak salah jika kita bertanya dengan baik, bukan dengan nada yang penuh curiga. Sering ungkapan kata manis dan kata sayang supaya pasangan sedar tentang tanggungjawab terhadap keluarga dan menjaga batasan pergaulan,” katanya. 

Baru-baru ini, dalam satu kajian oleh pakar psikologi di Universiti Delaware, Amerika Syarikat mendapati cemburu boleh menyebabkan masalah penglihatan.  Kumpulan pengkaji tersebut menyimpulkan pandangan wanita yang memiliki api cemburu mudah terganggu disebabkan kecelaruan minda sekali gus sukar untuk fokus kepada apa yang sedang dilihat mahupun dicari. 

“Kajian ini ada benarnya. Pernah berlaku di Barat, seorang lelaki yang baru bergelar bapa mendakwa dia buta selepas melihat isterinya menyusukan bayinya yang baru lahir.  “Dia mempunyai masalah penglihatan yang teruk. Selepas beberapa sesi kaunseling, pakar psikologi mendapati lelaki tersebut terlalu cemburu dengan anaknya yang sedang disusukan oleh isterinya. 

“Selepas lelaki tersebut dapat mengikis perasaan cemburunya, penglihatannya kembali beransur pulih,” ujar Lihanna.

 Sumber:Kosmo

Breastfeed + Eczema

Time kasie pada puterihannan yang memberi mama idea nie yer..

Mama pun x terpiki nak update kawan2 ttg cite nie.. Untuk pengetahuan kawan2, mama masih lagie menyusukan anak mama (qashrina) tau.. Sekarang si comel mama dah 1 tahun 3 bulan.. Sepanjang perjalanan mama menyusukan qashrina, macam2 yang berlaku.. Setelah qashrina hampir setahun, qashrina mengalami alahan (seafood) @ eczema. Kesian btl tgk dia masa tue, kaki tangan merah...

Macam mn mama blh tau adik eczema?? Pada mulanyer mama perasan ade bintik2 kat kaki dia, mama igtkan itu biase jer kene gigtan nyamuk. Mama pun beli la mopiko. Semakin hari semakin banyak... Time nie qashrina hanya minum susu mama sahaje yer.. Mama dah risau, so mama bwk g klinik.. 2 doctor kate nie alahan biase jer.. ok x pe... Sapu cream x ok jgk, smpi la 1 doc nie bg ubat antibiotik.. Lepas mnm ubat surut... Mama lega dah... Selang 2-3 hari jadi balik bintik2 merah tue.. Time nie mama dah terpiki perkara bukan2...

Mama pun ajak ayah pg paed plak.. Rupenyer dia eczema..  Doc ty baby mnm susu ape?? Mama jaab susu ibu.. So doc ty lg, awak ade makan seafood ke? haaaaaaa........ Baru tepk, mmg ade.. Mama balun udang hari tue, banyak giler... heheheh( panjang btl cite mama nie)

Bermacam2 cara mama ikhtiar utk ubatkan qashrina, x selepas mama serve internet mmg x ubat bagi penyakit EZEMA kecuali mencegah penyakit nie.. Setiap kali badan adik timbul bintik merah, ayah mesti suruh mama berhentikan adik menyusu, kesian katenye.. Mama pun akan bantah tiap kali ayah srh bt mcm tue..

Sekarang adik dah 1 tahun 3 bulan.. Mama dah boleh kawal penyakit adik.. Dengan kate lain mama akan berpantang dari makan seafood..  Tapi.......... bukan semua tau.. adik hanya alah pada udang, ketam, bubur kacang n durian.. Mama dah buat expeiment, tiap kali mama makan semua tue, esoknye, badan kaki dan tangan adik akan merah dan bintik2. Tapi yang peliknyer kalau sotong, ayam, telor dll ok jer... hehehe..

Mama sanggup berkorban apa saja asalkan adik dapat terus menyusu dari air susu mama ...  Masa mama menulis cite nie, mama punye puting nie tgh berdenyut2 kesakitan akibat melecet. Hobi adik kalau malam, mmg suke 'menempel' jer ngan mama.. x ruang langsung untuk kakak bermanje.. Sian kakak.. X pe yer kakak, saba lagie 7 bulan, insya'allah....

KEnapa lagie 7 Bulan?? sebab genap umo adik 2 tahun, mama akan ceraikan susu (insya'allah). Itupun kalau mama sampai hati la ek.. Bile ayah srh mama stop Breastfeed jer, mama mmg x sampai hati..  

Senang sungguh mama menyusukan adik. Kalau dulu masa mula2 menyusu, mmg mama malu nak menyusukan adik depan orang ramai, tp tidak sekarang tidak lagie.. kenduri kawen, open house, shopping mall, supermarket...semua temp tue mama penah nyusukan adik tau, tanpa malu... lantak pegi la orang nak kate ape, janji anak mama kenyang... Bukannyer mama tayang kat org, mama cover...
Zaman sekarang nie org lagi respect ibu2 yang menyusukan anak kan... Syukur, sampai sekarang susu mama masih mampu untuk mengenyangkan adik..Sekarang Panjang btl karangan mama nie yer... Inilah perjalanan kisah mama menyusukan adik selama setahun tiga bulan...

FACEBOOK

Pada kawan2 blogger mama, kalau u oll ade faceboo, meh la add mama yer :cube_teke@yahoo.com..

Saje jer nak meramaikan kawan.. hehehe..

Jangan malu2 yer..

Rabu, Oktober 06, 2010

Apa Nak Cite ekk

Lately nie mama dah kekeringan idea untuk menulis ar.. Adoiiii.. perah2 punyer perah tp x nak kuar la idea.. entah la knp.. adoiii... nak menulis tp...

Seharian berpk nie, tp no idea.. Warghhhhhhhhggggghhhhhhhhhhhhh....

Tulun2...................

Isnin, Oktober 04, 2010

Usah tinggal Bayi Menyusu

KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau penjaga diingatkan memberi sepenuh perhatian ketika menyusukan bayi dengan susu botol serta tidak membiarkan bayi menyusu sendiri tanpa pengawasan bagi mengelak kejadian tercekik susu. Pakar Perunding Pediatrik Klinik Pakar Kanak-Kanak Junina, Mutiara Damansara, Dr Yong Junina Fadzil berkata, mereka perlu memangku kepala bayi tinggi sedikit ketika penyusuan menggunakan susu botol supaya pengaliran susu ke dalam saluran pernafasan lancar.

“Bayi sebolehnya tidak dibaringkan ketika sedang menyusu sebaliknya kita sendiri perlu menyusukannya kerana dikhuatiri bayi tersedak dan tercekik. “Kebanyakan kes bayi tercekik susu kerana ibu bapa atau penjaga meninggalkan bayi berseorangan dalam keadaan baring serta meletakkan bantal di dada bayi bagi menampung botol susu. Ia amat berbahaya dan tidak digalakkan sama sekali,” katanya. Beliau mengulas beberapa kejadian bayi meninggal dunia baru-baru ini kerana tercekik susu akibat kecuaian ketika menyusukan bayi.

Dr Yong Junina berkata, puting botol susu bayi terutama yang baru lahir seharusnya lebih kecil selain tidak menggunakan puting botol berlubang besar.

Sumber: harian Metro

Bayi 10 Bulan Tertelan Bateri

MUAR: “Saya terkejut mendapati wajah Alysa bertukar kebiruan lalu memanggil mak untuk membantu. Mak menjolok mulutnya menggunakan jari bagi mengeluarkan objek terbabit tapi gagal,” kata Asniza A Rasid, 24, ibu kepada Alysa Khairul Azhar, 10 bulan, yang dipercayai tercekik bateri dalam kejadian di Kampung Parit, Kampung Bukit Pasir di sini.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Jumaat lalu, Alysa dikatakan sedang bermain dengan abangnya yang berusia empat tahun, Mohd Hanafi, serta seorang anak jiran di ruang tamu rumah nenek mereka apabila tiba-tiba dipercayai dia tertelan bateri sel kering bersaiz AAA.

Menceritakan kembali detik cemas itu, Asniza berkata, dia sedang menyidai pakaian di luar rumah apabila terdengar anak bongsu daripada empat beradik itu menangis sekuat hati dalam keadaan luar biasa.

“Saya terdengar tangisan kuat dan syak berlaku perkara tidak diingini lalu meluru ke dalam rumah dan melihat dia (Alysa) seperti tersedak sesuatu dan menangis dengan kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.

Berdasarkan perbualannya dengan Hanafi serta anak jiran, Asniza mengetahui bahawa Alysa tertelan bateri bersaiz AAA.

Menurutnya, Alysa dikejarkan ke Hospital Batu Pahat (HBP) untuk rawatan tetapi bateri terbabit tetap gagal dikeluarkan“Alysa menjalani ujian X-Ray empat kali di HBP dan doktor mendapati objek yang ditelan itu sudah berada dalam perutnya. Anak saya dipindah ke HPSF akibat ketiadaan pakar serta kemudahan.

“Dia dihantar ke HPSF jam 7 malam pada hari sama dan dimasukkan ke dewan bedah dua jam kemudian untuk mengenal pasti objek ditelan,” katanya.

Hasil pemeriksaan, ia disahkan bateri dan sehingga semalam, anak bongsu daripada empat beradik itu masih ditahan di wad di pusat perubatan berkenaan untuk mengeluarkan bateri terbabit.

Difahamkan, keadaan bayi berkenaan dilaporkan stabil.

Sumber: HArian MEtro

Jalan2 hujung minggu

Semalam, lepas balik dr open house, mama g lan jenjalan.. Sekarang nie qashrina ade tabiat baru, dia x leh nak duduk dalam kete lama2.. Kalau tidak memang menagis teresak2.. Penah tu lepas bangun dari tido. time tue kat highway, menangis nak kuar.. aduiiii... Bile dapat kuar, happy kan main... siap terjerit2 lagie tue..Jom la layan xtvt anak2 mama nie..


*
*
*
tgh tggu turn main bowling
*
*
*
Kan main tggu bola kuar,, Siap tadah tangan lagi
*
*
*
nie result-nyer... Terror gak si kakak main ek..
*
*
*
adik layan main tweety... x nak turun tue.. Siap pusing2 stereng lagie..
budak baru belajar jalan... bile srh jalan takut...
*
*
*
muke kakak yang pujuk mama nak beli ais-cream.

Jumaat, Oktober 01, 2010

Planet digelar Bumi Baru ditemui

LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam. Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari. Bintang itu diberi nama Gliese 581.
Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh. Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer. Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.
Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut. Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.
Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa. Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi

Sumber: Kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...