Rabu, Jun 29, 2011

7th Parenthood Expo 2011




Date: 29 July 2011- 31st July 2011
venue: Mid Valley

Jom ramai2 kite pergi.. Serbuuuuuuuuuuuuuuuuu..

Khamis, Jun 23, 2011

Uzma dan Qashrina

Morning semua...


Semenjak mama sibuk ngan program diet mama nie, jarang na mama update pasal buah hati mama... PAgi nie mama nak cite pasal anak2 mama pulak la...


Sekarang nie kakak dah nak masuk 4thn (november). Dah besarkan.. Kakak tak sekolah g, insya'allah tahun depan mama nak masukkan dia sekolah la... Berat kakak dah 17kg (huhu, x larat mama nak dukung dier nie). Hobi si kakak suke makan, kerjanya asyik lapo jer.. Penah tu tengah2 malam leh tanya kat mama, mcm nie bunyinyer..


kakak: mama ade biskut x?
mama: kenapa sayang?
kakak: kakak lapo
mama: ala ciannyer. kakak x malan ke td?
kakak: dah makan, tapi kakak lapo lagi
mama: jap mama amik k.. nah biskut.
kakak: time kasie mama


Tak ke kesian bunyinyer tu.. Lapo malam2 hari... Badan dah tersangat la chubby nyer.. Kat muke tu bukan double chin dah, triple chin rasenyer... Pagi2 bangun nak mandi and pakai baju cantik.. kakak..kakak...


Sekarang nie mak tok dia tgh mencatu pemakanan kakak.. Maktok x nak kakak besar sgt, kesian katenyer...  Walaupun si kakak nie chubby, tp lasak dan aktif. Tu yang mama x kisah sgt dia nak makan pun, tp still jgk menjaga kesihatan dia.. Kalau weekend mama selalu ty dekat kakak, nak makan ape, mama masakkan. then dia jawab nak makan sup ayam.. ok la kan... Healty food gak tu...

inilah dia buah hati pengarang jantung mama.. love u sayang..

Adik pulak sekarang nie dah terror berkata2.. Suke membuli si kakak.. Tak boleh tgk kaka rapat ngan mama, mesti dia tarik and marah kakak dia. Adik suke makan tp kurang suka makan nasi. Bagi makan mee or bihun memang bertambah2 la jawab nyer. 

Qashrina kecik jer, dah nak masuk 2 thn berat still lg 10kg jer.. Baju setahun pun masih muat lagi.. X pe la kan, yang penting adik sihat yer...

Hobi adik nie klu nak kuar suke pakai kasut yang besar. Kasut sendiri x mo pakai. Suke rampas kasut kakak. Apa yang mama suke kat adik kalau dia pegang barang then kakak dia nangis, mesti for sure dia akan bagi pada kakaka dengan ayat, 'mama, a..ngeh (nangis)'. hehehe.. sweet kan. 

Kalau tido malam, mama hilang jer dari sebelah dia mesti bangun dan mencari mama sampi ayah pun kene bangun tolong cr mama.. ;-> cartoon fav adik upin&ipin , boboiboy and mr bean. Obses sesgt deng mr bean sama macam kakak..

Sekejap jer dah besarkan., Kalau diingat2kan masa lahir dulu kecik er, sebesar tapak tangan now dah besar. dah bijak dan pandai... Semoga kalian menjadi anak yang solehah yer.. Itu doa mama.. AMIN..

Rabu, Jun 22, 2011

Diet Day 15

Breakfast
1- Daging Steam
2- Air Suam

Lunch
1-Syizzling
2- Air Suam

Dinner
1- Air Suam


Total Kalori: 550k

Diet Day 14

Breakfast
1- Biskut
2- Air Suam

Lunch
1- Syizzling
2- air Suam

Dinner
1- Daging Steam
2- Air Suam

Total Kalori: 700

Diet Day 13

Breakfast
1- Cekodok ikan bilis 4 ketul
2- Air Suam

Lunch
1- Ikan Bakar
2- Sayur
3- Air Suam

Dinner
1- Roti 
2- Air Suam

Total Kalori: 600k

Diet Day 12

Breakfast
1- Bihun goreng
2- Air Suam

Lunch
1- Ayam goreng
2- air Suam
Publish Post
Dinner
1- Roti john
2- Air Suam

Total Kalori: 740

Diet Day 11

Breakfast

1 - Air Suam

Lunch
1-Biskut
2- Air Suam

Dinner
1- Rojak Songapore 1/2

Total Kalori : 600

Diet Day 10

Dah lama x update diet mama.. day 9 punyer menu dah hilang. x tau kat ne.. warghhhh

Jom kite sambung..

Breakfast
1- 1/2 slice cake  -
2- Air Suam

Lunch
1-ikan bakar
2-sayur
3- Air Suam

Dinner
1- biskut
2- Air Suam

Total Kalori : 540

Jumaat, Jun 17, 2011

Redha Di atas ketentuannya..

Salam pagi Jumaat semua..

Semoga di hari yang baik nie dapatlah mama meringankan beban di hati ini . Mama nak melepaskan perasaan yang terbuku di dalam hati ini. Dari semalam lagi mama nak melepaskannya di blog ini tapi masa tidak mengizinkan..

Pagi semalam mama di kejutkan dengan berita yang mama di minta untuk di tempatkan di departmen lain.. Bile mendengarnya memang la terkejut.. Mana taknya 5thn mama berada di tempat sekarang dan dengan tiba2 di minta pergi ke tempat lain... Nak menangis tapi air mata ini di tahan dari terus mengalir...

Macam ni la kita kalau bekerja di bawah org, apabila x di perlukan boleh di campak di mana2 ikut suka saja. Mama memang nak pk positif tp negetive juga yang datang. Tapi kenapa nama mama yang tersenarai di antara mereka? Adakah mama nie tiada harganya lagi?? Adakah kerana mama dah x di perlukan lagi di department nie?? Mama sendiri tidak dapat menjawab persoalan ini.

Biarlah mereka2 yang lebih arif menjawab semua soalan mama ini. Mama akan memberi kata persetujuan kepada mereka untuk memuakan hati semua pihak.. Adatlah kalau org makan gaji. Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku.. Mama Redha dan pasrah di atas semua ketentuan ini..

Ya'allah tabahkan lah hati hambu ini dengan segala rintangan dan dugaan yang telah engkau tetapkan. Semoga ade kegembiraan di sebalik kesakitan ini. Amin...

Di saat mama menaip rintihan ini, mama hanya memikirkan yang mama ada anak2 yang perlu di jaga. Kalau di ikutkan rasa hati memang mama nak letak surat resign dah... Tp mama masih waras untuk melakukan itu semua.... Ya'allah kuatkanlah hati ku...

Khamis, Jun 09, 2011

Happie Bday to Me

.HAPPIE BIRTHDAY TO ME....
*
*
HAPPIE BIRTHDAY TO ME....
*
*
HAPPIE BIRTHDAY TO ME....


Salam dan selamat pagie pada semua kawan2 mama..  Hari nie genaplah umo mama 29thn.. Semoga mama di panjangkan umo, di beri kesihatan yang baik dan sentiasa di beri kebahagiaan di dunia dan di akhirat.... AMIN...



credit to:igoole

Rabu, Jun 08, 2011

Diet Day 8

Sape kate klu kite diet tak boleh nak amik heavy2? See mamam masih boleh amik sizzling yee mee untuk lunch walaupun mama masih berdiet... Sebenarnyer pokok pangkal dalam diri kan.. hehehe..

Breakfast
Cornflakes
Air Suam

Lunch
Sizzling yee mee
Air Suam

Breakfast
Biskut
Air Suam

Total Kalori: 667 kalori

Misteri E.coli menyukai wanita


PENULARAN wabak E.coli di Jerman dan beberapa negara Eropah sudah meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa sehingga Jumaat lalu manakala lebih 1,800 lagi dirawat di hospital selepas mengadu cirit-birit.
Dalam kebanyakan kes penularan wabak sebelum ini, mangsa terdiri daripada kanak-kanak kerana sistem imun tubuh mereka belum dapat melawan keracunan makanan tetapi dalam kes E.coli di Jerman, kebanyakan daripada kira-kira 1,200 mangsa adalah wanita.
Para saintis tidak mengetahui puncanya. Salah satu teori ialah mangsa merupakan golongan yang gemar mengambil makanan organik dan rendah kalori seperti timun dan salad.
Bagaimanapun, saintis kini semakin berhati-hati dengan pandangan itu. Dr. Ulf Goebel dari Hospital Universiti Charite di Berlin berkata, bakteria jenis baharu yang dikesan di Jerman itu mungkin mempunyai sebab yang spesifik untuk menghuni tubuh wanita berbanding lelaki.
Apa yang menarik, dalam wabak yang melibatkan E.coli jenis itu di Amerika Syarikat pada tahun 1994, kebanyakan mangsa juga adalah wanita dengan purata umur 36 tahun.
Sehingga punca sebenar bakteria itu dikenali, pegawai-pegawai kesihatan Jerman menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada memakan tomato, timun dan salad mentah.
Basuh
Agensi Standard Makanan Britain (FSA) memberitahu, pengguna mesti membasuh dahulu buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum memakannya.
Agensi itu berkata: “Ia satu tindakan yang bagus untuk membasuh dahulu sayur dan buah yang anda ingin makan bagi memastikan ia bersih daripada kuman.
“Membuang kulit atau memasaknya juga boleh menyingkirkan bakteria.”
Namun, pakar Scotland berkata penyelidikan baharu mendapati membasuh sahaja tidak mencukupi kerana bakteria itu sudah masuk ke dalam makanan mentah terbabit.
Dr. Nicola Holden dari Institut James Hutton, Scotland berkata, bakteria yang berasal daripada haiwan itu boleh melekat pada tanaman menerusi parit atau semburan air. Kadangkala ia tercemar semasa proses membungkus dan menghantar produk berkenaan.
Holden berkata, bakteria itu boleh berkumpul pada akar pokok sebelum naik ke daun dan buahnya.
Ancaman kepada kesihatan manusia bukan disebabkan bakteria ini mendiami permukaan pokok sahaja bahkan ia sukar dibuang selepas proses menuai,” katanya.
Profesor Brendan Wren dari Sekolah Perubatan Tropika dan Kebersihan London pula menambah, E.coli melekat pada makanan segar seperti daun salad, bayam dan timun.
“E.coli jenis ini boleh hidup dalam persekitaran yang ekstrem berbanding E.coli biasa bahkan mampu menghasilkan toksin berbahaya kepada tubuh manusia,” ujarnya.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, E.coli tidak memilih mangsa. Selebriti Elton John misalnya pernah dimasukkan ke hospital di London akibat dijangkiti bakteria itu pada November 2009.
Di Malaysia, selain sayur-sayuran, pencemaran bakteria E.coli pernah dikesan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu tahun lalu.
Bagaimanapun, keputusan ujian Jabatan Kimia Terengganu mendapati tahap pencemaran E.coli di situ adalah di antara dua hingga 920 MPN/100ml.
Paras tersebut adalah di bawah tahap maksimum yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000 mpm/100ml.
“Bakteria ini boleh mendiami usus manusia, mamalia dan burung.
“Ia merupakan satu kelompok bakteria yang besar dengan lebih daripada 700 serotaip telah dikenal pasti. Sebahagian besarnya tidak mendatangkan bahaya dan penyakit kepada manusia,” ujar bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.
sumber:kosmo

Diet Day 7


Breakfast
Cornflakes
Air Suam

Lunch
Ayam Panggang
Sayur
Air Suam

Dinner
Burger
Air Suam


Total Kalori: 880 Kalori

Selasa, Jun 07, 2011

Diet Day 6

Alhamdulillah berkat diet mama minggu lepas, mama telah berjaya menurunkan berat sebanyak 1.5kg.. Masih ada 1.5kg lagi untuk diturunkan dalam bulan JUNE nie..

Target mama JUNE memang mama nak turunkan 3kg. JULY 2kg dan AUGUST 3kg. Harap2 berjaya..
Berat yang mama nak 58kg jer...
Breakfast

Cornflakes+ biskut
Air Suam

Lunch
Ikan Bakar
Sayur
Kentang Goreng


Dinner
Limau Suam
Air Suam

Total Kalori: 510kalori

Diet Day 5

Diet weekend mmg mencabar.. huhu.. nak2 Ahad lepas mama ikut rombongan merisik adik ipar mama kat trolak.. Nasib baik mama masih boleh bertahan dari mengambil nasi.. Tapi apakan daya mama tergugat gak bile tengok bihun yang mertua mama masak.. huhuu.. mmg sedappppp, nak x nak terpaksa la mama makan... aduhai....

Breakfast
Bihun Goreng
Air Suam

Lunch
Ikan Goreng
Seketul Ayam masak cili
Sayur

Dinner
Bihun lagie ( makan pkl 5pm)
Maggie goreng

Total Kalori: 1860k


Harap2 ini lah satunyer kalori yang paling tinggi yang mama amik sepanjang diet mama yer... insya'allah.

Diet Day 4

Breakfast


Bihun Goreng
Air Suam


Lunch
Ayam panggang
Ikan Goreng
Sayur
Air Suam

Dinner
Biskut
Air suam

Total Kalori:1009k

Jumaat, Jun 03, 2011

Diet Day 3

Alhamdulillah dah 3 hari berdiet, tanpa nasi... wargghhhh berjaya.. Sebenrnye x nasi pun still amik roti gak...

Hari jumaatnyer diet
  

Breakfast

Sandwich Roti mata kerbau
Air Suam

Lunch

Subway (chicken slice + Salad only)
Air Suam

Dinner
Epal (2biji)
Air Suam

Total Kalori: 798




Khamis, Jun 02, 2011

Diet: Day 2

Ok menu mama untuk hari ini adalah:

Breakfast:

Sandwich Roti Mata Kerbau
Air Suam

Lunch
Ikan Bakar
Air Suam

Dinner
Roti Bakar
Air Suam

Total Kalori: 678

Rabu, Jun 01, 2011

Start My Diet- Day 1

Mama dah berazam, start jer 1st June mmg nak diet... My target avoid nasi selama sebulan.. Harap2 nyer berjalan lancar la yer... Mama akan share ngan kawan2 mama menu yang mama amik yer.. So pada kawan2 yang nak diet sama, mama doakan anda juga berjaya.. Cayok...Cayok..

So untuk permulaan hr ini menu diet mama adalah:-

Breakfast
Roti Bakar (2 keping)

Lunch
Ikan Bakar
Sayur
Air Suam

Dinner
Epal Hijau
Air Kosong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...