Entry nie mama auto-publish..
Time nie mama tgh sedap menikmati makanan yang sedap2 hehehe... Hari nie kul 3-6ptg ade Hari Raye Open House KIC. Tahun nie buat kat office jer.. Nanti mama upload gamba yer..
Menu hari nie:-
Kambing Golek
Mee Kari
Nasi Tomato
Laksa
Satay
Spegheeti
Lemang
Olio
Nasi Impit
Tiramisu
Caremal
Apple Salad
Puding
Banyak lagie la...
Jumaat, Oktober 08, 2010
petua oo petua
CUCI BOTOL SUSU DENGAN MUDAH
Sumber: pa&ma
- Masukkan sedikit beras ke dalam botol susu dan campur dengan air panas dan goncang. Hasilnya botol susu menjadi bersih dan puting botol susu pun akan turut hilang keraknya.
RAWAT ULSER
- Tahukah anda cara yang paling cepat untuk mengubati ulser? Caranya ialah dengan menumbuk halis kulit kayu manis dan campurkan sedikit madu lebah. Setelah itu sapukan ke bahagian yang terkena ulser. Bahan ini amat seusai untuk kanak-kanak kerana rasanya manis, berbau wangi dan yang paling penting tidak memedihkan.
AIR MEMBANYAKKAN SUSU IBU
- Minum air sebanyak mungkin untuk memastikan susu anda sentiasa ada dan banyak.
KESUM KELAPA ATASI KEPUTIHAN
- Rebus daun dan bunga pokok kesum kelapa, kemudian jadikan ulam. Air rebusannya pun boleh diminum. Tetapi ia lebih berkesan kalau dimakan mentah. Keputihan anda akan hilang.
JARAKKAN KELAHIRAN
- Ramai orang menggunakan pil pencegah kehamilan untuk menjarakkan kelahiran anak. Namun, anda boleh menggunakan petua ini. Ambil lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ keping ragi. Kesemua bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan dengan segelas air mendidih, kemudian ditapis lalu dicampurkan dengan sedikit garam dan air limau nipis. Minum sebulan sekali sebelum tidur.
MUDAH BERSALIN
- Amalkan makan buah kurma setiap hari sepanjang hamil dan selepas melahirkan. Selain membantu memudahkan proses melahirkan dan mengecutkan rahim, buah kurma dapat menambah tenaga.
KURANGKAN PANAS BADAN BAYI
- Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi, ambil segenggam asam jawa. Ramas asam jawa tersebut bersama sedikit air. Kemudian, lumurkan sedikit demi sedikit bancuhan asam jawa tersebut pada kepala bayi. Insya-ALLAH demam bayi akan beransur-ansur sembuh.
KEMPISKAN PERUT
- Bagi ibu-ibu yang sering dihantui masalah perut buncit, cubalah petua ini. Ambil sebiji peria bersaiz sederhana, potong kecil-kecil dan dikisar bersama sedikit air dan gula. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan. Untuk rasa lebih enak, anda bolehlah sejukkannya
SENGKUANG BANYAKKAN SUSU IBU
- Makan sengkuang setiap hari untuk membanyakkan susu ibu.
Payudara kembali anjal
- Ambil sebiji labu, kupas dan masak sehingga empuk. Setelah masak, biarkan seketika sehingga kurang panas dan kemudian ramas. Sapukan pada keseluruhan payudara. Biarkan selama kira-kira 20 minit sebelum dibilas. Amalkan sehingga nampak kesannya.
Sumber: pa&ma
Khamis, Oktober 07, 2010
Portal perkahwinan bakal pengantin
Bagi kawan2 yang mahu dan bakali melangsungkan perkahwinan, anda boleh la melawat portal ini...
Di harap ianyer dapat membantu kalian yer..
MERANCANG sebuah majlis perkahwinan bukan kerja main-main, sebaliknya harus diurus dengan serius dan penuh ketelitian termasuk mengambil kira perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh. Ini bagi memastikan peristiwa yang penting dan bersejarah dalam hidup meninggalkan kenangan cukup manis untuk diingati sepanjang hayat.
Bermula daripada merisik dan bertunang sehinggalah kepada urusan majlis akad nikah dan persandingan semuanya memerlukan komitmen tidak berbelah bagi.
Namun tuntutan tugas dan kesibukan bekerja kadang kala membantutkan apa yang sedang dirancang. Malah terlalu teruja dan terlalu bimbang terhadap urusan tersebut sehingga memberi tekanan kepada bakal pengantin yang boleh mengundang kepada ketidaksempurnaan majlis. Rata-rata bakal mempelai terpaksa terkejar-kejar ke sana ke sini bagi mendapatkan perkhidmatan panduan mengenai perkahwinan selain melakukan kaji selidik terlebih dulu untuk mencari butik perkahwinan yang terbaik.
Menyedari kekurangan maklumat berkaitan persediaan perkahwinan, satu direktori berkaitan perkahwinan melalui talian telah diwujudkan bertujuan memberikan maklumat terkini untuk majlis yang bersejarah. Pemilik laman web tersebut, Mohd. Faisal Mohd. Zabidy menjelaskan, laman web syokkahwin.com merupakan satu direktori perkahwinan yang memberi kemudahan kepada pasangan yang bercadang untuk berkahwin dalam menyediakan persiapan. ''Di sini, kami menyediakan kesemua persediaan perkahwinan meliputi katering, andaman, busana pengantin dan bermacam-macam lagi,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini. Katanya lagi, pengguna juga boleh membuat pilihan daripada promosi yang ditawarkan untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.
''Di sini kami menyediakan segala keperluan untuk berkahwin dari A hingga Z,'' terangnya bersungguh. Malah, tambah Mohd. Faisal lagi, pengguna juga berpeluang untuk memilih sendiri keperluan perkahwinan berdasarkan bajet tertentu. ''Kami menyediakan keperluan yang pelbagai bermula dengan kos yang rendah sehingga kepada yang eksklusif. Semua berdasarkan kemampuan pengguna,'' ujarnya.
Dia yang mula mengendalikan laman web syokkahwin.com sejak empat tahun yang menjelaskan, bukan sekadar persedian perkahwinan tetapi turut dimuatkan di laman web miliknya tetapi juga panduan mengemudi rumah tangga juga turut disediakan. ''Bukan sekadar persedian perkahwinan tetapi juga maklumat-maklumat terkini berkaitan persediaan melangkah ke alam rumah tangga turut disediakan,'' ujarnya.
Malah lebih menarik, turut disertakan bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah dalam perkahwinan.
''Biarpun beroperasi secara talian, namun kami mengharapkan laman web ini memberikan kemudahan sepenuhnya kepada pengguna," katanya.
Bagaimanapun, Faisal menjelaskan, laman web tersebut bukan sekadar menyediakan kemudahan kepada pasangan muda yang ingin membina mahligai semata-mata tetapi juga memberi maklumat lain tentang kehidupan berkeluarga. ''Selain menyediakan kemudahan untuk membina sebuah keluarga, syokkahwin.com juga menyediakan maklumat-maklumat berkaitan kehidupan selepas berumah tangga,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Tegasnya, biarpun beroperasi melalui talian namun ia memberikan panduan dan juga maklumat terperinci kepada pasangan muda yang berhasrat untuk berkahwin. Kemudahan itu, ternyata lebih menjimatkan masa dan wang sebelum membuat persiapan majlis perkahwinan. Malah, majlis juga berlangsung secara teratur dan lebih praktikal. Dalam pada itu syokkahwin.com juga berbangga kerana buat tahun kedua berturut-turut kekal sebagai salah satu penaja Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia.
Sebagai laman web rasmi bagi peraduan ini, syokkahwin.com berfungsi memaparkan pelbagai perkembangan terkini mengenai peraduan tersebut.
"Pada tahun lepas kami membuka forum perbincangan dan undian secara online bagi memilih pemenang peraduan. "Tahun ini peranan kami juga hampir sama. Tempoh pemilihan dijangka bermula bermula sejurus tarikh penghantaran borang peraduan tamat hujung bulan ini," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Cemburu bukan isu remeh
SIFAT cemburu yang melampau sering dikaitkan sebagai punca perbalahan antara suami dan isteri. Malah, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), cemburu merupakan antara 39 faktor perceraian membabitkan pasangan beragama Islam di negara ini.Dalam kebanyakan kes, penangan cemburu bukan sahaja mencambah perasaan syak wasangka bahkan turut mengikis rasa percaya antara satu sama lain.
Bermula dengan syak dan cemburu di tahap sederhana, keadaan itu boleh berubah menjadi cemburu melampau apabila sentiasa menganggap pasangan curang berdasarkan pelakuan, cara berkomunikasi atau rutin harian yang dirasakan telah berubah. “Pada tahap ekstrem, individu yang tidak bijak mengawal perasaan boleh mendapat cemburu morbid iaitu individu tersebut sepanjang masa percaya pasangannya curang. “Jika tidak diberi bantuan kaunseling, keadaan akan menjadi lebih teruk sehingga menimbulkan pergaduhan, penderaan fizikal serta mental malah boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga dan pembunuhan,” ujar Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Lihanna Borhan.
Perkahwinan
Menurut beliau, cemburu adalah sifat semula jadi. “Dalam konteks perkahwinan, cemburu hadir kerana kita berasa kita mempunyai hak ke atas pasangan.“Itu yang menyebabkan isteri atau suami merasakan dia perlu mengambil tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya. Apabila perkara yang menjadi syak itu benar-benar terjadi, perasaan itu akan menjadi lebih sukar.
“Akibatnya, dek kerana berasa tidak selamat dan takut kehilangan pasangan, isteri atau suami akan lebih was-was dan mudah cemburu dengan perbuatan pasangannya,” katanya. Kurang bersetuju dengan perumpamaan cemburu tanda sayang, Lihanna menyifatkan cemburu yang positif boleh melahirkan persaingan yang sihat. Sebaliknya, jika cemburu tidak bertempat, sudah pasti ia akan mencengkam hubungan suami isteri serta keluarga kedua-dua belah pihak.
“Bagi saya banyak lagi cara lain yang lebih romantik dan manis untuk menunjukkan kasih sayang antara suami isteri. “Untuk membuktikan cinta dan sayang, ia perlu dilakukan dengan indah, bukan dengan sikap mengongkong, meninggikan suara dan saling menuduh. “Kesannya nanti, hubungan suami isteri mulai retak, anak-anak keliru dan pasti wujud pihak lain yang saling menyebelahi hingga menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar,” katanya.
Kerana itu, cemburu bukan isu remeh dalam kehidupan berumah tangga, malah gara-gara cemburu, perbalahan suami isteri boleh membawa musibah jika dibiarkan berlarutan. Sungguhpun begitu, Lihanna tidak menolak keperluan sifat cemburu dalam setiap perhubungan.
Penyebab buta
“Sebagai pasangan, kita masih perlu ambil tahu apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berjumpa. “Tidak salah jika kita bertanya dengan baik, bukan dengan nada yang penuh curiga. Sering ungkapan kata manis dan kata sayang supaya pasangan sedar tentang tanggungjawab terhadap keluarga dan menjaga batasan pergaulan,” katanya.
Baru-baru ini, dalam satu kajian oleh pakar psikologi di Universiti Delaware, Amerika Syarikat mendapati cemburu boleh menyebabkan masalah penglihatan. Kumpulan pengkaji tersebut menyimpulkan pandangan wanita yang memiliki api cemburu mudah terganggu disebabkan kecelaruan minda sekali gus sukar untuk fokus kepada apa yang sedang dilihat mahupun dicari.
“Kajian ini ada benarnya. Pernah berlaku di Barat, seorang lelaki yang baru bergelar bapa mendakwa dia buta selepas melihat isterinya menyusukan bayinya yang baru lahir. “Dia mempunyai masalah penglihatan yang teruk. Selepas beberapa sesi kaunseling, pakar psikologi mendapati lelaki tersebut terlalu cemburu dengan anaknya yang sedang disusukan oleh isterinya.
“Selepas lelaki tersebut dapat mengikis perasaan cemburunya, penglihatannya kembali beransur pulih,” ujar Lihanna.
Sumber:Kosmo
Breastfeed + Eczema
Time kasie pada puterihannan yang memberi mama idea nie yer..
Mama pun x terpiki nak update kawan2 ttg cite nie.. Untuk pengetahuan kawan2, mama masih lagie menyusukan anak mama (qashrina) tau.. Sekarang si comel mama dah 1 tahun 3 bulan.. Sepanjang perjalanan mama menyusukan qashrina, macam2 yang berlaku.. Setelah qashrina hampir setahun, qashrina mengalami alahan (seafood) @ eczema. Kesian btl tgk dia masa tue, kaki tangan merah...
Macam mn mama blh tau adik eczema?? Pada mulanyer mama perasan ade bintik2 kat kaki dia, mama igtkan itu biase jer kene gigtan nyamuk. Mama pun beli la mopiko. Semakin hari semakin banyak... Time nie qashrina hanya minum susu mama sahaje yer.. Mama dah risau, so mama bwk g klinik.. 2 doctor kate nie alahan biase jer.. ok x pe... Sapu cream x ok jgk, smpi la 1 doc nie bg ubat antibiotik.. Lepas mnm ubat surut... Mama lega dah... Selang 2-3 hari jadi balik bintik2 merah tue.. Time nie mama dah terpiki perkara bukan2...
Mama pun ajak ayah pg paed plak.. Rupenyer dia eczema.. Doc ty baby mnm susu ape?? Mama jaab susu ibu.. So doc ty lg, awak ade makan seafood ke? haaaaaaa........ Baru tepk, mmg ade.. Mama balun udang hari tue, banyak giler... heheheh( panjang btl cite mama nie)
Bermacam2 cara mama ikhtiar utk ubatkan qashrina, x selepas mama serve internet mmg x ubat bagi penyakit EZEMA kecuali mencegah penyakit nie.. Setiap kali badan adik timbul bintik merah, ayah mesti suruh mama berhentikan adik menyusu, kesian katenye.. Mama pun akan bantah tiap kali ayah srh bt mcm tue..
Sekarang adik dah 1 tahun 3 bulan.. Mama dah boleh kawal penyakit adik.. Dengan kate lain mama akan berpantang dari makan seafood.. Tapi.......... bukan semua tau.. adik hanya alah pada udang, ketam, bubur kacang n durian.. Mama dah buat expeiment, tiap kali mama makan semua tue, esoknye, badan kaki dan tangan adik akan merah dan bintik2. Tapi yang peliknyer kalau sotong, ayam, telor dll ok jer... hehehe..
Mama sanggup berkorban apa saja asalkan adik dapat terus menyusu dari air susu mama ... Masa mama menulis cite nie, mama punye puting nie tgh berdenyut2 kesakitan akibat melecet. Hobi adik kalau malam, mmg suke 'menempel' jer ngan mama.. x ruang langsung untuk kakak bermanje.. Sian kakak.. X pe yer kakak, saba lagie 7 bulan, insya'allah....
KEnapa lagie 7 Bulan?? sebab genap umo adik 2 tahun, mama akan ceraikan susu (insya'allah). Itupun kalau mama sampai hati la ek.. Bile ayah srh mama stop Breastfeed jer, mama mmg x sampai hati..
Senang sungguh mama menyusukan adik. Kalau dulu masa mula2 menyusu, mmg mama malu nak menyusukan adik depan orang ramai, tp tidak sekarang tidak lagie.. kenduri kawen, open house, shopping mall, supermarket...semua temp tue mama penah nyusukan adik tau, tanpa malu... lantak pegi la orang nak kate ape, janji anak mama kenyang... Bukannyer mama tayang kat org, mama cover...
Zaman sekarang nie org lagi respect ibu2 yang menyusukan anak kan... Syukur, sampai sekarang susu mama masih mampu untuk mengenyangkan adik..Sekarang Panjang btl karangan mama nie yer... Inilah perjalanan kisah mama menyusukan adik selama setahun tiga bulan...
Langgan:
Catatan (Atom)
