Jumaat, Jun 04, 2010

Bawa kad jemputan beli gula

KUALA TERENGGANU - Khabar gembira buat semua pasangan di negeri ini yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi sukar mendapatkan bekalan gula dalam jumlah yang banyak.

Ini kerana, mereka hanya perlu menunjukkan kad jemputan perkahwinan sebelum boleh membeli keperluan tersebut di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri.
Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun berkata, kad jemputan itu penting bagi memudahkanpihaknya mengagih-agihkan bekalan gula mengikut keperluan majlis.

"Kita tahu, ramai pasangan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini dan sebab itu kita sedia bertolak-ansur untuk mengagihkan bekalan gula kepada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber: kosmo

2 ulasan:

ibudhani berkata...

sampai mcm tu sekali ek nk beli gula...

emma berkata...

nasib baik zaman kite dah berlalu, smpi gula pun nak kene catu...ishk..ishk...ishk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...