Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Breastfeeding tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Selasa, April 20, 2010

Marilah kiter bersama2 mendoakan kesihatan adik nurhannah....

Pagi nie saje jenjalan ke blog2 orang, tetibe ternampak entry nie dari blog  uncle joe  & Ustaz Cahaya
tetibe tersentuh hati ini membaca kisah tersebut.. Ya allah,berat sungguh ujian yang Allah berikan kepada Pn Rohaiza Binti Ishak.. Sebagai Saudara seislam, Marilah kite ramai2 mendokan agar adik norhannah -3bulan cepat sembuh dan kembali aktif seperti kanak2 lain.. Insya'allah.. 
................................................................................................................................
petang semalam UJ menerima email dari seorang kawan yang bertugas sama dengan agensi tempat UJ bekerja tetapi di pusat yang berlainan. berita yang sedih pada UJ, cukup sedih, doa UJ semoga Allah memberi kekuatan kepada sahabat UJ sekeluarga.. Jika tidak keberatan harap rakan-rakan dapat la mendokan sama OK...insyaAllah... boleh bace email di bawah ni..untuk mendapatkan apa kisah sebenar yang UJ ingin kongsikan bersama semua.....


Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis.Saya rasakan hati saya kosong

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

         Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. 

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com

malangnya ... apabila UJ guna email ni selalu nya failure notice...tapi kalau ade apa-apa yang ingin disampaikan boleh lah emailkan kat UJ .. nanti UJ forwardkan kepada rakan beliau yang boleh menyampaikan kepada beliau.. ni alamat email UJ
jsj1199@yahoo.com

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

harap dapat berikan komen anda semua agar saya dpt forwardkan kepada beliau...sekurang-kurangnya kata-kata anda sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadanya..insyaAllah...

2 ulasan:

UstazCahaya berkata...

Salam Emma.

Pertama kita berdoalah untuk Hana dan ibu ayahnya. Semoga mereka tabah, dan seperti permintaan Cikgu Rohaiza, berdoalah kita semoga Hana dilindungi daripada kecacatan otak.

Saya ada alamat email dan alamat rumah Cikgu Rohaiza, mungkin Emma boleh email dan beri kata-kata semangat kepada beliau. Mereka perlukan sokongan buat masa ini.

eB ezrin berkata...

doa terbaik dari kami sekeluarga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...