BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, malam tadi mengumumkan menceraikan isteri kedua baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Sultan Hasanal, 63, yang memerintah negara kaya dengan hasil petroleum, menikahi bekas wartawan penyiaran di TV3 itu pada 20 Ogos 2005 pada majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Azrinaz ketika itu berusia 26 tahun manakala baginda berusia 58 tahun.
Hasil perkahwinan itu, pasangan diraja berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak ke-11 Sultan Hassanal, Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 diikuti Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.
Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web televisyen Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei, awal malam tadi.
sumber: harian metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan