Bagi kawan2 yang mahu dan bakali melangsungkan perkahwinan, anda boleh la melawat portal ini...
Di harap ianyer dapat membantu kalian yer..
MERANCANG sebuah majlis perkahwinan bukan kerja main-main, sebaliknya harus diurus dengan serius dan penuh ketelitian termasuk mengambil kira perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh. Ini bagi memastikan peristiwa yang penting dan bersejarah dalam hidup meninggalkan kenangan cukup manis untuk diingati sepanjang hayat.
Bermula daripada merisik dan bertunang sehinggalah kepada urusan majlis akad nikah dan persandingan semuanya memerlukan komitmen tidak berbelah bagi.
Namun tuntutan tugas dan kesibukan bekerja kadang kala membantutkan apa yang sedang dirancang. Malah terlalu teruja dan terlalu bimbang terhadap urusan tersebut sehingga memberi tekanan kepada bakal pengantin yang boleh mengundang kepada ketidaksempurnaan majlis. Rata-rata bakal mempelai terpaksa terkejar-kejar ke sana ke sini bagi mendapatkan perkhidmatan panduan mengenai perkahwinan selain melakukan kaji selidik terlebih dulu untuk mencari butik perkahwinan yang terbaik.
Menyedari kekurangan maklumat berkaitan persediaan perkahwinan, satu direktori berkaitan perkahwinan melalui talian telah diwujudkan bertujuan memberikan maklumat terkini untuk majlis yang bersejarah. Pemilik laman web tersebut, Mohd. Faisal Mohd. Zabidy menjelaskan, laman web syokkahwin.com merupakan satu direktori perkahwinan yang memberi kemudahan kepada pasangan yang bercadang untuk berkahwin dalam menyediakan persiapan. ''Di sini, kami menyediakan kesemua persediaan perkahwinan meliputi katering, andaman, busana pengantin dan bermacam-macam lagi,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini. Katanya lagi, pengguna juga boleh membuat pilihan daripada promosi yang ditawarkan untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.
''Di sini kami menyediakan segala keperluan untuk berkahwin dari A hingga Z,'' terangnya bersungguh. Malah, tambah Mohd. Faisal lagi, pengguna juga berpeluang untuk memilih sendiri keperluan perkahwinan berdasarkan bajet tertentu. ''Kami menyediakan keperluan yang pelbagai bermula dengan kos yang rendah sehingga kepada yang eksklusif. Semua berdasarkan kemampuan pengguna,'' ujarnya.
Dia yang mula mengendalikan laman web syokkahwin.com sejak empat tahun yang menjelaskan, bukan sekadar persedian perkahwinan tetapi turut dimuatkan di laman web miliknya tetapi juga panduan mengemudi rumah tangga juga turut disediakan. ''Bukan sekadar persedian perkahwinan tetapi juga maklumat-maklumat terkini berkaitan persediaan melangkah ke alam rumah tangga turut disediakan,'' ujarnya.
Malah lebih menarik, turut disertakan bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah dalam perkahwinan.
''Biarpun beroperasi secara talian, namun kami mengharapkan laman web ini memberikan kemudahan sepenuhnya kepada pengguna," katanya.
Bagaimanapun, Faisal menjelaskan, laman web tersebut bukan sekadar menyediakan kemudahan kepada pasangan muda yang ingin membina mahligai semata-mata tetapi juga memberi maklumat lain tentang kehidupan berkeluarga. ''Selain menyediakan kemudahan untuk membina sebuah keluarga, syokkahwin.com juga menyediakan maklumat-maklumat berkaitan kehidupan selepas berumah tangga,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Tegasnya, biarpun beroperasi melalui talian namun ia memberikan panduan dan juga maklumat terperinci kepada pasangan muda yang berhasrat untuk berkahwin. Kemudahan itu, ternyata lebih menjimatkan masa dan wang sebelum membuat persiapan majlis perkahwinan. Malah, majlis juga berlangsung secara teratur dan lebih praktikal. Dalam pada itu syokkahwin.com juga berbangga kerana buat tahun kedua berturut-turut kekal sebagai salah satu penaja Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia.
Sebagai laman web rasmi bagi peraduan ini, syokkahwin.com berfungsi memaparkan pelbagai perkembangan terkini mengenai peraduan tersebut.
"Pada tahun lepas kami membuka forum perbincangan dan undian secara online bagi memilih pemenang peraduan. "Tahun ini peranan kami juga hampir sama. Tempoh pemilihan dijangka bermula bermula sejurus tarikh penghantaran borang peraduan tamat hujung bulan ini," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan