Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Breastfeeding tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Rabu, Januari 13, 2010

Wanita punggung besar kurang risiko sakit jantung

LONDON - Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.


Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.


Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.


Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.


"Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya," kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.


Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. - 

Sumber: Kosmo 

Notes: Setiap kejadian ALLAH pasti ada hikmahnye...

Jumaat, Januari 01, 2010

Welcome 2010

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, akan di permudahkan segalanye... Insya'allah... Amin...

Ahad, Disember 27, 2009

Habiskan cuti daaa..

emmm... Hari khamis lepas dah stat cuti sampai la 1/1/2010... Betapa bosannye la duk umakan?? x aktiviti langsung.. Apala nasib, ade lesen x reti bawak kete... Buat malu je.... Nasib baik la adik kakak and deq na... Terhibur la dengan teletah dua beradik nie...

Yang seronoknye cuti nie dapatlah luangkan masa sepenuhnye bersama anak2... Macam nie la rasenye ibu2 yang x bekerja kan... Hari2 dapat tgk anak2 membesar depan mata.. SYOK GILER!!!! hehehehe..

Tahziah.. Al- Fatihah

Pagi jumaat aku di kejutkan dengan SMS daripada kak none, dengan berita kehilangan ayahnye yang tersayang... Sungguh x terduga apabila membaca msg drnye... Sebelum ini kak none x pernah pun cite yang arwah ayahnye sakit.... Semoga rohnye di cucuri rahmat dan di tempatkan di tempat2 orang yang beriman... Marilah kite bersama2 menyedekahlan AL-FATIHAH... Amin...

Sesungguhnye hidup kite ini terlalu singkat.. Bila2 masa saje ajal kita akan tiba...

Rabu, Disember 23, 2009

NOTTI-FACE GIVEAWAY.....


Contest contest contest ----> NOTTI-FACE GIVEAWAY.... kali anjuran adwindaa

Syaratnye:-
*JADI FOLLOWER MAMA - Done
*LINK BLOG MAMA TERUS KE BLOG ANDA -Done
*SILA TEPEK BANNER KAT SIDEBAR YG DI LINK TERUS KE ENTRY INI - Done
*YANG PALING PENTING, SILA BUAT SATU ENTRY KAT BLOG MEMASING BESERTA GAMBAR WAJAH ANAK YANG PALING NOTTI SEKALI... - Done
*UMUR LAYAK MASUK IALAH 5 BULAN -3 TAHUN SAHAJA MENJELANG AKHIR TAHUN 2009 – (Uzma dah 2 tahun 1 bulan layakkkk )
*SILA BERIKAN NAMA ANAK &IBU/BAPA, TARIKH LAHIR DAN UMUR SEKARANG SERTA CERITAKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI GAMBAR... Done
*TARIKH TUTUP GIVEAWAY NI ADALAH MENJELANG MALAM TAHUN BARU 2010 IAITU PADA 31 DISEMBER 2009 JAM 12.00 MALAM...(hehehe...ade mase lg sape nak join)
*AKHIR SKALI, TINGGALKAN LINK ANDA DI ENTRY (adwindaa)INI SAHAJA YE, SENANG MAMA NAK CEK... HEHEHE (wokey..Done)

Mari kite lihat....

*
*
*
*





Nama: Nur Amalina Uzma Binti Muhammad Rizal
Nama Bapa :  Muhammad Rizal Bin Abu Suman
Tarikh Lahir: 9 November 2007
Umur :2 Tahun 1 bulan

Gambar nie di ambil pada 14.12.2009 (seperti yang tertera di gamba). Mama pilih gambar nie sebab inilah gambar uzma yang clear dan mama rasa notti la jugak. uzma banyak sgt gambar notti tp kebanyakkan  blur je. Gambar nie di ambil di 'Hentian Duta' semasa menghantar mak tok and mak lang nak balik kampung. Masa nie uzma betul2 teruje dapat tangok bus secara ekslusif dan banyak plak tue. Klu nak tau uzma suke sajak mama and ayah bawak naik bus.. Hari tu ,barula uzma merasa duduk dalam bus ,walaupun bus tak bergerak... hehehe..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...