Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Breastfeeding tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Jumaat, April 30, 2010

koc Wanita

27 april lalu kerajaan telah pun memperkenalkan koc wanita yang pertama di malaysia dari laluan Sentul – Pelabuhan Klang, sepanjang hari. Semalam mama pun naik la komuter dari KL sentral.. Mmg bagusla kerajaan bt mcm nie.. Kita kaum wanita terasa selamat dan selesa. Ibu-ibupun, tidak perlu rasa segan lagi hendak menyusukan anak di public (kn cover gak dengan nursing coverkan).. hehehehehe...

Bagi yang belum pernak tgk sticker koc wanita, ini la rupenyer...
gambar blur yer..harap maap

Rabu, April 28, 2010

Jangan Tidur Lagi kenang Achik

BAGI peminat vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau Achik, jangan lupa menyaksikan program Jangan Tidur Lagi yang disiarkan di TV3, jam 11 malam ini.

Rakaman program hiburan yang dikendalikan Saiful Apek berlangsung tiga minggu sebelum Achik meninggal dunia pada 17 April lalu. Turut serta menerusi rakaman itu, gandingan duetnya, Siti Nordiana Alias atau Nana dan Munir Phye Ballaz sebagai tetamu jemputan.

Produser, Hamsiah Biri ketika dihubungi memaklumkan episod berkenaan sepatutnya disiarkan minggu lalu. Begitupun, sebagai menghormati keluarga arwah, pihak penerbitan mengambil keputusan untuk menyiarkan program berkenaan pada minggu ini. "Untuk episod khas ini, kami melakukan sedikit penyuntingan dengan menampilkan visual belasungkawa Achik lebih kurang lima minit, selain menyiarkan semula rakaman aksi Achik menyanyi dua lagu duet bersama Nana.

"Kami juga menampilkan rakaman temu bual bersama balu arwah, HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, Nana dan anggota kumpulan Spin yang turut berkongsi cerita mengenai kelakuan Achik sebelum beberapa hari menghembuskan nafas terakhirnya.

"Memang program kali ini cukup menyentuh perasaan bagi mereka yang cukup rapat dengan arwah. Begitu juga peminatnya. Temu bual yang diadakan secara bersahaja cukup menarik dan meninggalkan memori tersendiri buat penonton," katanya.

Pihaknya memberi peluang kepada setiap artis menjayakan persembahan dalam bentuk showcase mini. Rakaman program berlangsung pada 30 Mac lalu di Studio ntv7, Glenmarie Shah Alam, Selangor.

Achik yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu menjadi satu kehilangan besar dalam dunia seni. Ramai di kalangan peminat dan rakan artis terkejut mendengar berita itu. Achik meninggalkan dua anak, Putri Nursafiya, 2 dan Putri Nursumayya, 11 bulan manakala anak sulungnya, Putri Rania meninggal dunia tiga tahun lalu.

sumber: harian metro

Contest Baby Comot Mamam

Ini contest best nie.. Kebetulan ada plak gamba kakak and adik yang comot masa tengah makan..hehehe.. Jom layan contest nie lah..
Syarat2nye kat sinie yer
 


 Nama Anak: Nur Amaliya Qashrina
Tarikh Lahir : 4 Ogos 2009
Nama mama: Emma
Nama Ayah: Rizal

Gamba ni di ambil ketika mama suap adik makan biskut. Ini la 1st time mama ajar adik makan.. emm.. Nampak tak tangan mama tue..hehehehe... Masa nie adaik x pandai makan lagie.. Tapi mama ajar la slow2 dan sekarang adik dah pandai makan dengan jayanye....




Nama Anak: Nur Amalina Uzma
Tarikh Lahir : 9 November 2007
Nama mama: Emma
Nama Ayah: Rizal

Ini plak gamba kakak yang termat comot.. Ishk ishk.. Dah macam clown kan!! Masa nie kakak baru habis makan ais cream... mmg comot...

Harap-harap ade rezki la ek..



Rabu, April 21, 2010

Contest Seiras Wajah musim kedua

Contest..Contest..Contest..

Kali nie seiras wajah.. Mama nak try lagik la.. Sape nak join gak leh baca kat-sini ek. Tarikh tutup 30 April 2010 tau...

Kategori Ibu & Anak
Nama Penuh : Nur Amalina uzma
Nama Panggilan : Kakak
T/lahir : 9 November 2007
Panggilan  : mama
 
Ramai kawan2 mama cakapkan, muka kakak seiras muka mama. emmm.. Tu sebab mama join contest nie. Nak tau tak bahagian mana yang sama..hehehe..
 
  1. Bentuk muka - Muka kakak bulat, macam mama
  2. Mata - Mata kami bulat dan besar
  3. Hidung - Agak kemek dan kecik (tapi tomei tau)
  4. Pipi - Pipi gebu dan juga tembam
  5. Mulut - Pun macam mama- kecik 
  6. Rambut - Rambut kami ikal2 mayang, tp dalam gamba nie x nampak ar, sebab mama pakai tudung. Tapi kalau kakak pakai tudung memang sebijik macam mama la..


Kategori ayah & anak

Nama Penuh : Nur AmaliyaQashrina
Nama Panggilan :Deq na
T/lahir : 8 August 2009
 Panggilan  : Ayah 
 
Turn deq na lak nak cite. Cube teke tang mana yang sama muka deq na ngan ayah...
  1. kelopak mata - memang macam ayah, tapi mata besar macam mama
  2. Hidung - lubang hdg adik kecik sikit la dr ayah, mungkin sbb adik keik lagi kot. Dah besar mcm ayah la ek..
  3. Rambut - Kalau rambut ayan panjang sikit & sikat gaya macam deq na (dlm gamba) mmg sebijik anak ayah.
  4. Bibir - Bibir deq na tebal macam ayah , terutamanya bibir bawah... ceksi tur...
  5. Bentuk Muka - Paendek kata macam ayah la. Panjang..

Good Luck kakak & deq na .. Mama & ayah sayang kalian...


Farewell

Ni cite minggu lepas. Office-mate resign daaaa + bday my bos... Masuk keje dl sesama, tp dia resign dl dari aku (blh plak mcm tu ek) hehehehe.. Apa pun good lauck la ijam ek, di mana pun ko berkerja. yang bestnye klu ade org resign nie, mesti ada makanan..huhuhuh.. menu masa tua adalah nasik dagang.. Yang di beli oleh shai... huhuhu.. Time nie aku x bp lalu nak makan sbb mcm x selera jer.. Makan ciput sungguh.. Tapi bab bergambar, mmg sukeeeeeeeeeeeee... Pantang ada ajar kamera, mesti aku nak selitkan muke ku yang 'tomei' nie... ;-> Jom tgk gambo yang di amik oleh jurugambar KIC (Lan, ayip, and sharan) . Nak promote skt, klu sesape yang mencari photographer, leh la cari ayip..amik gambo leh tahan gak (click sini) utk review hasil tangan ayip.
*
*
 memperkenalkan mr ijam.. ni la org yang dah resign tue.. Good luck ijam..
*
*
waaa.. ini adalah bos ku... Happie bday atuk...
*
*
 siap ada kek lagie. Kek nie dr kak none

*
*
 klu dah ade makanan tue, apa lagie, bedal aje ler...
*
*
 aku dan shai.. Dalam mulut tue ada makanan, jgn x tau
*
*
 nilah gadis2 Resource Group.. Suke bonar semuanye
*
*
 inilah akibat perbuatan orang.. Sudahnye perut ke depan..hehehe
*
*
 ini gaya wanita ayu
*
*
 Depan kiswah lagie tue.. Kiswah terbesar di KL.. ye kot
*
*
 Ini muke tak puah hati plak.. hahahaha
*
*
 suke gambo nie... Manis2 belaka semunya

Selasa, April 20, 2010

Marilah kiter bersama2 mendoakan kesihatan adik nurhannah....

Pagi nie saje jenjalan ke blog2 orang, tetibe ternampak entry nie dari blog  uncle joe  & Ustaz Cahaya
tetibe tersentuh hati ini membaca kisah tersebut.. Ya allah,berat sungguh ujian yang Allah berikan kepada Pn Rohaiza Binti Ishak.. Sebagai Saudara seislam, Marilah kite ramai2 mendokan agar adik norhannah -3bulan cepat sembuh dan kembali aktif seperti kanak2 lain.. Insya'allah.. 
................................................................................................................................
petang semalam UJ menerima email dari seorang kawan yang bertugas sama dengan agensi tempat UJ bekerja tetapi di pusat yang berlainan. berita yang sedih pada UJ, cukup sedih, doa UJ semoga Allah memberi kekuatan kepada sahabat UJ sekeluarga.. Jika tidak keberatan harap rakan-rakan dapat la mendokan sama OK...insyaAllah... boleh bace email di bawah ni..untuk mendapatkan apa kisah sebenar yang UJ ingin kongsikan bersama semua.....


Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis.Saya rasakan hati saya kosong

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

         Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. 

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com

malangnya ... apabila UJ guna email ni selalu nya failure notice...tapi kalau ade apa-apa yang ingin disampaikan boleh lah emailkan kat UJ .. nanti UJ forwardkan kepada rakan beliau yang boleh menyampaikan kepada beliau.. ni alamat email UJ
jsj1199@yahoo.com

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

harap dapat berikan komen anda semua agar saya dpt forwardkan kepada beliau...sekurang-kurangnya kata-kata anda sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadanya..insyaAllah...

Ahad, April 18, 2010

Salah Tarikh daa...

Inilah namanya x rezeki..  Mama igtkan hari ni adalah 17.4, rupenye 18.4 daaa.. Punyer la semangat bangun pagi2, kononye nak g GATSBY Deodarant Street Fair.. uwaaaaaaaaaaaa..... Gerak dari uma kul 10.00 pg, sampai dalam kul 10.30... Dengan excitednye g la masuk TImes Square... emmm , Sampai je kat GF, kosong jer. Ty kat husband, hari nie bp hb? 18.4 knp? Frustttttttttttttttttttttttt.. Apalagi, dengan perasaan yang hampa dan perut yang lapo, kami sekeluarga menuju ke KFC dan p makan jer la... IShk..Ishk... 
*
*
*
*
huhuhu.. Sian kakak, sampai kelaparan. Mama x sempat bt bf untuk dia.. Habis 2 ketul ayam.. Dasyat kakak yer

Helitoter...


Apa itu helitoter.. (nada kakak panggil). Helitoter adalah helikopter...Inilah dia hobi baru encik Muhammad rizal..hehehehe.. Nama penuh tue... Pantang ada kelapangan, mesti nak helitoter. Masa jalan2 kat times square, nampak la 1 kedai nie yang jual helikopter, kereta, kapal terbang dan macam2.. Teruje kakak tengok. Bile dia terpandang jer kapal terbang, terus nyanyi lagu 'awan dania'

Ku ingin terbang
Tinggi di awan
Bersama Bulan 
Bersama Bintang
Ku ingin menjadi 
seperti pelangi,

Lebih kurang macam tue la, tapi dengan slang dia la.. Ini mama translate kan jer...


 *
*
 *
 *

Rabu, April 14, 2010

Khazanah Lama-lama

Tengah dok godek-godek CD lama, terjumpe lak (ayat kakak) gamba kakak masa kecik.. Maklum la kan bile anak pertama, edit la gamba nak bagi lawo2.. Mama siap buleh bt sajak lagi untuk kakak..hehehehe (bukanlah 100% dr idea mama). Nak tengok, jommm...
*
*

*
*
*
*
 ms nie uzma 3-ulan

Isnin, April 12, 2010

Teletah kakak

Nak update perkembangan uzma la plak:-

Sekarang nie uzma mmg dah petah berkata-kata. Mengalahkan org besar.. 

Tp ayat2 yang mama suke bile uzma ckp:-

1- Tok wan 'tak nonoh' - tak senonoh
2- mama jatuh mcm 'tangka' - nangka
3- Angah 'lik angah kut' - balik-kedekut
4- kakak 'apa' kakak 'age' - lapar -dahaga
5- nak susu tak 'anis' - manis

Lagu yang uzma suke nyanyi:-
1- Tobat -wali
2- cr jodoh - wali
3- Lagu awan dania
4- bengang- akim
5- kau dan aku...

ini la dia ragam anak mama yang sulung.. ada sesape ang x kenal kakak... ni la dia orgnye..

EXAM SPA

10-4-2010, mama g exam spa kat Bangunan MARDI -Serdang.. emmm, slalu pilih pusat periksa kat Kl, ntah kenapa thn nie pilih kat selangor.. Mama kuar awal , dlm pkl 8.00am, smpi je persimpangan nak masuk kat MARDI tue, punyer la banyak kete.. Dalam hati, pukul bape lak nak sampai nie? Dah la hujan renyai2 masa tue.. Sampai kat dewan pukul 9..15am. Nasib baik sempat gak la jawab soklan. Kesian kat calon yang datang lambat, pas tue x dapat nak jawab... Hantar kertas kosong jer.. Klu mama kat tempat depa, mama balik terus. Dah x makna bile 1 paper x terjawab.. hehehe.. Tgh bt exam, mama sempat la snap beberapa keping gamba dari tempat mama duduk... 
*
*

*
*

*
*

*
*

*
*
ni paper last sekali





Jumaat, April 09, 2010

-Wanita-

Korang mesti penah dapt e-mail nie... Saje-jer nak post kat sini... 
 ------------------------------------------------------------------------------------------ 

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;¿kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Khamis, April 08, 2010

mom care sles

Tengahari tadi g la mom care kat ampag point.. Huhuhu, banyak sungguh la barang. Sempat gak la rembat baju and toys untuk qashrina.. tup-tup dah 100 lebih ..hehehehe... Nak tgk apa yang mama rembat.. Jom
*
*
apa yang ade dlm plastic nie ek??
*
*
 romper  (Rm 25 jer, ada 6 helai)
*
*
teke bape hengget (RM 10 jer)sepasang tau ngan skrit
*
*
 toys (Rm 25hinggit)
*
*
 Bib Nie RM 10 jer
*
*
 Ni plak 2 (RM 25)
*
*

yang nie emmm RM 15 her...

 ni plak gamba2 yang sempat mama snap
*
*

*
*
kasut croc (RM 70hinggit jer) for kids yer
*
*
 toys nie dlm 10-40++
*
*

*
*

Berbaloi2kan.. hehehehe...

GIVEAWAY FROM DAMIA

Sempena bday damia pada 13 april nie, ibu damianak bagi hadiah pada semua follower damia .Pada sesiapa yang nak join blh la join kat sie ---> Giveway From Damia



~ BaBy's SpECiaL pOSe CoNTesT ~

Contest lagie... Jom Join lagie...Syarat-syaratnye click sinie yer  ~ BaBy's SpECiaL pOSe CoNTesT ~

Nama : Nur Amalina Uzma Binti Muhammad Rizal
Umo : 2 Tahun 4 Bulan
Nama Ibu : Emma
Email: cube_teke@yahoo.com

Kenapa mama pilih gamba nie sebab masa ayah sibuk mencari kasut, kakak boleh plak bercakap sensorang kat depan cermin, al maklum la time nie kakak x kawan. waktu nie mama tengah ngandungkan adik,  mama hanya memandang dari kejauhan jer. Pas tu apa lagie, snap la gamba dia yang tengah mencangkung tue..time nie kakak x berapa pandai sangat cakap, ala cakap bahasa budak2 jer.. Sekarang nie, dah macam bertih jagung... pot-pet... hehehehe

Rabu, April 07, 2010

Cute & Creative Picture

Contest lagie kan.. Kali nie saje nak join untuk ke-2 anak mama.. Goodluck to me.. Sape nak join gak meh tengok kat sinie ---->cute&creative picture


Gambar yang mama pertaruhkan untuk kakak adalah gamba ini:- 

Gambar kakak tengah posing dengan topi dier. hehehehe.. 
    • Nama: Nur Amalina Uzma Binti Muhammad Rizal   
    • Umur: 2 Tahun 5 Bulan   
    • Asal: Kuala Lumpur 
    • Emel & nama pengirim: cube_teke@yahoo.com - emma
Ini Gambar adik plak:-
    • Nama: Nur Amaliya Qashrina Binti Muhammad Rizal   
    • Umur: 2 Tahun 5 Bulan   
    • Asal: Kuala Lumpur 
    • Emel & nama pengirim: cube_teke@yahoo.com - emma

Ok dah... mcm ne, cute dan creative tak? :->

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...