Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Breastfeeding tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Selasa, Ogos 18, 2009

Pengalamanku...

Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya memohon maaf kepada kak N sebab lambat buat entry nie. Hari ini saya ingin berkongsi apa yang telah sy alami selama 2 minggu pertama menyusukan qashrina. Sepanjang 2 minggu itulah, saya terpaksa menahan kesakitan dan kepedihan, sehinggalah saya berYM dengan kak Norita ( ibu addinnasa) dan bertanyakan bagaimana keadaan saya. Dari situlah saya mengadu kesakitan saya pada kak N.

Pada mulanya hanyalah untuk mengadu kesakitan, alangkah terkejutnya kak N bersungguh-sungguh untuk datang ke rumah saya sendiri dan menghantar Vitamin E dan Zinc Complex kepada sy. Pada mulanya ingatkan kak N hanyalah berjenaka, tetapi pada hari sabtu (15.8.2009) kak N sampai juga ke rumah kami yang tak seberapa. ''Terima Kasih kak and family, sudi melawat emma yer''.

Buat pengetahuan anda, vitamin E dan zinc complex yang telah banyak membantu menyembuhkan luka pada puting saya dan memperbanyakkan susu saya. Jika sebelum ini saya krg percaya tapi setelah saya sendiri mengalaminya, barulah saya percaya. Alhamdullilah kuasa tuhan. Kita sebagai hambanya hanyalah berusaha. Alhamdullilah, hampir 4 minggu sekarang saya menyusukan qashrina tanpa rasa sakit dan sekarang saya rasa gembira dan tenang untuk menyusukan qashrina dengan susu ibu sepenuhnya.

Benarlah apa yang kak N sarankan pada saya, tidak perlu lah kita sibuk mencari jamu semasa pantang. Cukuplah dengan suplement yang di syorkan oleh kak N. Semasa saya menulis entry ini, saya telah pun berpantang selama 25hr, dan sepanjang itulah saya tidak langsung memakan apa2 jamu walaupun saya sendiri telahpun membeli 1 set bersalin yang mahal, dengan harapan untuk menurunkan badan, hanya dengan memakan suplement dan meberi Qashrina susu badan sepenuhnya saya rasa berat saya telah pun boleh turun. Entry ini di tulis ikhlas dari saya untuk berkongsi apa yang telah saya alami dan tiada tujuan lain.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...