Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Breastfeeding tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Isnin, Ogos 30, 2010

31.8.57 -- negara ku merdeka--

 Apa yang anda paham dengan maksud MERDEKA?

Kemerdekaan bangsa, mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa. Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka dan bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia. Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan Yang Maha Pencipta, yang dunia ini adalah milikNya dan kita juga kepunyaanNya.

Kemerdekaan ekonomi bermakna tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan. Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada penzaliman. Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.

Kemerdekaan fikiran bermakna semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran, tidak ada ketakutan dan kebimbangan untuk memberi pandangan.

Kemerdekaan kebudayaan bermakna setiap bangsa ada identiti yang tersendiri dari sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi. Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka bukan ditiru dari budaya luar yang asing sekali.

Kemerdekaan pendidikan bermakna semua orang diberi peluang untuk menerima pelajaran dan setiap orang diberi galakan untuk menerima pengetahuan mengikut bidang yang diminati. Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi peluang dan tidak ada diskriminasi tidak ada kroni yang menghalang.

Kemerdekaan agama bermakna setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan.Masing-masing tidak boleh menghina tidak boleh memusuhi antara satu sama lain kerana agama.Tetapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dari Tuhan.


Sumber: Suaramu- Berkhidmat Tanpa Sempadan 

Masing2 mempunyai pemahaman dan pengertian tentang MERDEKA..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-53

Bayi dalam beg kertas

SHAH ALAM: Lagi bayi dibuang, kali ini seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui orang ramai dalam sebuah beg kertas yang digantung pada tiang papan tanda berhampiran persimpangan lampu isyarat Pangsapuri Brunsfield, Seksyen 13, di sini, petang semalam.

Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui dibungkus dengan sehelai kain sebelum diletakkan dalam sebuah beg kertas.

Seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan berkenaan terdengar tangisan bayi sebelum menemui bayi berkenaan dalam sebuah beg kertas yang digantung pada satu papan tanda berhampiran pangsapuri berkenaan, kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata bayi dipercayai berbangsa Melayu atau Indonesia itu masih bertali pusat dan uri belum tanggal ketika ditemui.

Katanya, polis yang menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada seorang lelaki bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
“Kami percaya bayi ini baru dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam lalu,” katanya di sini, semalam.

Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.


sumber: metro

Jumaat, Ogos 27, 2010

Bayi hidup semula dalam pelukan ibu



SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam. Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.
Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.
Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.
Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. - Agensi

sumber:kosmo

Isnin, Ogos 23, 2010

PRODUK DAGING McDONALD’S DIJAMIN SELAMAT DAN HALAL



Assalamualaikum saudara-saudari yang saya hormati sekelian,
Bagi pihak McDonald's Malaysia, saya ingin memaklumkan kepada saudara dan
saudari bahawa semua makanan dan minuman yang disediakan oleh
McDonald's Malaysia adalah selamat dan halal untuk dimakan. Ini kerana
McDonald’s sentiasa mematuhi semua akta makanan, syarat dan peraturan yang
ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta JAKIM.

Saya memberi jaminan bahawa daging yang dibeli oleh McDonald's
Malaysia adalah 100% halal kerana para pembekal kami mendapat sijil halal
daripada JAKIM. Sekiranya terdapat sebarang arahan daripada JAKIM untuk
menghentikan pembelian dari mana-mana pihak, kami tidak akan teragak-agak
untuk melakukannya.

Dakwaan yang mengatakan kami membeli daging tidak halal dari Uruguay
adalah tidak benar kerana kami kini membelinya dari negara pembekal
yang diberikan sijil halal oleh JAKIM.

Untuk pengesahan mengenai status halal makanan McDonald’s, saudarasaudari
boleh menghubungi Divisyen Hub Halal, JAKIM di (03) 8315 0200 atau
saya di (03) 7843 –3233.

Terima kasih.
Yang benar,
Fartini Zaharuddin
Pengurus Komunikasi Korporat
McDonald's Malaysia

Jumaat, Ogos 20, 2010

MCD tak halal??

Byk btl la cerita tentang makanan x halal... jadi takut rasenyer.. elok masak n buat sendiri.. insya'allah di jamin kehalalannyer...  Mama tak tau ini betul ke tdk yer... Mama tolong fowarkan ajer...

------------------------------------------------------------------------------


Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku.Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku. Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)

’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)

Bukti ----> Click Sini


-Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.

note: Dapat info ni pun dr e-mail... so segala pertayaan mmg mama tak boleh jawab yer..

Haram GREEN Soya bean drink from YEO's dan FANTA APPLE

mama tlg fowarkan je... Kesahihannye tak tau la..
--------------------------------------
Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
 
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........







Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!! - MADE IN CHINA-

Selasa, Ogos 17, 2010

New pool in Sunway Lagoon

Ni nak cite xtvt kakak n adik ms last weekend..

Tajuk mcm beria je kan kat sunway ade new swimming pool ek.. tak de kene mengena pun...Sebenarnyer, nak cite pasal anak2 mama yang sedang bermain pool di dalam rumah.. aikkkk.. mcm ne rupenyer yer bermain pool dalam rumah ek.. Ini la yer hasil creativiti mama yang mam ciptakan untuk anak2 mama.. Punyer la suke diaer...

Cite-nye mcm nie.. Cewah....
Ekzema qashrina menyerang  hari sabtu tue.. Habis merah kaki and muke dier.. tergaruk2.. Rupenyer mak tok dia terbagi makan udang hari jumaat tue.... Mama pun kesian tgk adik mcm tu, bagi la mandi.. Dia plak punyer la suke.. So mama pun amik la adik nyer besan masa kecik2 dl tue.... Kan ms baby kite mandikan bby kan tab mandi dia kan.. so inilah rupenyer bile adik yang dah berusia 1thn mandi dalam tab nie..
*
*
*
*
*
*
bile kakak tgk adik main air, dia pun nak join la.. mcm nie la jadinyer.. Sian tgk kaki dier.. X dpt nak staright...
*
*
*
Ini la dia pool yang berjaya mama ciptakan untuk qashrina and uzma.. hehehehe.. Buatan giant.. Pool nie dah lama beli tapi jarang guna...

* macam nie la kalau duk apartment x swimmoing pool... terpaksa guna creativiti sdr nak hasilkan mini swimming pool untuk anak2... Sekarang nie tgh mencari rumah teres.... Untuk kesenangan anak2 di masa hadapan.. Insya'allah...

Victoria menangis tengok uban

VICTORIA Beckham dilapor ketakutan teramat sangat baru-baru ini.



Isteri bintang bola sepak itu dikatakan begitu cemas dan tidak selesa kerana ketakutan itu hingga dia terlalu terseksa untuk berdepan dengan kenyataan.Selepas puas di selidik, ternyata ketakutan yang dialami ibu tiga anak itu ialah kerana usianya yang semakin meningkat atau proses penuaan. Jelas, bekas anggota Spice Girls itu terlalu takut untuk jadi tua.

Kebimbangan dia menjadi tua dikatakan semakin menjadi-jadi apabila dia menemui uban di kepala­nya. Menurut laporan, dia menangis apabila menemui uban itu. “Vic menangis ketika pertama kali melihat uban di kepalanya sambil berkata: ‘Saya sudah tua,’” kata sumber yang dipetik oleh Showbizspy, baru-baru ini. Menurut sumber ber­kenaan, Victoria yang kini giat terbabit dengan fesyen pakaian, panik dan terkejut. Kebimbangannya mungkin dapat difahami kerana Victoria memang sudah diketahui sangat prihatin dengan penampilannya dan terkenal sebagai ikon fesyen serta selalu berusaha untuk kelihatan secantik mungkin setiap kali muncul di khalayak ramai.

Tak hairanlah, dengan penampilannya yang selalu hampir sempurna, Victoria selalu mendapat pujian sehing­ga dia takut menjadi tua. “Dia cemas bila menyedari dia dan Beckham akan jadi tua. Tidak pernah dia terkejut seperti itu sebelum ini, kata sumber itu lagi. Kehidupan rumah tangga pasangan itu selalu menjadi perhatian. Tetapi, kebanya­kannya mengenai gosip yang tidak sedap didengar. Namun, kedua-duanya sentiasa mempamerkan kemesraan di depan umum dan Beckham tidak pernah putus memuji isterinya.


Dalam satu wawancara baru-baru ini, bintang bola sepak itu mendedahkan alasan dia terlalu mencintai Victoria. “Dia isteri yang menakjubkan,” kata Beckham. Malah banyak hal yang membuat dirinya kagum dengan Victoria, lebih-lebih lagi apabila melihat isterinya menguruskan ketiga-tiga anak mereka - Brooklyn, Romeo dan Cruz. “Bagi saya, selain menjadi isteri yang baik, dia juga ibu yang hebat,” kata Beckham.

Mengenai rahsia dia mengekalkan keharmonian rumah tangganya, lelaki berusia 35 tahun itu berkata, dia sering meluangkan waktu bersama keluarganya, “Kami sudah berkahwin selama 11 tahun. Dan sepan­jang itu, kami sentiasa menyediakan waktu khusus untuk bersama,” katanya. Dalam pada itu, Victoria Beckham akan bergabung dengan pereka fesyen aksesori, Katie Hillier untuk mereka beg tangan koleksi terbarunya. Menurut laporan majalah Femalefirst, Victoria sudah mempersiapkan konsep awal beg tangan berkenaan. Mengikut rancangan, kolek­si beg tangan hasil rekaannya dengan Katie akan mula berada di pasaran tahun depan. Kehidupan rumah tangga pasangan itu selalu menjadi perhatian. Tetapi, kebanya­kannya mengenai gosip yang tidak sedap didengar. Namun, kedua-duanya sentiasa mempamerkan kemesraan di depan umum dan Beckham tidak pernah putus memuji isterinya.


Ibu tiga anak itu dikatakan sudah meyakinkan suaminya untuk mereka pakaian lelaki dan pakaian malam dan bintang bola sepak itu kini sibuk mereka pakai­an musim sejuk dan panas untuk 2011 selepas akur kepada desakan Victoria. Sumber berkata: “Victoria cuba memujuk Beckham untuk melakukannya dan akhirnya dia turuti kehendak isterinya.”

sumber:harian metro


note: mcm2 hal kan...

Jumaat, Ogos 13, 2010

New Legging

Baru jap nie mama dapat legging yang mama order dr auntie eida

so sweet legging tu.. Mama belikan untuk adik n kakak, corak yang sama n color yang sama... kakak mmg suke pakai legging, so skrg nie tgh mencari lengging yang banyak untuk si kakak.. Bukan pe, kalau la legging yang ada tue basah or tersalah letak, sure si kakak x nak pakai suar.. Nak jugak legging.. So mama kena bt stok banyak2 untuk kakak.. 
gamba dr :http://cutiesgorgeous.blogspot.com/

mama beli yang color Dark Pink tue size S&L..

Rabu, Ogos 11, 2010

Perangkap kerjaya, anak

 i-google

RAMAI ibu mengetahui kebaikan susu ibu, namun masih ramai yang tidak dapat menyusukan anak mereka secara eksklusif enam bulan, seterusnya dua tahun disebabkan pelbagai masalah.  Ada yang memberi alasan tiada pengalaman, tidak mendapat sokongan, menyusahkan, meletihkan serta tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi.  Ada juga ibu bertekad menyusu anak terutama ibu bekerja tetapi hasrat itu terhalang disebab­kan kekangan waktu memerah susu serta tiada tempat sesuai melakukan aktiviti itu.

Di Malaysia, peratusan ibu menyusu bayi secara eksklusif masih rendah berbanding negara Asia lain iaitu kira-kira 16 peratus saja. Statistik menunjukkan Malaysia adalah negara terendah bagi penyusuan bayi secara eksklusif dan negara tertinggi pengguna susu formula.

Ini disebabkan pengeluar makanan bayi berlumba-lumba mengiklankan makanan tambahan yang lain agar diberi pada usia terlalu muda, juga mitos mengatakan cara paling ideal membesarkan bayi adalah dengan memberi susu formula dan penyusuan melalui botol. Konsep ini secara langsung dan tidak langsung, berjaya melekat dalam minda wanita bergelar ibu yang bayi mereka memerlukan susu formula dan makanan tambahan, pada hal susu ibu menyediakan semua khasiat diperlukan tubuh bayi.

Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, yang berpengalaman mengendalikan kelas penyusuan susu ibu dan seminar keibubapaan, kegagalan ibu bekerja menyusukan anak mereka kerana kurang kefahaman mengenai kaedah penyusuan, tidak bersedia me­nyusukan anak mereka serta tidak cukup cekal.

Mereka mudah terikut kata golongan yang tidak menyokong penyusuan susu ibu dan berfikiran negatif terhadap penyusuan susu ibu.

“Justeru, ibu ini merasakan akan berdepan masalah jika ingin kembali bekerja. Namun sebenarnya, penyusuan susu ibu tidaklah sepayah mana, apa yang penting persediaan mental sebelum bersalin mengenai penyusuan susu ibu,” katanya.

Menurut Nor Farah, kini keba­nyakan ibu sudah sedar hakikat kepentingan susu ibu dan semakin ramai ibu bekerja menyusukan anak secara eksklusif. Menyusukan anak secara eksklusif bermakna bayi disusukan dengan susu ibu sahaja selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Ini bermakna selama enam bulan, bayi tidak diberi air masak, susu formula atau makanan tambahan lain selain daripada susu ibu. Berdasarkan pengalaman Nor Farah yang menjalankan bimbingan penyusuan kepada ibu, antara masalah yang sering dinyatakan ialah kekhuatiran mereka sekiranya tidak dapat menyusukan anak selepas kembali bekerja disebabkan jadual kerja yang padat, bimbang dengan persekitaran serta majikan yang tidak memahami serta tidak dapat menyediakan keperluan susu yang cukup. Justeru, pengetahuan mengenai penyusuan sangat penting untuk membantu ibu berkerjaya meneruskan penyusuan susu ibu.

“Kesibukan bekerja bukanlah halangan untuk menyusukan anak secara eksklusif. Teknik penyusuan dan perahan penting bagi ibu yang ingin memulakan kerja selepas bersalin. Tidak mustahil sekiranya ibu mampu menyusukan anak sehingga dua tahun. “Ini kerana susu ibu mempunyai 1,001 khasiat bagi bayi hingga mereka meningkat dewasa. Jika ibu mengalami kesukaran dalam menyusukan anak, ibu harus merujuk kepada pakar laktasi terlatih yang amat menyokong usaha menyusukan anak secara eksklusif,” katanya. Sekiranya ibu sudah berniat menyusukan anak sepenuhnya, mereka perlu membuat persediaan ketika masih mengandung.

Menurutnya, persediaan awal ini sangat penting bagi me­nguatkan mental supaya apabila mereka berdepan dengan cabaran penyusuan, ibu ini dapat menghadapinya.Antara persediaan awal ialah menghadiri kelas penyusuan, membaca banyak buku serta melayari Internet mengenai kebaikan susu ibu, mendapatkan pandangan pakar supaya ibu bersedia menyusu semasa kelahiran anak, dalam tempoh berpantang dan semasa ingin meneruskan penyusuan. Paling penting ketika kelahiran anak, seeloknya susukan anak dalam masa satu jam selepas bersalin. Ini menggalakkan penyusuan susu ibu menjadi lebih efektif dan anak akan lebih bersedia untuk menyusu dengan susu ibu.

Semasa tempoh berpantang, susukan anak secara terus dan tidak sesekali mencampurkannya dengan susu formula atau memberi bayi air masak. Pemerahan susu ibu boleh dimulakan selepas beberapa hari kelahiran dan ibu sudah boleh mula menyimpan stok susu di dalam peti sejuk untuk kegunaan ketika bekerja nanti. “Susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas selama tiga bulan), peti sejuk satu pintu selama dua ming­gu dan peti sejuk beku selama enam bulan. Ibu dinasihatkan untuk meneruskan penyusuan secara terus tanpa memberikan bayi susu perahan ketika dalam tempoh berpantang. Ini dikhuatiri akan menyebabkan bayi keliru puting,” katanya.

Di pasaran, terdapat pelbagai produk penyusuan susu ibu yang boleh digunakan seperti beg penyejuk, ais penyejuk berbentuk gel dan pam susu sama ada manual atau elektrik untuk memudahkan ibu semasa hendak memulakan kerja nanti. Cara ini lebih mudah daripada berulang-alik ke rumah untuk menyusukan bayi.

Setelah kembali bekerja, ibu boleh memerah susu sekurang-kurangnya tiga jam sekali di pejabat (sila minta kebenaran dan sokongan majikan untuk tujuan ini) bagi meningkatkan permintaan terhadap payudara supaya menghasilkan lebih banyak susu.

Semakin banyak permintaan, semakin banyak susu dihasilkan dan semakin efektif ibu mengosongkan payudara sama ada dengan cara menyusu atau memerah (apabila berlaku perpisahan sementara bekerja), semakin banyak susu akan terhasil. Proses stimulasi amat penting untuk meneruskan laktasi atau pengaliran susu. Jadi, penting bagi ibu terus menyusu bayi ketika di rumah, pada hujung minggu dan hari kelepasan.

Payudara akan berasa tegang atau lebihan takungan susu setiap kali selepas hari kelepasan atau cuti disebabkan lebih stimulasi pada hari sebelumnya. Ini akan memudahkan lagi proses memerah susu pada hari itu. Akui Nor Farah, ketika melahirkan anak sulung Puteri Sara Azalea, dia kurang pengalaman dan persediaan mengenai penyusuan susu ibu.

Namun dia tidak patah semangat dan mendapatkan maklumat mengenai penyusuan. Akhirnya dia dapat menyusukan anaknya secara eksklusif selama dua tahun. “Memang banyak cabarannya menyusukan anak, namun saya tekad dan kuatkan
semangat. Alhamdulillah saya berjaya menyusukan anak secara eksklusif sehingga dua tahun dan masih meneruskan penyusuan.

“Sebagai ibu bekerja dengan kekangan masa menguruskan perniagaan, saya tetap mencari masa untuk menyusukan anak. Malah kini walaupun sedang mengandung anak ketiga, saya masih menyusukan anak kedua Puteri Syasya Adalea yang kini berusia dua tahun . “Ini adalah nikmat yang tidak ternilai bagi seorang ibu seperti saya kerana dapat menyediakan keperluan emosi dan fizikal tanpa memberhentikan susu secara mendadak yang mana akan mengganggu emosi anak yang lebih tua (yang masih menyusu).

“Untuk ibu bekerja seperti saya, sokongan daripada suami, ibu bapa, keluarga dan majikan amat penting bagi meningkatkan semangat meneruskan penyusuan.

“Selain itu, bertemu dengan ahli kumpulan sokongan susu ibu yang menyusukan anak secara eksklusif sangat membantu bagi mendapatkan pelbagai panduan mengenai penyusuan masing-masing. Lebih penting saya dapat membantu ibu bermasalah dalam menyusukan anak mereka pada awal kelahiran mahupun laktasi semula,” jelasnya.Selain kebaikan daripada segi meningkatkan antibodi badan, penyusuan susu ibu memberi kebaikan kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Biasanya bayi yang disusu sepenuhnya jarang sakit kerana mempunyai antibodi yang kuat.

Anak-anak juga lebih rapat dan mendengar kata. Daripada segi fizikal, mereka mencapai peristiwa penting dengan lebih cepat seperti meniarap, merangkak, berjalan dan bercakap dengan petah lebih awal daripada jangkaan.

“Saya amat gembira kerana dapat menyusukan anak saya dengan susu sendiri yang tersedia bila-bila masa tanpa susu formula. “Ini kerana dengan menyusu sendiri, saya tahu sumber yang masuk ke dalam perut mereka, berbanding susu formula yang dibuat dengan susu lembu. “Setiap kali menyusukan mereka, saya berasakan satu keindahan perasaan sebenar bagi seorang ibu. Apabila saya menyusukan mereka, saya mendakap mereka dengan penuh kasih sayang, bukannya lama, hanya untuk dua tahun sahaja,” katanya.

Walaupun berjaya menyusukan kedua-dua anak secara eksklusif, Nor Farah masih belum puas kerana peratusan ibu menyusu bayi secara eksklusif di Malaysia masih rendah. Di kawasan luar Kuala Lumpur, ramai ibu tidak menyusukan anak secara eksklusif dan bertukar kepada susu formula seawal dua bulan umur bayi.

Ramai juga menggunakan istilah kering susu sebagai punca kegagalan penyusuan susu ibu. Konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak salah ­anggap dengan kebolehan badan masing-masing ­menghasilkan susu untuk anak-anak.

Justeru, Nor Farah membuka Pusat Penyusuan Susu Ibu, Sarakids untuk membantu ibu terutama ibu bekerja menyusukan anak-anak mereka serta mendapatkan produk penyusuan susu ibu. Kelas penyusuan susu ibu juga dijalankan sebulan sekali untuk ibu mengandung dengan topik khas pada setiap bulan.

“Saya selalu berkongsi kisah penyusuan daripada pengalaman sendiri mahupun daripada ibu yang datang untuk mendapatkan khidmat kaunseling daripada saya.

“Menerusi laman sesawang www.sarakids.com, saya berharap sedikit sumbangan saya akan membuatkan ibu lebih bersemangat menyusukan anak,” katanya yang kini membuka lima cawangan utama seluruh negara dan melebarkan produk ke Brunei, Singapura dan Korea. Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada 1 hingga 7 Ogos baru-baru ini, dia menyeru semua ibu di Malaysia agar menyusukan bayi mereka secara eksklusif enam bulan dan diteruskan sehingga dua tahun. Untuk maklumat lanjut ­mengenai Sarakids termasuk sesi kaunseling penyusuan, kunjungi 42-1, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI jaya, Shah Alam, Selangor atau hubungi 03-78475369.


sumber:Harian Metro

Selasa, Ogos 10, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam kepada semua rakan-rakan blogger yang beragama islam..

Insya'allah umat islam akan menjalani ibadah puase pada esok hari.. Dengan itu saya ucapkan SELAMAT BERPUASA dan Semoga dengan kedatangan ramadhan ini akan memberi seribu keberkatan kepada kita semua...

Jikalau ada yang terasa hati ngan mama, memohon seribu kemaafan..

Isnin, Ogos 09, 2010

result my 1st giveway

Mama dah ade pemenang nyer... jawapan bagi giveway mama nie adalah

*
*
*
 Qashrina dalam boot kete.. hehehe

*Tahniah pada anin...  sila tinggallkan alamat anda yer.. Nnti mama pos kan hadiahnyer..

Thanks bebanyak pada semua yang meneka k..

Khamis, Ogos 05, 2010

New header & Backgroun

Huh.. seharian meng mix&match header and backgroud... Akhirnyer pencarian berakhir... Pada mulanyer nak tukala selera x mau color pink lagi.. tp nak bt mcm ne, di sebabkan naluri kewanitaan yang menebal, memang x leh lari dari color pink.. Dan inilah hasilnyer ...
*
*
*
nie background lama
*
*
*
 header lama
*
*
*
header & background baru..

p/s: Apa pendapat kawan? ok x..hehehe

Rabu, Ogos 04, 2010

Setahun Sudah Ku Melahirkan Mu Sayang...

Qashrina,

Hari ini genaplah umur adik setahun,
Masih segar di ingatan mama,
Kali pertama mama bertemu adik di wad Bersalin PPUM,
Ya'allah, Terlalu halus dan terlalu kecil adik ketika itu,
Dengan perasaan yang bercampur baur,
Mama gagahkan diri untk memegang mu dan memberikan mu sentuhan pertama mama

Saat yang bahagia apabila mama terasa hisapan pertama dari adik,
Ketika itu, adik baru beberapa jam selamat di lahirkan,
Setelah semua selesai, mama di tempatkan bersama2 ibu2 yang lain.

Lebih kurang jam 7.30 pagi, mama terdengar bunyi troli baby di tolak,
Dan mama dapat melihat anak mama di dalamnya,
Dengan senyuman mama menyambut adik yang sedang lena tidur.
Sejak dilahirkan sehingga kini adik tak banyak meragam.

Mama sentiasa berdoa semoga adik menjadi anak yang solehah,
Di panjangkan umo
Di berikan kesihatan yang baik,
Di murahkan rezki
Dan sentiasa menjadi anak kebangaan mama dan ayah.

Adik ...Mama-Ayah-Kakak... Love U... Muaaahhhh...
 Ni la dia model Drypes

Selasa, Ogos 03, 2010

Botak Masalah Keturunan??








SETIAP kali menyisir rambut, hati Muzliana Safuan, 27, pasti merintih. Umpama igauan ngeri, ikal rambutnya yang gugur semakin banyak, rambutnya semakin menipis sekali gus mendedahkan bahagian tengah kepalanya.
“Sudah banyak cara saya lakukan untuk melebatkan rambut. Daripada penggunaan syampu berjenama terkenal, tonik rambut berasaskan herba, petua tradisi hingga ke rawatan pakar tetapi semuanya gagal. “Keadaan ini sangat merisaukan lebih-lebih lagi saya bakal mendirikan rumah tangga beberapa bulan lagi. Mujur, saya memilih untuk bertudung sejak sekolah, jadi hanya keluarga dan kawan rapat yang mengetahui masalah saya,” kata Muzliana. Tambah penjawat awam tersebut, masalah tersebut menyebabkan dia berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan bakal suami dan keluarga mentua.

Masalah keguguran rambut ekstrem bukan sahaja dirasai Muzliana tetapi ramai lagi wanita mengalami episod ngeri itu. Bagi individu yang berpegang kepada konsep rambut mahkota wanita, mereka pasti ghairah untuk memiliki rambut yang sihat dengan gaya terkini. Menjawab masalah keguguran rambut tersebut, Presiden Persatuan Sains Rambut Malaysia, Dr. Steven Chow berkata, menjaga rambut tidak cukup dengan hanya bersyampu tiga kali seminggu. Jelas beliau, kulit kepala juga memerlukan perapian dan vitamin yang cukup untuk kekal sihat tanpa sebarang masalah seperti kegatalan, kelemumur dan jangkitan kuman. “Ramai pihak beranggapan silap memilih syampu, pengambilan serbuk perasa (monosodium glutamate) dalam masakan serta faktor penuaan sebagai sebab utama keguguran rambut, namun itu hanya penyebab sampingan. “Realitinya, tekanan (stress) dalam kerjaya atau kehidupan menjadi pencetus kepada masalah keguguran rambut yang serius terutama membabitkan golongan lelaki,” jelas Steven


 Genetik 

Menurut beliau, pola keguguran rambut lelaki (MPHL) yang biasa terjadi pada kaum Adam sering dikaitkan dengan faktor genetik.“Mungkin ramai tidak menyangka botak tiada kaitan dengan faktor genetik, tetapi hakikatnya, keturunan kerap menjadi punca keguguran rambut.“Ia boleh diwarisi daripada sebelah ibu atau bapa dan boleh berlaku terhadap lelaki ataupun wanita. Kedua-duanya cenderung untuk mewarisi gen botak,” ujar Steven.Akibat daripada warisan gen rambut gugur tersebut, individu terlibat berisiko tinggi untuk berdepan masalah keguguran rambut yang mampu menipiskan rambut namun tidak semuanya berakhir dengan botak.Namun, keadaan yang dikenali sebagai androgenetic alopeciaini boleh bermula pada usia belasan tahun, 20-an atau 30-an.

Dalam satu kajian jelas Steven, hampir 50 peratus anak-anak kepada lelaki atau wanita botak akan mewarisi gen tersebut.“MPHL terjadi secara berperingkat-peringkat. Masalah itu bermula dari kawasan tengah kepala, ia mampu merebak hingga ke seluruh kepala. Ramai lelaki memilih untuk berdiam diri dan tidak berasa ia satu keperluan untuk berjumpa dengan doktor hanya kerana masalah rambut semakin menipis.“Malah, lebih 80 peratus lelaki tidak tahu apa itu MPHL dan menganggap ia berlaku kerana faktor usiasedangkan masalah ini tidak akan melarat jika dirawat daripada awal,” katanya.Steven menyarankan individu yang mengalami MPHL mendapatkan rawatan berkesan dengan menangani punca asas masalah tersebut.
Masalah keguguran rambut yang berisiko terjadi kepada setiap orang berkenaan turut mendorong ramai penyelidik untuk tampil menjalankan kajian.Antaranya, beberapa ahli akademik dari dua universiti di Jerman iaitu Universiti Bonn dan Universiti Dusseldorf menjalankan kajian mengenainya. Mereka mendapati gen botak sememangnya diwarisi.


SELEBRITI Britney Spears membotakkan kepala kerana ingin membuat kejutan manakala Syarifah Amani membotakkan rambut untuk memenuhi kehendak skrip filem yang dilakonkannya.



Gelembung berair

Sekumpulan penyelidik di Victoria, Australia mendapati, keguguran rambut di bahagian tengah dan hadapan kepala meningkat selari mengikut usia. Ia memberi kesan sehingga 57 peratus wanita dan 73.5 peratus kepada lelaki yang berusia 80 tahun ke atas.Laman sesawang Perpustakaan Medem Medical turut melaporkan, kira-kira 40 juta lelaki di Amerika Syarikat berdepan dengan masalah MPHL.Menurut laman tersebut, seorang daripada empat lelaki mulai botak pada usia 30 tahun, dua pertiga mulai botak pada usia 60 tahun ke atas. Tambah laman itu, nisbah untuk mendapat gen botak adalah empat dalam setiap tujuh orang.

Selain tekanan dan faktor genetik, faktor pemakanan tidak seimbang, penyakit tiroid, masalah sistem imunisasi, pengambilan dadah atau ubat-ubatan tertentu, kurang penjagaan rambut, trauma dan jangkitan kulit kepala boleh menyumbang kepada keguguran rambut dan botak.
Pertumbuhan rambut individu dewasa yang dipengaruhi oleh hormon seks iaitu androgen boleh mengalami fasa pertumbuhan di antara dua hingga enam tahun dengan kepanjangan kira-kira 0.35 milimeter (mm) sehari. Selepas fasa tersebut, proses pertumbuhan akan berehat untuk beberapa bulan. Rambut yang sihat dan normal memiliki beberapa ciri khas seperti berkilat, mudah lentur, tidak mudah patahdan boleh menyerap air.Keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari adalah normal namun jika ia tidak dipantau, keguguran mungkin akan menjadi lebih serius lebih-lebih lagi jika individu tersebut berada dalam kelompok berisiko tinggi untuk botak.Jika terdedah kepada persekitaran kotor dan berhabuk, kulit kepala yang sering gatal boleh mendapat jangkitan kuman atau alahan kepada bahan kimia. 

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ruam akan timbul dan bagi kes serius, gelembung berisi air kesan daripada radang kulit akan terbentuk. Pada peringkat ini, individu tersebut boleh mengalami kebotakan serius.

Sementara itu, Ketua Trikologi Pusat Rambut Svenson, Teo Kim Teik berpendapat. untuk mendapatkan rambut yang sihat, amalan mengambil makanan seimbang sangat penting.
“Meninggalkan diet secara keterlaluan boleh menyebabkan keguguran kerana hampir 90 peratus komponen rambut terdiri daripada protein.“Diet yang tidak sihat dan kurang mengambil protein akan menjadikan rambut lemah dan mudah gugur. Banyakkan pengambilan zat seperti kalsium dan zink kerana ia boleh menyihatkan rambut,” katanya.

Penjagaan kebersihan dan kesihatan rambut juga tidak boleh diabaikan. Rutin bersyampu sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan pemilihan sikat yang sesuai mampu mengurangkan risiko keguguran rambut.

sumber:kosmo

Isnin, Ogos 02, 2010

Happie birthday to you

Ni cite last weekend..

Mula2 kami sekeluarga plan nak g giant, dah siap2 pastu x jadik plak sebab ayah kepenatan.. Last2 nyer kami pusing2 kat taman medan jer.. Dalam kereta si kakak nie punyer la creative nak mintak macam2 kat mama. tau x apa yang dia nak.. 

-mama kakak nak mainan
- mama kakak nak lekat2
- last sekali , mama kakak nak cuppy kak appie bday to u..

Huhu... keletihan mama nak melayan kerenah kakak nie.. kami pun pusing2 la cr kedai kek pada pukul 9.00pm.. Kalau dah malam nie kebanyakkan kedai dah tutup. Tawakkal la pusing2 plak kat taman sri manje.. LAst2 kat checkers ada kedai roti yang blm tutup.

Mama pun beli la kek kecik utk kakak.. Sbb kebanyakkan kek dah hbs tggl sample jer... Boleh la dari pada kakak duk menagis2 jer kan..

*
*
*
*
*

My 1st Giveway

<------sticky mode----->

Selamat pagie semua....

Pagi nie tetibe mama terasa macam nak bt giveway la...

Syarat senang jer...
  •  Add Picture kat atas tue kat blog anda
  • Just teke gamba di bawah nier jer..
  • Setiap orang hanya di benarkan meneke sebanyak 3x sajer k.. 

 Kat mana mama snap gamba Qashrina  nie?
Clue : Bukan di rumah @ di taman permainan k..
Tarikh tutup utk Giveway nie adalah bila2 saja. Ada pemenang giveway nie akan terus di tutup...

 Yang paling penting, lepas dah teke tgglkan comment anda berserta:- e-mail dan nama anda yer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...