Ya allah, Selasa and rabu adalah hari yang penuh dugaan. Uzma Demam. Selama umo uzma 1tahun 6 bulan, dia x pernah demam teruk seperti nie. Ibu mana yang sanggup meninggalkan anaknye di dalam keadaan yang sakit. Aku rela amik 'Emergency leave' 2 hari demi anakku. Husband aku srh aku keje je and tinggalkan uzma kat uma mak tok dia, tp aku mmg x sanggup. Anak adalah segalanye yang ade di dunia nie. Badan uzma terlalu panas, sampai aku berdoa supaya demam tue bagilah kat aku. Malam semalam (6.5.2009) uzma muntah 2x. huhuhu... habis satu badan ku terkena muntah dia. Tp alhamdullilah, lepas dia muntah, panas dia surut sikit. Semalaman aku menjaga uzma, untuk memastikan panasnye surut and aku pantau suhu badan dia. Terima kasih tuhan, kerana kau telah menyembuhkan anakku.. Alhamdulillah... Semoga allah sentiasa menganugerahkan uzma kesihatan yang baik... Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan