Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Breastfeeding tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Isnin, Jun 09, 2008

Elak KuLiT KerinG

MEMILIKI kulit yang bersih dan mulus menjadi idaman setiap wanita yang mengutamakan kecantikan. Ini kerana kulit yang mulus akan mempamerkan kecantikan dan keserian di samping menterjemahkan keyakinan dan keperibadian seseorang .Kulit terbahagi kepada lima jenis, iaitu kulit jenis normal, kering, berminyak, kombinasi dan sensitif.

Kulit manusia akan berubah seiring dengan peningkatan usia. Kulit akan turut berubah bergantung kepada jenis kulit individu. Semakin meningkat usia, keanjalan kulit juga semakin berkurangan.

Seiring dengan peningkatan usia, banyak masalah kulit yang sebelum ini tidak bermasalah akan bertukar menjadi masalah. Peralihan jenis kulit inilah yang memerlukan seseorang itu bertukar kepada produk penjagaan kulit mengikut keperluan.

Produk penjagaan kulit Luvins, yang dirumus khusus menggunakan ekstrak emas 24 karat membantu menaikkan keserian kulit wajah. Dengan menggunakan teknologi tercanggih dalam bidang perawatan wajah, lima produk penjagaan dihasilkan, iaitu pembersih wajah, penyeri, pelembap, pencerah dan krim pelindung matahari.

Luvins yang diadaptasi daripada resipi kecantikan yang diamalkan oleh golongan diraja, mampu menjadikan kulit wajah pemakainya berseri, awet muda dan melambatkan proses penuaan.

Ia turut melindungi kulit daripada mudah berkedut, kering dan menggeleber serta membekalkan nutrisi pada wajah.


Sumber: UtuSan MalaYsia

Jumaat, Jun 06, 2008

Bayi perempuan dapat banyak faedah susu ibu.



WASHINGTON: Susu ibu diakui memberi banyak manfaat kesihatan kepada bayi berbanding susu formula, tetapi satu kajian mendapati bayi perempuan mendapat lebih banyak faedah daripada susu ibu berbanding bayi lelaki.

Penyelidik melakukan kajian terhadap sekumpulan bayi yang dilahirkan dengan berat badan amat rendah iaitu di kalangan bayi pramatang di Buenos Aires untuk mengesan kesan perlindungan susu ibu terhadap jangkitan pernafasan di kalangan bayi.

Mereka mendapati bayi perempuan menyusu badan jauh lebih baik berbanding bayi lelaki yang mendapat susu sama dalam membentuk daya tahan daripada jangkitan pernafasan serius sehingga memerlukan dimasukkan ke hospital.

Ia termasuk masalah jangkitan perut atau usus, masalah penghadaman, penyakit kulit dan alahan serta kurangnya risiko pembentukan tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti. Beberapa penyelidikan juga menunjukkan bayi yang mendapat susu ibu lebih cerdik. – Reuters

Sumber: Berita Harian

Susu ibu lawan HIV

Wanita dijangkiti HIV yang menyusukan bayi boleh menyebabkan 300,000 kanak-kanak dijangkiti HIV tetapi menyelamatkan 1.5 juta orang daripada mati akibat penyakit lain

SUSU ibu mungkin pilihan terbaik di kalangan wanita yang dijangkiti HIV di negara membangun meskipun wujud risiko menjangkiti virus itu kepada bayi masing-masing.

Ibu yang positif HIV diminta menyusukan bayi mereka dengan susu formula untuk mengehadkan risiko jangkitan virus berkenaan tetapi ia menimbulkan masalah di negara yang tidak dapat menyediakan bekalan air bersih.

Ahli pediatrik di Universiti KwaZulu-Natal Afrika Selatan, Dr Hoosen Coovadia, memberitahu Persidangan Retrovirus dan Potensi Jangkitan ke-14 bahawa ibu dijangkiti HIV di negara membangun yang menyusukan bayi masing-masing boleh menyebabkan kira-kira 300,000 kanak-kanak dijangkiti HIV tetapi ia menyelamatkan 1.5 juta orang daripada meninggal akibat penyakit lain.

“Susu ibu banyak memiliki faktor ketahanan. Penyusuan bayi harus digalakkan, dilindungi dan dipelihara meskipun ada risiko HIV,” katanya.

Coovadia menyarankan wanita positif HIV di negara yang mempunyai kadar kematian bayi 25 peratus atau lebih tinggi, menyusukan bayi mereka.

Wanita dengan jangkitan HIV berisiko untuk menyebarkan virus berkenaan kepada bayi mereka waktu hamil, kelahiran atau penyusuan bayi. Tanpa rawatan awal, 20 hingga 45 peratus bayi dijangkiti virus penyebab Aids itu daripada ibu mereka, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Ia satu dilema di kalangan wanita yang positif HIV,” kata saintis di Jabatan Kesihatan Kanak-kanak dan Remaja WHO, Peggy Henderson, sambil merujuk kajian risiko kematian enam kali ganda akibat penyakit berjangkit di kalangan bayi yang diberi susu formula berbanding menerima susuan ibu secara eksklusif.

Di negara maju termasuk Amerika Syarikat, kadar itu menurun pada kadar kurang daripada dua peratus menerusi rawatan ubat-ubatan, kelahiran secara pembedahan Caesarean dan kaedah lain.

Kajian empat tahun Coovadia di Durban, Afrika Selatan itu mendapati empat peratus bayi yang disusukan secara eksklusif dijangkiti HIV.

“Jika anda mempunyai sumber untuk menyediakan susu yang bersih seperti air bersih, bekalan elektrik dan seumpamanya, ia untuk penyediaan susu formula. Jika anda tidak mempunyai kemudahan itu, penyusuan bayi oleh ibu mereka memang diperlukan,” kata Coovadia.

Kajian di Botswana yang disebut ‘negara paling stabil dan demokratik di Afrika’ oleh Coovadia, mendapati kebanyakan 500 kanak-kanak yang meninggal dunia sewaktu wabak cirit-birit berkaitan banjir tahun lalu, diberikan susu formula.

Hasil ‘sangat mengejutkan’ mendapati di beberapa kawasan, risiko meninggal dunia daripada penyakit berjangkit lain mengatasi risiko HIV, kata profesor bersekutu Hospital Kanak-kanak Los Angeles, Dr Grace Aldrovandi.

Percubaan di kalangan 958 wanita di Zambia mendapati bayi yang dijangkiti Aids juga menunjukkan prestasi lebih baik dan kurang kecenderungan untuk meninggal dunia apabila mereka terus diberikan susu ibu.

WHO menyarankan wanita dijangkiti HIV menyusukan bayi mereka secara eksklusif untuk tempoh enam bulan pertama kecuali susu gantian diterima, mampu dimiliki, boleh bertahan dan selamat untuk mereka serta bayi mereka.

Sumber:Harian Metro

AnaK AnuGerah TuHan


ANAK adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pasangan suami isteri, kerana dengan kelahirannya menam bahkan kasih sayang seisi keluarga. Lebih penting, anak mewarisi keturunan, sekali gus menjadi generasi pelapis selepas ibu bapanya kembali bertemu Allah.

Mereka juga akan mewarisi apa yang kita tinggalkan serta menyambung kehidupan dan tamadun manusia. Mereka akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan dengan sebab itu, ada orang menggelar anak kecil dengan panggilan ‘the little caliph’ (khalifah kecil).

Dalam Islam, anak adalah harta paling berharga dimiliki seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Anak juga adalah satu faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmat-Nya seperti ditegaskan dalam satu hadis di riwayatkan Ahmad, Bukhari dan Muslim. “Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga.”

Anak kecil bukan saja memerlukan penjagaan rapi, malah kasih sayang ibu bapa. Sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanya kerana Nabi s.a.w ada bersabda yang di riwayatkan Ibn Asakir dan Suyuthi, bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut dengan nya.”

Nabi s.a.w sendiri sangat mengasihi anak. Baginda me nyifatkan anak dengan pelbagai kemuliaan, seperti bau dari syurga, malah sebagai penghalang daripada penurunan azab, sebagaimana dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Suyuthi:

“Kalaulah tidak kerana hamba Allah yang rukuk dan anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada, nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu.”

Malah, anak adalah faktor kemuliaan dan keagungan ibu bapa seperti dinyatakan dalam hadis, bermaksud: “Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah ke luarga itu.” (Hadis riwayat Tabrani).

Tetapi mutakhir ini, ada ibu bapa yang tidak mengasihi anak mereka, malah tergamak meninggalkan anak mereka tanpa memikirkan nasib yang bakal dialami. Lebih teruk ada yang sanggup membuang anak di tepi jalan, parit dan sungai, langsung tidak membayangkan sifat belas kasihan.

Apakah sifat dan tindakan manusia sebegini mencerminkan budaya masyarakat Arab zaman jahiliah dulu, yang bersikap zalim terhadap kanak-kanak apabila sanggup menanam anak mereka?

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata jika diperhatikan fe nomena pembuangan dan pembunuhan anak yang berlaku hari ini kadangkala lebih teruk daripada peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah.

“Mengapa tidak? Pada zaman jahiliah dulu mereka mem bunuh anak perempuan saja, malah menanamnya di tim bunan pasir, tetapi sekarang tidak kira anak itu perempuan atau lelaki, dibuang serta dibiarkan mati begitu saja, malah ada yang mati di dalam parit, longkang dan sungai,” ka tanya.

Beliau berkata, mereka yang berbuat demikian sehingga meragut nyawa si anak dihukum membunuh dan tindakan itu adalah berdosa besar.

“Membuang bayi baik di dalam kandungan atau selepas dilahirkan adalah haram dan berdosa besar, dihukum ke salahan membunuh,” katanya.

Islam amat menghormati nyawa seseorang manusia, sama ada ia masih di dalam janin, usia bayi atau sudah dewasa, semuanya perlu dipelihara dan dihargai. Sebarang pem bunuhan tanpa hak dilarang sama sekali dan dikenakan hukuman berat.

Baginda s.a.w ada bersabda, maksudnya: “Dalam mem bunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau pe rempuan.” (Muttafaqun Alaih)

“Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hu kuman ke atasnya kerana membunuh orang lain atau kerana melakukan kerosakan di muka bumi, maka sesungguhnya ia membunuh semua manusia“ (an-Nisa’: 32)

Allah mengharamkan pembunuhan terhadap orang lain dan mengharamkan juga perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, Islam juga mengharamkan perbuatan mencederakan orang lain atau mencederakan diri sendiri.

Gejala buang bayi makin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi dengan kehidupan dan pergaulan muda-mudi yang terlalu bebas. Bayi dibuang kononnya sebagai jalan keluar bagi kemelut masalah yang dihadapi atau sekurang-kurangnya bagi menutup malu, sedangkan sebaliknya ia terus me ngundang masalah.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon, dipetik berkata, aspek kekangan ekonomi dan ku rangnya pendidikan agama turut menyumbang kepada ma salah yang semakin meruncing itu.

Beliau berkata, sejak 2004 hingga 2007, sejumlah 304 kes bayi dibuang dilaporkan di seluruh negara, daripada jumlah itu 117 bayi lelaki, bayi perempuan (96) dan 91 bayi lagi tidak diketahui jantina kerana sudah reput.

“Kementerian berpendapat cara terbaik untuk menangani isu ini ialah dengan memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga kese lamatan kanak-kanak serta mengamalkan prinsip kema nusiaan,” katanya.

Jumlah itu berdasarkan kes yang dilaporkan tidak me ngambil kira kes terpinggir, tetapi ia sudah cukup mem bimbangkan kerana jika tidak dibendung, ia akan me ngundang padah yang lebih teruk, baik kepada kehidupan sosial masyarakat mahupun kepada Islam itu sendiri.

Zamihan berkata, semua pihak perlu sedar anak yang dibuang itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kesalahan, suci bersih dan tidak berdosa, walaupun ia lahir daripada hasil persetubuhan haram.

“Anak itu tidak berdosa, tidak bersalah, tidak hina, malah tidak membawa sial atau majal kepada ibu bapa dan ke luarganya, cuma dia lahir daripada persetubuhan haram. Mereka yang salah adalah ibu bapanya, bukannya dia, tetapi kenapa dia yang menjadi mangsa?

“Sepatutnya anak itu dijaga sebaik-baiknya, diberikan kasih sayang secukupnya sebagai penebus kepada keterlanjuran terbabit dengan persetubuhan haram dan selepas itu kah winlah di samping sama-sama memberikan kasih sayang kepada anak terbabit.

“Tetapi yang berlaku sebaliknya, sudahlah salah berzina, buang dan bunuh anak pula, menjadikannya dua dosa,” katanya, sambil menegaskan membunuh bayi adalah dosa besar dan mereka yang terbabit perlu segera bertaubat.

“Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?” (at-Takwiir: 8-9)

Pada masa ini, Kanun Keseksaan memperuntukkan hu kuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati bersalah membuang bayi, namun undang-undang itu tidak memperuntukkan hukuman terhadap lelaki yang ber tanggungjawab menghamilkan wanita dituduh membuang bayi itu.

Zamihan berkata, sudah tiba masanya semua pihak meng gembleng tenaga untuk menangani gejala memalukan itu, sekali gus memastikan keharmonian dalam kehidupan ber masyarakat terus terpelihara, terutama masyarakat Islam yang menjunjung Islam sebagai panduan hidup.

“Mengapa ini semua berlaku? Ia berlaku disebabkan tiada kefahaman terhadap tuntutan beragama, tidak memahami Islam dan hukumnya.

“Sepatutnya bagi orang yang menjadikan Islam sebagai agama dan cara hidup, memahami aturan agama itu se baik-baiknya, supaya agama yang dianuti itu boleh menjaga diri kita.

“Dari satu sudut juga, tiadanya kuat kuasa undang-undang Islam, sedangkan ia amat penting bagi menegakkan hukum agama, malah jika dilihat sekarang ini orang boleh buka aurat sesuka hati, menunjukkan tiada atau longgarnya kuat kuasa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Rabu, Jun 04, 2008

Malaikatmu...tersentuh hati...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...