Selasa, Mei 04, 2010

PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK


Salam semua...

Hari nie mama nak berkongsi jugak pengalaman mama menyusukan anak2 mama.

Kakak

uzma di lahirkan pada 9 november 2007, jam 11.27 pm. Betapa gembirenye hati mama bile anak yang selama hampi 9 bulan telah lahir di dunia. Uzma adalah bayi pra- matang (x cukup bulan), tapi alhamdulillah berat uzma mencapai 3.08 kg. Tak sampai setengah jam uzma telah di bawa berjumpe mama untuk dinyusukan.. Pada ketika itu alangkah bahagianye rasanya dapat menyusukan anak sendiri.

Mama memang dilahirkan dari keluarga yang hanya meminum susu ibu sedari lahirnya. Masalah yang mama hadapi hanyalah puting pendek. Dalam tempoh berpantang, susu mama memang banyak. Mengalir x berhenti. Di sebabkan anak pertama, mama mencampurkan uzma dengan susu formula (x ckp ilmu masa tue). Ada saje saranan dari mertua supaya campur susu formula agar baby kenyang. Minumkan ngan air putih supaya baby senang membuang. Bagi makan nestum supaya perut baby 'kejap'.

Mama pun ikutkan je, sbb x tau pape. Uzma hanya menyusu badan selama hampir 4 bulan. Uzma sendiri x mau menyusu walaupun susu masih banyak. Time nie memang sedih sebab x banyak pengalaman menyusukan kakak.. Maafkan mama yer.. Sepanjang menyusukan kakak x pun masalah putting melecet. Everthing berjalan lancar.

Adik

Qashrina di lahirkan pada 4 ogos 2009 jam 6.53am. Seperti kakak, nurse membawa qashrina kepada mama untuk dinyusukan.. Walaupun x air susu yang keluar tp ransangan dari anak adalah pentin untuk penghasilan susu. Mama di tahan di wad selama 2 hr, akibat tumpah darah yang banyak. Sepanjang di wad memang susu x kuar, tapi mama paksa kan diri supaya baby terus 'memberi rangsangan'.



Setiba di rumah, mama terus pergi berurut dan waktu tengahri, susu mula melimpah ruah.. alhamdullilah..Lebih banyak susu kali ini. Qashrina plak ade kuning... So mama hanya tumpukan pada penyusuan dengan harapan kuning terus berkurangan.

Sepanjang 2 minggu pertama mama mengalami 'putting melecet'. Ya allah hanya tuhan saja yang tau perasaan mama ketika itu. Bermula dari sebelah kiri dan akhirnye merebak ke belah kanan. Mama terpaksa menanggung kesakitan setiap kali qashrina direct menyusu. Ketika itu mama seperti hendak mengalah dengan kesakitan dan hendak mencampurkan qashrina dengan susu formula.

Maka mama pun menyuruh ayah membeli susu formula. Setiap kali melihat wajah qashrina, mama x sampai hati plak nak berikan susu formula. Setiap kali tulah mama akan menahan kesakitan supaya qashrina dapat menyusu terus dari mama. Apabila susu membengkak, mama akan mengepam. Kesakitan ketika mengepam...fuhhhhhhhhhhh... sakitnye teramat... Tapi mama gagahkan diri jugak untuk mengepam, daripada membazir di buang bgitu saje..

Semakin hari semakin teruk melecet puting mama. Dari melecet dah jadi luka yang ternampak isi dalam.. Adoiiiiiiiii.. Mama sendiri tengok pun ngeri tau... Dah terbelah 2... uwaaaaaaaaaaaa.........Pedihnye bile qashrina menyusu. Menitis air mata mama setiap kali qashrina mula menyuakan mulutnye ke putting. Mama akan main tarik tali dengan qashrina. Sian dia, qashrina x pahham apa2 lagie. Yang dia tahu, lapa nak nyusu jer. Mama akan meriba qashrina dan akan menarik nafas sedalam2dalamnye sebelum menyuakan ke mulutnye. Mama akan amik masa selama 5 minit untuk menahan kesakitan itu..

Hari bersilih ganti akhirnye masalah mama selesai apabila Kak N menasihatkan mama supaya mengambil vit e dan zinc. Akhirnye, beransur pulih la putting mama. Alhamdullilah.. Sehingga hari ini mama masih mengamalkan pengambilan vit e dan zinc (shaklee). Kesan uka tue masih nampak... setiap kali mama tengok kesan tue, mesti teringat kat qashrina..

Bukan itu sahaja, ketika qashrina berusia 4 bulan, qashrina langsung x nak menyusu direct dari mama.. aikkk... dia dah buat perangai macam kakak dia plak. X kan nak benti dah kot.. Susu banyak lagi.. selama 4hat mama hanya mengepam susu dan berikan qashrina susu melalui botol.. nasib baik dia nak. Tapi tulah, leceh la nak bagi melalui botol.. Mama lagie suke nenyusukan direct.. mama pun ikhtiar bermacam2 cara agar qashrina nak menyusu direct... Mama pun minta nasihat daripada Kak N sekali lagie, kak n pun menyarankan supaya membaca surah al-kaustar dan sambil mengusap2 putting. Selama 3 hari mama, dan qashrina pun kembalimenyusu direct... Alangkah bahagianye ketika itu setalah 4 hari x merasa hisapan dari qashrina.

Sekarang qashrina dah pun hampir 9 bulan dan masih menyusu susu mama. Itu yang mama amat gembira. Memang dari mama ngandungkan qashrina, mama nekad untuk menyusukannya sehingga 2thn.. insya'allah... Mama bangga apabila setiap kali ke pasaraya, mesti ade sales ty' anak minum susu ape'?.. Dengan bangganye mama menjawan 'SUSU IBU'.. hehehe..Qashrina sekarang x boleh tengok mama baring, mesti di terkam mama dan carik nenen dia... Dia macam dah tau jer nenen dia kat mana. Kekadang tue kakak pun datang cium nenen dan cakap nie 'yogurt deq -na; hehehehe...

Mama nampak betul perbezaan antara adik dan kakak. Adik lebih manja dengan mama. Setiap kali mama balik dari office, adik akan meluru ke mama dengan tangan yang mengepak, supaya mama angkat dia. Bile mama angkat jer, qashrina akan letakkan kepala dia kat bahu mama dan x nak sesape pun amik dia.. So sweet... Itu yang kakak selalu jeles bile adik menempel je kat mama..



mama sayang kakak and deq-na.. uuummmmaaahhhhh

3 ulasan:

anisalya berkata...

pengalaman msg2 berbeza kan?sy ni tgh nak cuba berhentikan Alya si kakak ni.tak tau la nak buat mcm mana.pandai sgt pun ssh jgk.hehehe...

ibu addin dan nasa berkata...

Miss kat Uzma...very sweet muka dia. Si adik pun dah makin tembam.

Anje a.k.a Mama_Aqish berkata...

susu ibu adalah susu yang terbaik sekali di dunia...comey anak2 u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...