Khamis, Julai 29, 2010

--update my giveway----

Salam kawan2.. 

Hari nie mama nak tuka la tarikh giveway mama.. 

Tarikh tutup yang baru adalah bergantung pada tekaan anda semua..

Bile mama dah dapat pemenangnyer, mama akan terus tutup tutup k...

So selamat mencube semua

Sabtu, Julai 24, 2010

Item To let goo

New entry pls scroll down... TQ

Mama nak let go kasut  nie.. Kalau ade sesape berminat boleh e-mail mama yer (cube_teke@yahoo.com)

condition: 8/10 
Jarang sangat pakai... simpan jer..


Rabu, Julai 21, 2010

waa... den da kayo

Mama rase dah lame x rgk duit banyak mcm nie ka.. Kalau la hari2 celik mata nampak duit banyak nie, sure hidup gembire.. X masalah kekurangan duit...
duit2 di dalam gambar yang anda tgk adalah duit real yang mama snap sendiri yer.. hehehe.. Tapi sayangnyer duit itu bukanlah kepunyaan mama...  wawawawa...

Kalau la itu duit mama, apa yang akan mama beli ek??? piki-pikikan...

Isnin, Julai 19, 2010

berpindah tempat

Alhamdulillah, minggu lepas mama selamat berpindah semula ke south block... Huhuhu, rase lega giler..
Duk kat north block rs mcm bersendirian... Selain itu mama pun dah tuka department from IT to Admin..
Semoga dengan departmant baru nie, akan lebih memberi mama semangat baru... ewah2...

Inilah meja mama.. Bersepah la ckt tp bersih la tanpa habuk..hehehehe...

Jumaat, Julai 16, 2010

TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.

--------------entry ni diambil dari blog teratak milikku--------------
 
Salam.. 
Bismillahirrahmanirrahim............

Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA

Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin. 

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.   

Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.  

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526)

Untuk update terkini tentang Lya, klik SINI.

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.  

Terima Kasih.

Minyak & gula naik lagieeeeeeeeeeeee


Malam semalam tgk la buletin utama n berita utamnya adalah harga minyak naik lagie... emmm.. itu-jela kerajaan bloleh buat... Kata ekonomi dah ok, nape perlu naikkan minyak lagie??? 

Alasan yang selalu dengar kalau minyak naik adalah, ''kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang banyak di sebabkan harga pasaran minyak dunia meningkat"... mcm x masuk akal jer... Tapi bila harga minyak turun, knp kerajaan diamkan jer???

Kadang2 aku x paham la... Berita panas selain minyak, harga gula naik... Yang bestnyer statement dia' kite menaikan harga gula sebab nak jimatkan perbelanjaan rakyat'... hey tolong la.. kalau dah minyak naik, gula naik... mesti barangan lain pun naik...

Lepas nie pengangkutan awam mulalah sibuk nak naikkan tambang.. Kedai mamak& restoran2 naikkan harga makanan... Bagi yang berpendapatan tinggi berpuluh ribu itu x pe, kalau yang berpendapatan rendah mcm ne??? x ke kesian kat diaorang... anak2.... 

Pagi2 dah buat panassssssssssssssss...............

Khamis, Julai 15, 2010

Lyafrina in ICU

Salam semua...



Baru tadi mama saje jenjalan kat blog kawan, n ternampak la blog mama_danishsarah dengan tajuk ''Aku Mohon...... Doakan Sahabatku Lya''

Mama kenai lya pun sbb lya join contest mama. Pada kawan2 semua, marilah kite bersama-sama mendokan semoga lya cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan yang diberikan....

Selasa, Julai 13, 2010

Bile Qashrina dah stat membaca

Kami sekeluarga mmg saje g KLCC- Kunikoniya (btl ke spelling tue).. Nak tgk gelagat si qashrina... Si kecik nie suke sangat berebut buku ngan kakak dia.. Kalau x dapat dia punyer nangis macam org dera dier jer... teresak2..

so mama ngan ayah decide nak tgk mcm rupenyer bile dia namapak buku banyak... 

Sampai jer KLCC, tgk muke adik...fuhhhhhhhhhhh.. teruje dier... Sampai x tau mana satu buku yang dia nak amik.. hehehe..


ayah bersemangat baca buku tu tuk adik
*
*
time nie dia nak buku lain plak...
*
*
si kakak sibuk mencari buku kegemaran dier... tp semua x menepati citarasa kakak..
*
*
lepas penat merengek, bagi la mnm susu... dahaga rupenyer...
*
*
habis daaaa... hehehehe

BEware!!!

u olls mesti pernah dapat e-mail nie kan....
*
*
*
banyak sgt mama dapat kat spam mail.. so hari nie mama saje nak share ngan u olls.. mama dah click website tue and mmg nampak sama macam maybank 2u. Bagi org yang tak perasan ngan perbezaan dier, mesti igt itu page maybank 2u. jom kite sesama teliti page dier k...
*
*
*
mama click la pada url yang berikan:-
http://www.unitedwaysjc.org/mbb/m2u/common/
click on url or just copy and paste the url address 
(u olls jgn click plak yer) Bahayeee
*
*
*
 cube uolls tgk perbezaan atr page nie ngan page bawah
*
*
*
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
*
*
*
Ramai yang x perasan logo maybank kat homepage address .. so jangan la u olls tertipu dengan benda2 mcm nie yer.. penipu nie lagi advance dari kite... Sekarang nie, makin melampau2 la kes jenayah kan negara kite. Ada yang nak kaya atas angin tanpa berusaha...

Sekian.. terima kasih..

*ms mama blogwalking mama terjumpe blog nie..

http://mamasayangiman.blogspot.com/2010/05/ya-allah-tabahkan-hatiku-menempuh-ujian.html

semoga pengalaman yang mama_iman menjadi pengajaran buat kite semua...

Adik dah pandai meluncur tue...

Kami sekeluarga mmg suke membeli barangan dapur di GIANT... hehehe.. Setiap hujung bulan pasti kami ke situ... X kisah la barang dapur tue ade ke tidak, mmg suke la menyinggah ke sini..

Setiap kali ke giant mama mesti jaga kakak & ayah jaga adik.. Baru fair kan.. hehehe.. Tengah naik escalator, mama dengar suare budak gelak... cari2 rupenyer anak mama yang tengah elak sakan... 
Biler mama toleh belakang jer, adik tengah meluncur di tepi escalator..
*
*
*

*
*

nie la aksi si kecik nie... hehehe... muke nampak gayat, tp gelak kan main...ishk..ishk..

Isnin, Julai 12, 2010

New Baby Born

Dalam Bulan june jer, office mate mama yang 1 department ngan mama 3 org sekali beranak.. fuhhhhh

Ini adalah baby yang bongsu selamat dilahirkan pada bulan 6... hehehe
 


Muhammad Amin Qusairy
19 -6-2010 
3 kg
*
*
*
 
 
Muhammad Shahfi Hadiff
17-6-2010
3.4kg

Campur aduk..

sajer nak upload gamba anak dara mama yang pemalu nie... Malu bile jumpe orang jer, tapi bile kat uma, mulut dia la paling murai...

Gamba nie di ambil masa g jenjalan kat KLCC

Hadiah

Ms mama bt blogwalking, ternampakla survey the star dari blog anje akak maam -balqis..

Semalam mama pun g la redeem hadiah tue...

Nie la yang mama bawak balik...hehehe
*
*
*
*
*



*
*
*
*
*

Hukum Bersanggul tinggi

Hai semua..

Lately nie byk betul pertayaan yang mama dpt.. haram ke bersanggul tinggi.. Mama pun x tau nak jawab macam ne.. Ade yang mama baca, haram and ada yang kate tidak.. 


Baru2 nie mama ade baca dalam harian mero (ruangan soal jawab agama)
 U olls pk la sendiri yer... mama no komen bab nie

*
*
*
*
SAYA ada dua kemusykilan. Pertama mengenai sanggul tinggi kerana sejak kebelakangan ini ramai wanita muslimah gemar mengenakan fesyen tudung bersanggul tinggi.Adakah ia dibolehkan dalam Islam dan apakah hukumnya? Soalan kedua, saya menjalankan perniagaan menerusi blog, namun pernah saya ditegur berkaitan gambar model yang mengenakan pakaian ketat.

Saya sedar, sebagai muslimah kita harus menutup aurat dan mengelak memakai pakaian seperti itu.
Apakah hukum bagi saya selaku penjual? Saya hanya berniaga untuk mencari duit, namun bimbang jika saya juga mendapat dosa.

NWM
Kulim, Kedah

Tidak ada salahnya bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun, harus hukumnya bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Saya tidak melihat bersanggul tinggi menampakkan seorang wanita berlebihan dalam penampilannya.

Yang penting ialah auratnya ditutup kerana Allah mewajibkan wanita menutup aurat untuk menjaga kecantikan mereka.


Dalam menutup aurat, syarat yang mesti dipenuhi ialah pakaian tidak terlalu ketat kerana boleh menimbulkan fitnah dan persepsi negatif.

sumber: harian metro 

Khamis, Julai 08, 2010

Weeding of the year

Bulan 6 jer ramai office mate mama kahwin.. Tahniah mama ucapkan pada mereka... Semoga berkekalan hendaknyer, dan selamat melayari bahtera berumahtangga...


* Hazlina and partner
* Haniz & Partner
* Siti Mariam & Partner
* Mas edawati & partner

Selamat pengantin baru utnuk semua yer...

Rabu, Julai 07, 2010

selamat petang..

minta maap yer, mama x leh nak update cite2 lagie... hr nie x bawak kabel nak upload gambo.. Cite tanpa gambo mcm x best tul tak... Hehehehe.. Esok kte sambung yer..

Salam Sejahtera semua

Assalamaualaikum dan salam sejahtera semua... Mama akan bersiaran kembali yer.. Angin MALAS agaknyer dah bertiup ke arah lain. Hehehe..

Jap lagi mama akan mengupdate semua xtvt mama yer... Saba yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...