Hai semua..
Lately nie byk betul pertayaan yang mama dpt.. haram ke bersanggul tinggi.. Mama pun x tau nak jawab macam ne.. Ade yang mama baca, haram and ada yang kate tidak..
Baru2 nie mama ade baca dalam harian mero (ruangan soal jawab agama)
U olls pk la sendiri yer... mama no komen bab nie
*
*
*
*
SAYA ada dua kemusykilan. Pertama mengenai sanggul tinggi kerana sejak kebelakangan ini ramai wanita muslimah gemar mengenakan fesyen tudung bersanggul tinggi.Adakah ia dibolehkan dalam Islam dan apakah hukumnya? Soalan kedua, saya menjalankan perniagaan menerusi blog, namun pernah saya ditegur berkaitan gambar model yang mengenakan pakaian ketat.
Saya sedar, sebagai muslimah kita harus menutup aurat dan mengelak memakai pakaian seperti itu. Apakah hukum bagi saya selaku penjual? Saya hanya berniaga untuk mencari duit, namun bimbang jika saya juga mendapat dosa.
NWM
Kulim, Kedah

Tidak ada salahnya bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun, harus hukumnya bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Saya tidak melihat bersanggul tinggi menampakkan seorang wanita berlebihan dalam penampilannya.
Yang penting ialah auratnya ditutup kerana Allah mewajibkan wanita menutup aurat untuk menjaga kecantikan mereka.
Dalam menutup aurat, syarat yang mesti dipenuhi ialah pakaian tidak terlalu ketat kerana boleh menimbulkan fitnah dan persepsi negatif.

sumber: harian metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan