Rabu, Julai 29, 2009

Luahan Rasa...

Sebenarnye, aku tak tau nak tulis pe, sekadar nak luahkan apa yang aku rasa sekarang nie. Semakin hari semakin resah je jiwa dan perasaan aku nie. Sekarang dah nak masuk 38 mggu tp masih x tanda2 nak bersalin. emmm.. Badan semakin lama terasa semakin berat walaupun berat badan ku ini menurun . Time sekarang nie makan ape pun mmg x selera. Hidangkanlah apa pun yang sedap, tekak ku ini pasti tolak, walaupun perut lapar giler. Nak tau apa yang tekak nie boleh terima?? Roti je la... klu hari2 makan roti pun, jemu gak kan..entahla... ini lah dugaan dan cabaran bg seorang ibu. Oleh itu janganlah kite mempersiakan ibu yang telah mengandungkan dan melahirkan kita. Hargailah mereka selagi hayat mereka masih ada.. Jangan sesekali melawan & derhaka pada ibu.. (keinsafan melanda diri)


Khamis, Julai 16, 2009

Menghitung Hari

Hari ini kandungan ku berusia 35 minggu 4 hari.. huhuhu... x sabar rasenye menunggu kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Semakin hampir , semakin x larat di buatnya. Last timbang mingu lepas, berat dah sampai 75.1 kg... Berat baby hanya 2.2kg je. Yang lebihnye adalah berat mama.. Uzma plak macam dah boleh rasa akan kehadiran adiknya. Selalu pegang perut mama and panggil adik...adik. Aku hanya menunggu lagi seminggu untuk merehatkan diri di rumah, genap usia kandungan ku 36 minggu, aku rasa macam nak amik cuti sehinggalah aku bersalin. Semoga proses bersalin ku nanti di mudahkan oleh-NYA dan semoga kami berdua selamat... Amin...


Jumaat, Julai 10, 2009

Pengalaman Tak dapat ku lupakan

1.Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda. Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan.

Tarikh bersalin : 9 November 2007
Tempat Bersalin : PPUM
waktu bersalin : 11.27 pm

Pengalaman ku melahirkan anak sulung memang suatu pengalaman yang tak akan ku lupakan. Tanggal 9 november 2007 pada pukul 7.30 am air ketuban pecah. Aku bergegas kejutkan suami ku yang sedang lena di ulit mimpi. Pagi itu hujan renyai-renyai, suami ku menyuruhku tunggu di rumah sementara dia mengambil kereta di rumah mertua ku (Di PJ). Setengah jam berlalu, suami ku pun pulang. Di sebabkan hujan terlalu lebat ketika itu, dia pun terpaksa berpatah balik dan menalipon adik ipar untuk hantar kereta ke rumah (kepong). Ketika itu masih blm ade 'contraction' lagi. Cumenye air yang td jernih dah bercampur darah. Aku semakin risau.

Setiba di hospital, aku pergi ke tingkat 1 dan mendaftarkan diri. Aku terpaksa di tahan di hospital. Inilah kali pertama dalam hidupku tinggal di wad..hehehe... Macam2 ragam dapat ku lihat. Setelah aku menukar pakaian dan doctor yang bertugas ketika itu membuat imbasan dan memberi ku 1 suntikan untuk mematangkan paru-paru baby kerana anak ku kurang bulan (35 minggu 5 hari).

Sekitar jam 1.00pm 'contraction' ku selang 5 minit sekali. Waktu ini memang x terkata sakitnye Sehingga la ke malam. Doctor yang datang check bagtau jalan baru bukak 4cm. Ya allah, hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnye aku ketika itu. Nasib baik la suami ku ade di sebelah untuk mebmeri sokongan. Selepas maghrib, barulah ibu mertuaku datang dengan membawa air selusuh. Di beri ku minum dan di sapu sedikit di atas perut ku. Pada pukul 8.30pm sakit ku semakin menjadi-jadi, dan doctor memberitahu ku jalan sudah bukak 7cm. Aku pun di bawa ke labour room.

Di dalam labour room, aku berjuang sendirian menaggung kesakitan. Suami tidak di benarkan masuk...huaaaa.. Di tengah kesakitan , blh plak doctor pelatih tersalah cucuk. Sampai lebam2 tangan ku di buatnye. Di sebabkan kesakitan yang teramat sangat, aku x amik kisah hal tu. Kesakitan yang teramat sangat itulah menyebabkan aku membuat pelbagai permintaan kepada doctor , ''Doc blh x vakum, foresap ke@ bg saya epidural '' hehehe. Nurse yang ade kat dalam bilik tue semua tergelak dengan permintaan ku. Last2 misi tue bagi aku alat oksigen katenye untuk kurangkan sakit. Aku amik alat tue dan dengan selamba je aku campakkanye. Doctor masuk untuk melihat jalan, dan katenye baru bukak 9cm. Bayangkanlah waktu tue dah pukul 10 lebih. Contraction datang 3 minit sekali tapi sekejap-sekejap. Akhirnye dalam pkl 11 lebih rasenye doc menyuruh aku cube teran dengan sekuat hati. Doc mengajar ku bagaimana cara untuk meneran yang betul. katenye jalan dah bukak 10cm, dan tinggal nak kuar je baby tue. ' Ha dah nampak dah kepala baby tu, teran je. Tarik nafas, tahan dan lepas kan tapi jangan menjerit' lebih kurang begitulah ajaran doctor kepada ku.

Teran punye teran akhirnye, pada pukul 11.27 pm, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.05kg. Alhamdullilah. Ketika itu aku terasa segala sakit yang ku tanggung sebelum itu hilang dengan kehadiran Nur Amalina Uzma.


............................
2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda

Wahai kawan-kawan sekalian, nampak tak gambo kat sebelah nie---->
Maka inilah peluang untuk mendapatkannya. Contest ini yang di anjurkan oleh ibu_addinnasa. Mungkin ramai yang menggunakan jenama ini namun tidak kurang juga yang tidak pernah mendengarnya. Maka inilah peluang untuk mendapatkannya. Bukanlah ibu banyak duit nak bagi tapi anggaplah ini salah satu cara memberi hadiah kepada orang lain melalui rezeki yang kita dapat. Namun terlintas dihati ibu nak beri pada siapa ye? Maka lebih baik ibu beri kepada pelawat-pelawat blog ibu yang setia membaca kisah ibu, Addin dan Nasa selama ini. hehehe...Walaubagaimanapun ibu hanya ada 3 kotak sabun 100g Rosewater buat masa ini. Maka ibu akan memberinya kepada sesiapa jua yang bertuah untuk mendapatkannya. Wangi ke? memang sangat wangi. Harga seketul sabun lebih kurang rm25 dan ke atas. Kewangiannya diakui oleh mereka yang biasa menggunakannya.

3. Tinggalkan komen beserta dengan link tentang post anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...