Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Breastfeeding tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Isnin, April 18, 2011

sunyi@lenyap..huhuhu

Salam semua...

Sebelum itu mama minta maaf la yer kalau ada terkasar bahasa dan tersilap kata sepanjang penulisan mama.. Selepas ini mama akan slow and maybe lenyap (tp x mungkin kot) dr blogging2 nie..

Mama dah kene sound ngan boss.. no blogging, no surfing no editing.. just concentrate to work.. dah la company ade masalah, so mama kene jaga periuk nasi mama ( menaip ngan perasaan sedih nie) .. So kawan2 mama, jangan la lupekan mama yer..

Sebelum ni pun mama mmg jarang update blog, mau nyer lepas nie berhabuk lipas la blog mama.. nak join contest pun x leh.. kalau kat uma tu x blh nak onn laptop, kakak n adik datang nak tgk cite hantu... huhuhu..

Sesape yang ade YM leh lah add mama : cube_teke@yahoo.com

x dpt berblogging at least leh la ty kaba kawan2 kan...

sekian...

Kanak2 di malaysia paling Berat??

Morning semua...

Semalam mama dengar berita dan salah satu yang menarik perhatian mama adalah berita tentang bwerat. Berat ape tue?? Berat kanak2 di malaysia adalah di antara yang terberat di dunia.. aduhai.. cam ne tue.. Kecik2 lagi dah mempunyai berat yang tidak ideal.. Takut kan dengar.. emm

Kerajaan akan mengeluarkan arahan supaya makanan ringan tidak di jual di kantin sekolah dan juga penjual nasi lemak hanya boleh di jual sekali-sekala, dan bukan seperti sekarang, hari2... Mana tak menjadik badan budak2 sekaran gnie kan... Sian kat budak2 tue.. Diaorang bukannya tau sedap and makan.. Ada sesetengah pengusaha kantin plak tau nakkan keuntungan jer, bukannya pikirkan kesihatan budak..

Elok jugak la kan kerajaan kuarkan arahan macam nie.. Sekuranya terjaga la kanak2 di malaysia nie dari memakan benda2 ringan dan kurang berkhasiat...

Mama jadi takut plak bile dengar berita nie, sbb mama ada anak2 yang akan bersekolah tak lama lagi.. Alhamdulillah la kalau betul2 kerajaan menguatkasakan arahan nie...

Gambar selingan: nie la permata hati mama...

Khamis, April 14, 2011

Shahir and BOTOX



BIBIR Shahir disuntik botox! Itu antara berita hiburan artis tanah air yang boleh dikatakan agak panas hujung minggu lalu. Shahir yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan juara program realiti Akademi Fantasia 8 (AF8) atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawani.
Pakejnya sebagai artis boleh dikatakan lengkap. Dia berwajah tampan, penampilan yang menarik dipandang dan memiliki vokal ‘jantan’ khususnya menerusi lagu hitnya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan . Justeru, tidak menghairankan pemuda berusia 23 tahun itu baru-baru ini dinobatkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular 2010 (ABP 2010) sekali gus tersenarai antara lima calon artis paling popular di Malaysia!
Lumrah menjadi seorang artis terkenal dan cukup dikenali ramai, ternyata dia juga sememangnya tidak dapat lari daripada dilanda gosip negatif seperti yang menimpa kebanyakan artis yang lain.
Bermula dengan kisah dia telah menghilangkan diri beberapa hari sebelum malam pertandingan Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) pada 10 Januari lalu sehinggalah dia dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon cantik popular iaitu Rozita Che Wan, pemuda kelahiran Kampar, Perak itu tidak habis-habis dilanda gosip.
Terbaru, dia dikatakan cuba mengelak daripada dirakam fotonya pada majlis sidang media filem pertama lakonannya, Karak yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Malah, dia memberitahu Kosmo! yang turut berada pada sidang akhbar tersebut bahawa bibirnya itu bermasalah selepas memakai solekan untuk malam ABP 2010. Sedangkan apabila Kosmo! bertanya kepada pihak urus setia ABP 2010, mereka memberitahu Shahir telah memaklumkan bahawa dia sudah mengalami masalah pada bibirnya itu sejak beberapa hari sebelum ABP 2010 berlangsung!
Impaknya, ada yang melabelkan Shahir sebagai artis yang semakin sombong dan mula meninggi diri. Lebih malang, timbul pula gosip mendakwa bibirnya bermasalah akibat daripada melakukan suntikan botox!
Disebabkan Shahir masih mendiamkan diri daripada mengulas mengenai isu kontroversi tersebut, Kosmo! menuntut penjelasan dengan menghubungi sendiri Shahir.
Menurut Shahir, sememangnya pada masa itu bibirnya memang mengalami sedikit masalah kerana alahan memakai solekan terlalu lama pada wajahnya. “Ramai yang tidak tahu sebenarnya saya memang ada alahan sehingga tidak boleh terlalu lama memakai solekan pada wajah. Kalau terlalu lama, saya akan mengalami bengkak di bibir.
“Biasanya kalau membuat sesi fotografi atau pun ketika mengadakan persembahan pentas, selepas selesai sahaja saya akan terus mencuci wajah saya,” jelasnya bersungguh-sungguh.Tambah Shahir, dia turut menafikan sekeras-kerasnya bibirnya mengalami masalah bengkak yang berpunca daripada solekan yang digunakan semasa ABP 2010 tempoh hari.

Sebaliknya, dia memberitahu bahawa semasa acara tersebut dia sememangnya memakai solekan terlalu lama sepanjang majlis berkenaan berlangsung selama beberapa jam dan ia tidak ada kena-mengena langsung dengan alat solek yang digunakan.
“Memang saya akui pada mulanya saya menolak bergambar kerana berasa kurang selesa. “Setelah diyakinkan bahawa bibir saya yang bengkak itu tidak jelas kelihatan dalam gambar, akhirnya barulah saya bersetuju,” ujarnya.
Dosa
Sementara itu, dia turut meluahkan rasa kesalnya apabila ada segelintir pihak yang telah menuduhnya telah membuat suntikan botox di bibir gara-gara alahan yang dialaminya itu. Menurutnya, orang yang menyebarkan cerita tidak benar berkenaan adalah pihak yang tidak mengetahui keadaan sebenar tentang situasi yang dilaluinya itu.
“Pada saya, ia merupakan satu fitnah yang cukup berat apabila saya dituduh membuat suntikan bibir untuk kelihatan lebih menarik. Lagipun ia bukan melibatkan saya seorang sahaja tetapi turut melibatkan maruah keluarga. “Seharusnya orang yang menyebarkan fitnah itu tahu tentang dosa yang diterima. Biarpun berasa sangat kesal, namun saya sedia memaafkan pihak terbabit sekiranya datang sendiri berjumpa dengan saya,” tegasnya mengenai perkara tersebut.
Menurutnya lagi, dengan penjelasan yang diberikan itu dia meminta agar para peminat dan pihak media tidak salah sangka dengan apa yang telah berlaku dan berharap terus mendapat sokongan kepada perjalanan kariernya.
Kanser hati
Pastinya ramai yang sedia maklum dengan kenyataan Shahir beberapa bulan lalu mengenai dirinya yang disyaki menghidap penyakit kanser hati hingga dia terpaksa menghilangkan diri buat seketika. Menurutnya, penyakit tersebut mula dikesan sewaktu dia menjalani ujian darah di sebuah hospital swasta dan mendapati bahagian hatinya mengalami masalah.
Bagaimanapun, apabila menjalani pemeriksaan yang sama di hospital yang lain, penyakit yang dilaluinya itu masih lagi belum sampai ke tahap yang serius. Ketika diajukan tentang tahap kesihatannya ketika ini, Shahir memberitahu bahawa sekarang ini dia berada dalam keadaan yang sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit yang serius.
“Alhamdulillah, sewaktu menjalani pemeriksaan sebelum ini, doktor ada memberitahu kepada saya supaya tidak perlu terlalu bimbang dengan keadaan kesihatan diri saya. “Cuma doktor memberi pesanan supaya saya membuat pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali. Apapun saya tetap gembira kerana dapat menjalankan aktiviti seni seperti biasa,” ujarnya.
Menurutnya, ketika ini dia masih lagi dalam pemantauan doktor dan kini dia lebih mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Sumber: Harian Metro

Rabu, April 13, 2011

MahaRajA Lawak...

Last week adalah minggu akhir MAHARAJA LAWAK kat Astro Prima... Alamak.. macam rugi jer tak dapat tgk kan..hehehe..

Di sebabkan itulah, ayah bersetuju nak tambah channel Astro mustika..yahooo... Sebenarnyer bukan mama yang nak tgk sgt, tp ayah tue.. Beriya2 dia.. Mama ckp kat ayah, u-tube pun leh tgk, tp dia kate x puas, sbb kecik la hape la...

So mama pun call astro td and lagi 1 jam Astro Prima akan di sambungkan.. So balik nie leh tgk.. yeyeyeyeye... Sebulan untuk Mustika RM12.95 dan ade 3 channel tambahan 131,132,133.


Isnin, April 04, 2011

ABPH-2010

Hai semua.. Rata2 hari nie akan membuat cerita mengenai ABP-BH 2010 kan.. dan kita semua tau ' Shaheizy Sam memenangi Artis Paling Pupular 2010... Rezki dier kan.. Lg pun mmg lakonan dia bagus kan.. Jom kite layan gambo2 artis dengan gaya mereka... Layanzzzzzzzz...........

*
*
*
 Lisa Surihani.. Lawo dier kan
*
*
*

Adira 
*
*
*
Anak rohana jalil, x tau nama dier hape ntah
 *
*
*
pelakon mude.. Elfira Loy
 *
*
*
ayu jer si fida nie 
*
*
*

Intan dan Kamal Adli
*
*
*



si comei Irma Hasmie
*
*
*

Dan pemenang Anugerah Bintang Popular 2010 dengan undian 126128

Shaheizy Sam 

all the pic credit to 'OH BULAN'

Jumaat, April 01, 2011

Jinakkan jiwa anak dengan nur al-Quran

DALAM situasi semasa kita sedia maklum banyak gejala sosial negatif melanda generasi muda khususnya remaja.


Jadi, sebagai ibu bapa aspek pendidikan untuk anak-anak seharusnya menjadi keutamaan yang tidak boleh diabaikan sama sekali.
Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap segala tingkah laku dan gerak-geri anak-anak mereka.

Pada tahap usia muda anak-anak sudah mula mengenal dunia luas yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran. Pengabaian dalam mengambil tahu gerak-geri anak-anak boleh mengakibatkan mereka menjadi tidak terkawal dan bergaul bebas. 
Selain itu, kita sebagai ibu bapa seharusnya juga mencuba sedaya boleh meluangkan masa berkualiti untuk bersama anak-anak. Cubalah wujudkan majlis ilmu bagi membincangkan bersama anak mengenai sirah Nabi s.a.w dan perjalanan sejarah Islam.

Insya-Allah dengan pendekatan dan metodologi seperti ini jiwa anak remaja kita akan terisi dengan roh Islam yang mantap.

Wujudkan pengajian al-Quran bersama anak-anak dan sentiasalah mengajak mereka mencintai kitab suci itu.

Inilah strategi dalam mengukuhkan kekuatan iman dan takwa dalam diri anak remaja.

Remaja yang mematuhi segala perintah syarak akan mewujudkan realiti kehidupan yang sempurna. Allah menegaskan mengenai pentingnya kehidupan ini dipaut pada al-Quran. Allah berfirman: “Sesungguhnya al-Quran itu membimbing kita ke jalan yang lurus (benar).” (Surah Al-Isra’ ayat 9)

Remaja yang rajin membaca ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan sentiasa merenung isi maknanya, sudah tentu akan mampu menghidup dan menjernihkan hatinya.

Kata Saidina Ali: “Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

“Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan khusyuk.”

Justeru, wahai saudaraku yang dirahmati Allah, untuk memperoleh nur dan hidayah Allah itu satu mekanismenya ialah melalui pembacaan al-Quran.

Jinakkanlah hati dan jiwa anak-anak kita dengan al-Quran. Jadikan mereka ‘bermesra’ dengan lebih erat dan ‘jatuh cinta’ kepada al-Quran.

Bukan setakat mengajar anak-anak membaca al-Quran, sekiranya berkesempatan (Insya-Allah ada kesempatan) cubalah membaca tafsir ayat al-Quran yang dibacakan itu.

Ini akan menambahkan keyakinan dan menjernihkan jiwa anak-anak. Lebih baik lagi ajarlah anak-anak remaja kita supaya dapat menghafal ayat-ayat al-Quran secara berperingkat.

Inipun satu kaedah bagaimana kita dapat membina kekuatan rohani anak-anak kita.
Perhati dan hayatilah peringatan Rasulullah mengenai al-Quran semoga kita sebagai ibu bapa terus tekun mendidik anak-anak dalam pembacaan al-Quran.

Kata Nabi: “Sungguh, orang yang dalam hatinya tidak terdapat sesuatu pun daripada al-Quran adalah ibarat rumah yang sepi (menyeramkan ).” (Hadis riwayat at-Tirmidzi ) Sanggupkah kita melihat anak-anak kering gersang jiwanya daripada sinaran al-Quran? Tentu kita tidak tergamak dan jika itulah jawapannya, maka bersege- ralah kita mentransformsikan jiwa anak-anak remaja kita kepada alur kehidupan yang sentiasa membaca dan menjadikan kitab al-Quran itu sebagai naskhah wajib yang mesti dibaca setiap hari.

Dipetik riwayat daripada Anas r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah ada bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.”
Kemudiannya Rasulullah ditanya sahabat: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”
Kata Nabi: “Iaitu ahli al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya).” 


Mereka adalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa hendaknya jadikanlah diri kita dan anak-anak sebagai keluarga Allah sebagaimana yang dimaksudkan Nabi dengan memperbanyakkan aktiviti pembacaan al-Quran.

Anak-anak yang terbiasa dengan pembacaan al-Quran sudah tentu mampu meneruskan kehidupan dalam keadaan yang tenteram dan berdaya dinamik.

Mereka akan mengetahui apa yang disuruh dan dilarang Allah, sekali gus membentuk perwatakan sahsiah peribadi yang mulia.

Justeru, gelombang zaman kemodenan akan berjaya mereka susuri dengan akal yang bijaksana dan sentiasa mengingati Allah dalam setiap perbuatan.

Anak-anak kita yang sentiasa mencintai al-Quran dan selalu berdamping dengannya akan mewarisi perwatakan yang berwajaran dengan kehendak agama dan sentiasa dapat mengawal diri apabila meningkat dewasa kelak.

Pesan Nabi: “Barang siapa membaca satu huruf daripada kitab Allah akan dituliskan baginya kebaikan. Satu kebaikan melahirkan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” ( Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Bayangkan jika kita berjaya membentuk anak-anak yang mencintai al-Quran dan mengamalkan segala ajarannya, sudah tentu anak-anak kita sentiasa berada di bawah naungan dan perlindungan Allah.

Kita sebagai ibu bapa juga turut sama mendapat pahala di atas amal baik anak-anak kita itu.

Marilah kita ingatkan diri kita sendiri sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mendidik anak-anak kepada satu pesanan Saidina Ali bin Abi Talib: “Orang yang membaca al-Quran dan ia sedang mendirikan solat, maka setiap huruf baginya ada seratus kebaikan.

“Orang yang membacanya dan ia sedang duduk dalam solat, maka setiap huruf baginya ada lima puluh kebaikan.

“Orang yang membacanya di luar solat dalam keadaan suci, maka setiap huruf baginya ada dua puluh lima kebaikan. “Orang yang membacanya di luar solat dalam keadaan tidak suci, maka setiap huruf baginya ada sepuluh kebaikan.”

Ini wasiat emas yang sewajarnya membangkitkan diri kita sendiri untuk selalu mengamalkan pembacaan al-Quran, apatah lagi berusaha membina jiwa anak-anak agar mereka tidak lupa dan berenggang dengan al-Quran.

Akhirulkalam wahai saudaraku yang dirahmati Allah, ayuh bersama kita hayati pesanan Nabi ini: “Mereka yang membaca al-Quran dan ia mahir dalam bacaannya adalah bersama malaikat kiramin bararah dan mereka yang membaca al-Quran dan ia gagap dalam bacaannya dan penuh kesusahan baginya dua ganjaran pahala.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

sumber: Harian Metro

: Terbaca seorang bayi yang merangkak ke landasan keretapi dan di rempuh oleh keretapi- Ya'allah ngeri membacanyer.. click untuk membaca

Semoga anak 2 kite sentiasa di dalam penjagaan ALLAH s.w.t.... Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...