Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Breastfeeding tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Isnin, Ogos 23, 2010

PRODUK DAGING McDONALD’S DIJAMIN SELAMAT DAN HALAL



Assalamualaikum saudara-saudari yang saya hormati sekelian,
Bagi pihak McDonald's Malaysia, saya ingin memaklumkan kepada saudara dan
saudari bahawa semua makanan dan minuman yang disediakan oleh
McDonald's Malaysia adalah selamat dan halal untuk dimakan. Ini kerana
McDonald’s sentiasa mematuhi semua akta makanan, syarat dan peraturan yang
ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta JAKIM.

Saya memberi jaminan bahawa daging yang dibeli oleh McDonald's
Malaysia adalah 100% halal kerana para pembekal kami mendapat sijil halal
daripada JAKIM. Sekiranya terdapat sebarang arahan daripada JAKIM untuk
menghentikan pembelian dari mana-mana pihak, kami tidak akan teragak-agak
untuk melakukannya.

Dakwaan yang mengatakan kami membeli daging tidak halal dari Uruguay
adalah tidak benar kerana kami kini membelinya dari negara pembekal
yang diberikan sijil halal oleh JAKIM.

Untuk pengesahan mengenai status halal makanan McDonald’s, saudarasaudari
boleh menghubungi Divisyen Hub Halal, JAKIM di (03) 8315 0200 atau
saya di (03) 7843 –3233.

Terima kasih.
Yang benar,
Fartini Zaharuddin
Pengurus Komunikasi Korporat
McDonald's Malaysia

1 ulasan:

Atia Adina berkata...

bagus2...saya n penggemar MCd...
baca entry n membuatkan saya lebih yakin ke MCd..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...