Khamis, April 30, 2009

Cair hati suami

Kebayakkan wanita yang sudah berumahtangga kini lupa menjaga kecantikan diri, sama ada mereka berkerjaya mahupun suri rumah.

Ini mungkin berlaku kerana mereka berasa berada di tahap selamat dan sudah mengecap kejayaan dalam hidup. Mempunyai keluarga bahagia, dikelilingi suami dan anak-anak, dianggap sudah cukup baik dan tidak perlu lagi kelihatan cantik.

Hakikatnya, penjagaan dalaman dan luaran adalah sangat penting untuk wanita berkahwin mahupun bujang. Bagi wanita berkeluarga, sebolehnya curi hati suami tercinta dengan sentiasa berpenampilan menarik termasuk memiliki fizikal cantik, kulit tegang dan bentuk badan seksi.

Cuba jadi yang terbaik supaya suami tidak mudah bosan atau memberi alasan mencari yang lain. Kata orang, 'cinta datang dari hati', tetapi untuk mengekalkan cinta di hati bukanlah sesenang mendapatkan cinta.

Perhubungan suami isteri dan kasih sayang seharusnya menjadi semakin kuat serta mendalam bagi mengecap kebahagiaan rumah tangga serta berkongsi hidup hingga ke hari tua. Mengapa kadangkala cinta menjadi pudar? Mengapa lelaki mencari peluang untuk berpoligami?

Lelaki pada dasarnya memang dikurniakan naluri yang sukakan kecantikan dan keayuan wanita yang dikatakan perhiasan dunia terutama mereka yang punya bentuk tubuh menawan.

Selepas beberapa tahun berkahwin dan dikurniakan anak, kebanyakan wanita mula membiarkan diri menjadi tidak terurus serta selekeh. Wanita yang sudah melahirkan bayi, sedikit sebanyak mengalami perubahan fizikal kerana ketika hamil, berat badan bertambah dan payudara bersedia untuk penyusuan anak.

Dalam tempoh berpantang selama 44 hari itu pula, lazimnya ada tiga proses utama untuk wanita terbabit kembali sihat iaitu membersihkan sistem dalaman badan, memulihkan tenaga serta membentuk dan mencantikkan bentuk badan kembali seperti asal.

Jika dalam tempoh berpantang tidak dijaga dengan betul, kesan sampingan akan muncul seperti perut buncit, berat badan bertambah, lemah badan dan selulit. Bagi menghindarinya, ada yang mengamalkan amalan tradisional memakai bengkung, namun pemakaiannya agak sukar kerana perlukan bantuan orang lain untuk memakainya.

Wanita juga perlu mengamalkan minum air rebusan akar kayu yang amat pahit untuk ditelan. Amalan yang renyah ini juga perlukan disiplin diri yang tinggi bagi mengembalikan bentuk tubuh yang cantik dan sihat.

Kini, wanita Malaysia mempunyai banyak pilihan produk kecantikan bagi mengembali dan mengekalkan kecantikan bentuk tubuh serta kulit.

Kunci kebahagiaan hubungan suami isteri ada pada isteri itu sendiri. Bentuk payudara yang cantik dan menawan misalnya, mampu mencairkan hati suami tercinta.

Tidak perlu melakukan pembedahan untuk membaiki dan mencantikkan payudara, tetapi cukup sekadar menggunakan kemudahan seperti produk kecantikan yang boleh dipercayai misalnya hasil ramuan herba dan tumbuh-tumbuhan.

Pandai mencuri masa dan rajin untuk menjadikan kulit gebu serta mengurangkan lemak dan selulit sudah cukup baik daripada tidak berusaha langsung untuk diri sendiri.

Wanita harus bijak menggunakan anugerah diberi untuk mencuri hati suami

sumber:http://www.hmetro.com.my

Rabu, April 22, 2009

Bicara Buat Teman....

Assalammualaikum...
Mata aku berkelip2 tanda masih mengantuk... tapi aku tak bisa tidur... Bbrp sms yang aku terima lebih kurang pukul 4 pg mbuatkan sehingga kini aku masih termangu, terganggu, kebingungan....

"Salam.. Zanariah telah kembali ke rahmatullah pd jam 3.20am (Selasa). jenazah akan di bawa kembali ke tanah kelahiran beliau di johor. Al-Fatihah moga roh ar rahmah dicucuri ALLAH."

Message yg benar2 sudah aku expect. spjg mlm tidurku x lena bila sejak siangnya aku dpt tahu keadaan beliau yang kritikal. Sementelah pula, Mary pun dh telefon n bercerita ttg keadaan Allahyarham sewaktu hampir kesemua rakan sekerja aku menziarah Allahyarham di hospital.

Aku bukanlah teman rapat Zana; spt Haniza, Mary, Masniza, Nani,Anna yg selalu mkn bersama2 di 'bar' office. tp sbg seorg teman spjbt, aku boleh dikatakan sering berhubung dgnnya kerana hal2 kerja.

Sesuatu yang ralat...
Semasa semua org memberitahu aku ttg keadaan Allahyarham yang kritikal, terdetik di hati aku, nilai sebuah amanah. Amanah yang digalaskan di bahu aku sbg seorg staff HR yang terlebih dahulu sbnrnya maklum ttg keadaan Allahyarham yang semakin hari semakin membimbangkan... Message dari Allahyarham yang mengatakan keadaan beliau yang semakin teruk masih aku simpan sehingga kini...

Tersepit di antara amanah seorang sahabat yang tidak mahu perkembangan kesihatannya diberitahu kpd org lain dan mahu merahsiakannya kpd semua org, dgn mjalankan tugas sbg seorg shbt yg prihatin terhadap kerisauan teman sepejabat mengenai Allahyarham.

Ralat aku semakin bertambah apabila mendgr Allahyarham semakin nazak mlm td dan aku msh di katil hospital, tidak bisa menjenguk Allahyarham di saat2 akhir hayatnya. Alhamdulillah... aku sempat sedekahkan Yassin dari jauh dan mendoakan Allahyarham. Hanya itu yang aku mampu... Semoga keikhlasan bacaan Yassin itu akn sampai padanya di sana...

Kata bbrp org teman, pemergiannya mmg sudah dijangka... namun msh adakah ruang dan kesempatan utk aku membisikkan ke telinganya ungkapan kemaafan seandainya ada salah dan silap yg pernah aku lakukan pdnya?

Tiga tahun mengenalinya...
Masih terbayang langkah2nya menuju ke tpt Haniza...
Masih terngiang di telinga gelak tawa dan batuk yg berterusan sblm dia mula berulang alik ke hospital kerana sakitnya...

Tiga tahun...
Satu tempoh yang terlalu pendek utk aku benar2 mengenali seorang gadis bergelar Zanariah Ramli...

Salam Buatmu Zana,
Semoga pemergianmu bisa melangsaikan segala hutang kesakitan yang engkau tanggung selama ini... Semoga di setiap saat2 kesakitan yang engkau tanggungi selama ini, dosa2mu diampunkan oleh-Nya. Kemaafan aku pohon walau aku tahu, di saat ini engkau tidak bisa lagi mengampunkan aku sekiranya ada dosaku padamu... Semoga tempatmu bersama2 mereka yang beroleh rahmat dan kasih sayang dari ALLAH SWT...

Hasil Nukilan:
Nashya Ariff
detik 5.18 am
411, Ampang Putri

Selasa, April 21, 2009

Al Fatihah..


Pg Td aku menerima berita sedih .. Kami kehilangan rakan yang bernama 'Zanariah Mohd Ramli'. Walaupun aku tidak berapa mengenali arwah, tp sebagai rakan sekerja, arwah adalah seorang rakan yang periang, baik hati. Kehilangan arwah amatlah di rasai oleh kami semua.. Semoga Roh-nya dicucuri Rahmat dan di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman... Amin... Marilah kita bersama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah...

Selasa, April 14, 2009

Uzma Dh blh Bercakap??


Sekarang umo uzma dah 1tahun 5bulan.. Mulut dia semakin hari semakin la bising. Uzma dah pandai menyebut beberape perkataan walaupun bukan lah penuh...Just hujung2 dia je...

Antaranye:-
1-Ayah (full) walaupun kadang2 tu kuarbunyinye' ayai'
2- Hujan bunyinye 'jan' je
3-Mata bunyinye 'ate'
4-ball bunyinye 'ba'
5-kalau nak tido bunyinye 'boom'
6- air bunyinye 'ayer'
7- nak makan bunyinye 'aumm'

Kalau kite panggil dia 'uzma or amalina' dengan spontan dia akan menjawab 'hai'.. so cute anak mama....

Isnin, April 06, 2009

Uzma's Frienz

Hari nie mama nak kenalkan kawan kak long... hehehe dia ckp sayang ngan kawan die nie. daddy dia nak pegang pun uzma marah... Di perkenal kan..jeng...jeng...jeng...Meh la kite lihat aksi uzma...

*Si pooh memakai baju upin dan ipin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...